December 28, 2016

Perth, AUS - Part 01


Assalamualaikum w.b.t



Dah tulis blog ini kena ada mood baru boleh menaip, kalo tak mesti ayat dalam blog ini macam basi dan merepek. Jadi, refer pada tajuk arinie i memang excited nak sharing dengan kowang semua pengalaman i bersama suami, adik perempuan i dan kuarga kakngah i bercuti di Perth, Australia.




Mengikutkan perancangan i prefer untuk tahun ini nak pergi ke semenanjung jer [Terengganu] sebabnya boleh borong kain batik banyak2..hihihi. Tapi disebabkan pengaruh dan pujukan daripada kakngah i kuat, jadi i turutkan jer lar [dalam hati bila lagi i dapat melancong ke luar negara]. Ikutkan plan sebenar mak dan ayah i turut sekali dalam trip ini. 




Tapi maybe takde rezeki parents i nak pergi jadi kami sahaja lar yang dapat pergi ke sana disebabkan faktor kesihatan mak yang tak mengizinkan. Last minit doc suggestkan tak kasi mak i pergi atas faktor penyakit beliau [baru pas kuar wad] dan kebetulan my dad punya mata pun baru lepas daripada operation so nak kena betul2 healing dlu.











Flight kami check in dalam pukul 10.10 pagi so sampai di Perth Airport [3.30 petang]. Sampai ajer di Perth Airport, orang dari Aries Car Rental ambil kami di airport. Kepada sesapa yang nak menyewa kereta di Perth bolehlah pergi ke laman web Aries Car Rental. Setakat ini i rasa price car rental ini lagi murah dan reasonable. Kami sewa 2 kereta jenama PULSAR [kalo malaysia di panggil kereta Nissan SYLPHY]. Diingatkan juga kalo dekat Australia kena sewa baby car seat [undang-undang sana ketat]. Kalo bawak kete kat sana pun kena btui2 ikut had limit kelajuan diaorang..hokey!








Nanti i akan taip satu post khas sekali dengan perbelanjaan untuk kowang yang  teringin nak pergi secara backpacker macam i hokey. 


So dekat sini i sharing gambar-gambar pengalaman meneroka negara owang. Selebihnya kalo nak tnya lei jer tinggalkan komen dalam blog ini atau DM dalam email i [sharing is caring]. Tak lei kedekut kalo nak sharing ilmu..btui tak!





Hari Pertama: 

*Check in Perth Airport, Australia
*Check in rumah sewa di Midland, Australia
*Makan malam dan rehatkan diri





: taking picture with kak lin is famous fb CUTI-CUTI PERTH 









Ada yang tanya kat i kalo nak sewa guesthouse macam i duduk ini dekat mane nak cari. FYI, guesthouse ini last minit kakngah i dapat cari di laman web airbnb. So kowang yang nak cari rumah sewa atau apartment kat luar negara bolehlah search dekat laman web yang tertera kat atas [just click je link di atas]






: nie la rumah sewa kami di Midland, Australia








Hari Kedua: 

*Caversham Wildlife Park [Meet The Wombat & Friends, Farm Show, Feed The Kangaroos, Meet The Koalas, Penguin Feedings dan Molly's Farm]













 
 







*Meet And Take Picture With Koalas














*Pick Up Your Own Strawberry




Paling murah dan paling banyak yang i pernah beli dan petik. Kat Cameron Highland pun tak dapat harga murah dan banyak macam ini. Just $10 dolar for 1 cut board. Kowang petik la sebanyak mana yang kowang nak sampai mengunung ganang board tue pun boleh janji kena pandai manage la. Memang puas hati sampai nak muntah la makan buah strawberry tiap2 hari. Tapi baik untuk pelawasan kowang..kihkihkih





 


 













p/s: next post i akan ceritakan aktiviti hari ke 3 dan ke 4 yang kami lakukan sepanjang berada di Perth, Australia..hokey!

No comments: