December 9, 2013

Part 2: Tip Mustajab Memudahkan Proses Bersalin (Diamalkan Oleh Suami)



Assalamualaikum w.b.t

 
Pagi yang cerah lagi udara yang segar niekan, maka nya mood nak tulis blog pun haruslah berbunga-bungakan..ekekeke. Alhamdulilah cuaca sekarang semakin pulih (sekitar putrajaya). Tapi kalo tanya keadaan cuaca di Kuantan, Kemaman, Segamat dan sekitar bahagian timur masih lagi diparas yang berbahaya. Please pray for them. Janganlah berat tulang nak menyumbang sesuatu yang kita rasa boleh menyumbang. Bukan sahaja dari segi kewangan, malah sumbangan yang bukan berbentuk kewangan pun boleh. Misalannya, bekalan makanan, pakaian dan lain-lain lagi.

 
Ok, memang tajuk lari sikit dari yang di atas. Maklum la kadang-kadang dalam kehidupan kita nie kena sentiasa beringat-ingat. Kalo sekarang nie kita senang and boleh goyang kaki tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Mana tahu kemudian hari kita pulak berada disituasi mereka. Fikirlah siapa yang nak tolong dan membantu kita kalo bukan masyarakat kita sendiri. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri.
 
 
Sekarang nie, kome teringin bebenar nak berkongsi tip-tip yang pernah i dan en. suami amalkan since pregnantkan muhammad uwais (2nd child). Erm kalo dulu time pregnant anak pertama just amalkan surah-surah wajib sahaja. Kepada sesiapa yang tanya i bersalin anak nombor 2 nie lagi senang ker? alhamdulilah berkat usaha dan tawakal memang tak dinafikan lagi senang dan mudah. Bukan la diri nie nak berbangga mahupun riak. Tapi apa salahnya benda yang baik-baik macam nie kita kongsi sama-sama. Tak ada sesiapa yang rugi. Pahala pun dapat. Berkongsi ilmu jangan la sikit-sikit kan...kihkihkih.
 

 
 
 
Tip-tip yang diamalkan oleh en suami i ialah sentiasa membuat air selusuh iaitu bacaan surah-surah yang wajib dibaca bagi isteri yang mengandung (surah maryam, yusuf, yassin dan at-taubah). Kalo boleh buatkan air mandi untuk isteri mengandung juga sebagai air selusuh. Paling kurang pun 5x basuhan iaitu selama seminggu setiap pagi. Dan niatkan mudah-mudahan isteri yang mengandung dipermudahkan bersalin, kerana zat-zat dalam air yang dibaca tadi mempunyai molekul-molekul ayat-ayat al-quran dan diniatkan juga isteri yang mengandung mempunyai tenaga dan sihat tubuh badan, bukan sahaja kepada ibu malah kepada bayi yang dikandungkan. Insyaallah, tanda-tanda positif sentiasa dalam diri badan isteri. Tak ada la isteri yang mengandung tue stress, ada sifat-sifat negatif atau berperangai yang bukan-bukan kan.
 
 
Semoga tip-tip yang i kongsi nie dapat membantu anda dalam memudahkan proses bersalin. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal. Selebihnya kita berserah kepadaNya. Insyaallah!!