YuP

Cahaya

Plzz Like This Post

Tuesday, June 18, 2013

Budak Yang Terlalu Comei



Assalamualaikum w.b.t

 
Ye kebelakangan ini mood untuk menulis blog semakin merudum jer kan..ermmm...keadaan badan yang tak berapa sihat oleh sebab-sebab tertentu...ehehehe..nanti i bagitau berita gembira nye sebabnya masih terlalu awal untuk menjawab segala persoalan di atas...hahahaha....nak gempak plak kan...so persiapan dan aktiviti apa yang i buat sepanjang senyap daripada menulis blog nie adalah membuat keje untuk mencari rezeki...ye mengaudit orang yang tak habis-habis sampai nak muntah dibuatnye kan...pe nak wat dah nie keje i perlu buat untuk cari rezeki...hehehehe..alhamdulilah sekarang nie rezeki makin melimpah ruah..rezeki yang bermacam-macam bentuk dan hati nie sentiasa mensyukuri atas nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa.

 
 
Sekarang minat terhadap lagu-lagu yang sentimental semakin menjadi-jadi kan...dulu nyer yang minat lagu-lagu hip hop or yang bergenre rock dan rancak tapi sekarang mesti cari lagu yang nasional klasik sikit...so terasa diri nie dah tua sangat..banyak citarasa yang berubah pada diri tapi lagu korea masih lagi ditempat hati nie..kalo dulu suka makan makanan fastfood tapi sekarang lebih kepada makanan barat-barat nie...
 
 
 
Ketika tak der keje nie rajin bebenar diri nie melihat gambar kanak-kanak yang muka sangat la kawaii dan gwiyomi kan...memang tergoda la sangat2..kalo para ibu-ibu luar sana yang nak anak-anak mereka comei2 cam Lincoln nie lei la tempek gambar besar2 di setiap penjuru kat umah or opis tue...insyaallah anak yang bakal dilahirkan akan sebijik keluar macam muka baby yang kita suka tengok...tue semua kuasa Allah s.w.t kan...









Thursday, May 2, 2013

Birthday For Husband


Assalamualaikum w.b.t

Kat sini nak sharing sikit mengenai sambutan hari lahir insan yang tersayang iaitu encik suami yang tercinta yang jatuh pada 22 April 2013. Sambutan dibuat hanya kami berdua sahaja tanpa anak2, so romantika antara kami berdua...ramntik ke kan!! hehehehe Persoalannya kalo tanya i hadiah apa yang dihadiahkan kepada en suami ialah kata-kata ucapan happy birthday, pemberian kad birthday yang hanya lah kecil tapi penuh dengan makna dan isi yang padat serta tersirat dan secawan mug yang penuh dengan maksud yang tersendiri.

Kali nie i plan bagi birthday encik suami penuh dengan drama dan trauma..jeng...jeng..jeng..suspen jerkan..hehehe..ok kalo tanya i reason pe i bagi dier mug sebabnya i pesan kat dia once i dah bagi hadiah kat dia..i cakap "awak jagalah mug nie sebaik mungkin jangan bagi sampai pecah dan calar..sekiranya pecah sedikit bermakna awak sudah melukakan hati saya sedikit demi sedikit..then kalo calar mug tue bermakna wak dah toreh hati saya sedikit demi sedikit..hihihi"..encik suami macam terkejut dan terpingga-pingga..mungkin dalam hati dier parah kalo macam nie...hehehe..i bagi challenge kat suami untuk menyahut cabaran i..alhamdulilah suami terima tapi cam was-was jerkan...hehehe..siap dier cakap "nie ugut ker yang"...hahahahaha..lei dikategorikan sebagai yang lebih kejam adalah tindakan "membunuh"..hihihihih..jangan marah yer sayang nanti kena jual..alhamdulilah walaupun suami boleh dikategorikan lelaki yang berusia muda (bagi yang dah berkahwin) but minda , cara dan fikiran beliau seolah-olah lebih berusia dari usianya dan mature serta lagi pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak dengan lebih cemerlang dari i.
Kadang kala umur bukanlah hanya terletak pada ukuran tetapi bagaimana cara menempatkan ia pada tempatnya..okey...Selamat Hari Lahir sayang semoga wak menjadi suami yang soleh, anak yang soleh dan taat kpd kedua ibu bapa, ayah yang mithali kepada anak2 kita, murah rezeki, sihat tubuh badan dan panjang umur..Aminyarabaalamin~~ 

:: my birthday boy ::

:: suami blanja lamb chop with pasta..sedap dan murah ::

:: gwiyomi tak pemberian i pada en suami ::

:: ukir sendiri..save budget tau ::

:: haruslah pacakkan skali nama i bukti dr isteri tercinta..ko ado!! ::

:: small red card ::

:: my hunny bear ::

:: ayat cinta dan punjangga i untuk en suami..maap tulisan cakar ayam skit ::

Thursday, April 18, 2013

Luahan Hati Seorang Ibu


Assalamualaikum w.b.t
 
Rasa lama sangat tidak menulis blog..dengan keadaan diri yang tidak berapa mengizinkan maka haruslah blog nie bersawang sekejap..hehehehe..Alhamdulilah kesihatan i beransur pulih dan terima kasih kepada papa mama i, sahabat2 i di Jabatan Audit Negara dan opismate yang sudi menziarahi i tidak kira di hospital atau di rumah dan juga tidak lupa kepada kuarga mentua yang sentiasa menanya khabar dan mendoakan kesihatan i cepat sembuh.

Sudah 2 minggu tidak pulang ke kampung mentua di Johor untuk melihat anak2 kesayangan oleh kerana kesihatan i yang tidak mengizinkan untuk pulang di sana..kalo setiap kali telefon mesti anak dara i Nur Umairah merajuk tak nak cakap ngan kami..mungkin berkecil hati rasanya..hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa derita dan sengsara hati nie tatkala berjauhan dengan si teruna dan dara kami..Sepanjang hari bersujud dan berdoa semoga ada orang yang baik hati dan budiman diluar sana yang sudi menjaga anak2 kami dengan baik dan selamat..dan tidak perlulah kami berjauhan dengan anak2..Insyaallah semoga Allah s.w.t perkenaankan doa-doa kami..Terima kasih kepada ibu bapa mentuaku yang sudi memahami dan menjaga anak2 kami..Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.
 
Tidak sabar rasanya hati ini untuk pulang ke kampung melihat anak2...harta yang tidak ternilai harganya..amanah yang berat untuk dipikul..mana ada ibu bapa yang tidak mahu menjadi terbaik untuk anak2 mereka..diikutkan hati mahu sahaja berhenti kerja dan menjaga anak2 i dengan menatang minyak yang penuh serta menjadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah sekaligus merangkap menjadi ibu yang mithali dan terbaik..kita hanya mampu merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan..setiap hari memujuk diri nie mungkin ada hikmahnya dengan niat mencari rezeki dan sentiasa kami berdoa semoga anak2 kami dalam keadaan sihat dan selamat hendakNya.

Fikiran dan minda ni sentiasa teringatkan gelak ketawa anak2 kami..menunggu hari esok nie bagaikan seminggu penantian..nur umairah dan muhammad uwais tunggu ibu dan ayahnye...Insyaallah ibu ayah akan balik sok..rindu nak cium dan peluk masam anak2 ibu..Muahhkss
  
 
:: me and Nur Umairah ::

:: me and Muhammad Uwais ::

Friday, March 22, 2013

Muhammad Uwais : Today Is 7 Months Old


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Genap tarikh harini iaitu 22 Mac 2013, umur anak bujang i dah 7 bulan...so fast u grown up dear!!..wah~~ happy birthday to U-wais..besar dan membesar dengan sihat yer anak bujangku..pesan ibu semoga Muhammad Uwais menjadi anak yang sihat, panjang umur, solehah dan hamba yang snts mengabdikan diri kepada pencipta Nya..insyaallah..Amin rabaalamin
 
: "cer tgk gusi ku yang tebal dan lesung pipi ini" said uwais
 
 


Tuesday, March 19, 2013

Tips Mendidik Anak Perempuan VS Anak Lelaki


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Ramai yang comment dalam blog i tanya lagi apa tip yang i ajar anak2 i. Untuk pengetahuan smua i nie bukanlah pakar sgt dalam berkaitan dengan anak2..hihihihi. I hanyalah berkongsi rahsia dan tip-tip dari blogger-blogger lain yang berkait rapat dengan penjagaan dan rahsia2 penjagaan dan pendidikan anak-anak dalam kehidupan seharian. Dan ia mungkin boleh digunapakai..mungkin segelintir ibu-ibu boleh mengambil tip-tip ini dan berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah bagaimana dalam megasuh anak-anak dengan lebih efektif dan berkesan tanpa si ibu dan anak dalam keadaan stress atau berlaku perkara yang tidak diingini.

Ok lah..arinie sekadar berkongsi pegalaman i dan blogger diluar sana bagaimana nak mengajar or mengasuh anak2 mereka dengan lebih intelek dan praktikal..bukan sekadar kajian di luar dan di dalam negara malah di dalam al-quran pun ada sebut perbezaan kejadian lelaki dan perempuan dah..sesetengah fakta yang diberikan oleh pakar kanak-kanak kadang kala ada kebenaran nyer..

Dulu kelahirkan nur umairah, i rasa sifat dan sikap nyer sama saje seperti kanak- kanak perempuan di luar sane..Antaranya mudah merajuk, suka solek, suka berdandan, suka merengek, ingin kan perhatian, takut pada sesetengah binatang contoh katak dan kucing dan lain-lain lagi..Bila dah ada muhammad uwais nie lak since waktu lahir lagi dah tunjukkan kelainannya..tak berapa suka dan fokus pada rupa manusia lebih kepada barang, suka pada bunyi, lasak, aktif yang luar biasa..hehehehe dan paling klaka suka sangat menyakat akaknye..sampai akak nye takut dengan adik nye..takut kne tarik rambut..hihihihi..

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, mungkin kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak2 laki dan perempuan akan merasai perbezaan anak laki dan perempuan mereka. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, i dapat melihat perbezaan kedua-duanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian atau target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. I memang tahu akan fakta ini tetapi i tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana i memulakan mengajar nur umairah lebih awal dari muhammad uwais. Apapun itu jika i membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. 

Waktu nur umairah dan muhammad uwais lahir dlu pun dah nampak bezanya..Lain anak lain ragamnyer tetapi bila dikongsi dengan pendapat dan pandangan ibu-ibu yang diluar sana majoriti kefahaman dalam perbezaan sikap dan sifat anak perempuan dan lelaki adalah sama.

    Nur Umairah (sebulan hingga 6 bulan)
     
  • pandai bercakap atau bersuara since 2 bulan lebih (bahasa bayi)
  • memahami keadaan disekeliling bila berusia 5 bulan
  • Lambat meniarap dan mengesot (since 5 bulan baru pandai)
  • Lambat blaja duduk (since 9 bulan baru pandai)
  • Mudah menangis kalo barang jatuh
  • kurang berminat makan bubur byk lebihkan susu
  • Mudah merajuk (puas nak memujuknye)
  • Peramah dengan orang sekeliling
  • suka tengok orang
  • suka meniru gaya orang/menyanyi
  •  
     
        Muhammad Uwais (sebulan hingga 6 bulan)
 
  • Kurang bercakap atau bersuara (since 5 bulan bru kerap ckit bunyi nyer)
  • apa yang orang buat dia tak peduli..hehehe
  • cepat meniarap dan mengesot since 3 bulan
  • hampir berjaya blaja duduk (6 bulan 4 hari)
  • kurang nak menangis kecuali minta susu dan lapar
  • kuat makan bubur (kne 4 kali sehari)
  • suka sengih dan ketawa ( waktu preggie kan uwais selalu gelak)
  • telik muka orang dlu bru ok..hehehehe
  • aktif
  • suka pada sesuatu benda
  •  
Itu belum dicampur dengan faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Ini i kongsikan article daripada blogger lain mengenai bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuan.


: click tuk large kan pic nie yer
: nur umairah (6 month)


: muhammad uwais (6 month)



 

Friday, March 15, 2013

The Lullaby Song For My Baby


Assalamualaikum w.b.t

Semlm i bagi tip untuk stopkan habit anak yang kuat berputing palsu..so now i have the new treatment for my baby kalo anak bujang so tired dari bershopping or susah nak tidur kalo ada bunyi2 yang bising or beget kat dalam or luar umah..nak tak nak kalo baby kita mula meragam time mereka tengah nyenyak tdo sekali tue terus bunyi bising tung tang tung tang ibunyer masakkan or kemas rumah...ape yang i trainingkan anak-anak i kalo tido mesti i akan alunkan ayat-ayat al-quran especially waktu tidur malam but sometimes we need a new environment or change anything as we can do for our baby..i properly memang pastikan anak-anak i tidur sebelum pkul 9.00 pm untuk anak dara but untuk anak bujang plak i akan pastikan muhammad uwais tidur sebelum atau pada pukul 7.00 pm..

Memang rutin anak bujang akan tidur around 7.00 pm..but kadang kala tidur nyer kalo petang sentiasa juga akan ternganggu terutama suara nyaring akak dier la..memang tak lei nak control suara and pitching anak dara yang nyaring dan kuat nie..so what i do is playing a Lullaby song for him..but it's better kalo ada rolling toys kat katil dierkan..then time tue mata akan mula nak lelap..waktu i preggiekan muhammad uwais, memang i rajin search skit kat google or blog mengenai Lullaby Song..since sekarang nie kan zaman canggih manggihkan so u'olls lei search kat internet jenis2 music Lullaby song yang ibu-ibu di luar sana berkenan..kalo kat handphone i make sure easy download Lullaby Song kat Play Store..memang banyak..Antaranya:

A famous Lullaby Song is:

  • Music Box Lullaby
  • Hushaby
  • Somewhere
  • Sleep Soundly
  • Good Night. sleep well
: it's so cute rite..muahkkss


: Lullaby DVD

: add dlm play store application anset

Ada juga Lullaby Song Lyrics yang rajin dimainkan antaranya:

Ia terpulang kepada keberkesanan music atau mainan tidur si kecil..kalo tanya anak dara i lagu Lullaby song nie tak sedap kat telinga dier..kalo kita mainkan music upin & ipin, Dora The Explorer, ABC Song, Spelling Song, Spongebob Song, Kereta Kecil Warna Merah Song, Stacy Song, Siti Nurhaliza Song and Gangnam Style (PSY) memang dier minat..tapi tiap kami balik dari ambil mereka mesti anak dara suwuh i or husband nyanyikan untuk adik dier lagu Kereta Kecil Warna Merah..penat gak nak nyanyi tiap2 harikan so apa kami buat ialah record your voice singing this song..hehehe..jimat tenaga dan suara anda..hihiihi..




Ibu-ibu di luar cne lei search nie link ok:

http://www.babycentre.co.uk/lullaby-lyrics#ixzz2Md0hsbiv

Tuesday, March 5, 2013

Bila Anak Bujang Mula Bersuara



Assalamualaikum w.b.t


Ingat anak dara je ker banyak mulut..anak bujang nie pun nak manyak mulut tau..yang tak larat yer lagi hebat dari akak nye..bolei lawan ke kak..hihii..
 
Bila tengok video nie hati rasa terubat dikala diruntun duka dan sedih..


: kencur hati ibu


:video anak bujang yang sedang walkie talkie