November 8, 2017

Majlis Graduasi Tadika Tunas Muda Cendiekawan Tahun 2017

 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
Semalam rajin nak menaip blog cerita kisah nur umairah punya convocation. Tapi line internet kat rumah tak bepa kuat sebab hujan lebat. Jadi arinie la, baru I berkesempatan nak menulis blog yer.
 
 
Ini bukan convocation university or kolej tapi convocation akak nur umairah dah tamat belajar 6 tahun di Tadika Tunas Muda Cendiekawan [selalu orang panggil Tadika Cendiekawan]. Next year akak nur umairah dah masuk 7 tahun [Darjah 1]. Sekejap plak rasa masa dah berlalu.
 
 
 
 
tentative majlis persembahan dan
graduasi Tadika Cendiekawan
 
 
 
 
 
Majlis convocation ini diadakan di Dewan MZ Catering, Bandar Baru Bangi [berdekatan dengan INSPEN - 5 November 2017, Ahad]. Disebabkan oleh akak nur umairah convo maka haruslah kami bertolak seawall  jam 7.00 - 7.45 pagi. Selalunya kalo majlis tadika camni, kami anak beranak akan bertolak lambat dalam pukul 8.30 pagi. Tapi tahun ini special sebab akak nur umairah nak convo. Sampai saja disana, ketibaan kami telah disambut meriah oleh tenaga pengajar Tadika Cendiekawan.
 
 
 
 
 
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
Owh yer pagi tue sebelum bertolak en husband ada bawakan bekal biskut krim dan oat munchys jer. Itu pun pertama kali anak-anak makan. Kalo tak jenuh nak perabiskan biskut yang ada kat rumah. Lagi satu time nak menyolekkan akak nur umairah punya la kelam kelibut sebabnya semalam sebelum kejadian terima whatsaap daripada cikgu kelas nur umairah pesan suwuh solekkan anak siap-siap dari rumah untuk majlis penyerahan sijil convo anak.
 
 
 
 
 
 
 





 
 
 
 






 
 
 
 
 
 
 
 
Bila anak nak convo ibu yang akan jadi kalut. Mana yer tak time tue la nak solekkan anak dan pakaikan tudung. Nasib baik time persembahan akak nur umairah, cikgu die yang akan take over. Lupa, tahun ini juga first time abang uwais buat persembahan di Tadika Cendiekawan. Dah jadi macam Pendekar Mustar dah I tengok. Abang uwais punya persembahan adalah dikir barat [2 persembahan].
 
 
 
 
 
 
 
 



 
 








 
 
 
 
Akak nur umairah pulak buat persembahan joget tari menari [berpasangan - 1 persembahan]. Persembahan akak nur umairah 3 paling last punya persembahan. So jenuh gak la nak menunggu. Bayangkan dari pukul 7.20 pagi sampai hingga 12.35 tengahari baru persembahan akak nur umairah. Bila tanya pengalaman ibu-ibu yang anak mereka tahun lepas convo pun akan cakap benda yang sama. Takpe demi anak-anak kan..ibu tetap setia menunggu.


I nak story sikit mengenai ketika persembahan nur umairah. Selepas habis persembahan akak nur umairah, tiba-tiba akak nur umairah dok tanya I.."napa ibu macam tak happy jer tengok persembahan akak". Terkejut I bila dengar akak nur umairah tanya camtu kat I. Bila piker-piker, rupanya akak nur umairah perasan riak muka I. Ok..sebab I tak happy tue adalah 2 handset dan kamera I habis bateri [powerbank lupa nak bawak]. Jadi bila nak record video persembahan akak nur umairah memang tak akan dapat la. So yang dapat tangkap hanyalah gambar sajo. Manenye tak frust. Because it's the last performance that she doing at Tadika Cendiekawan.









cikgu leha tengah menyiapkan nur umairah untuk persembahan tarian












Nasib baik la ada ibu-ibu yang baik ati dalam grup whatsapp kelas akak nur umairah yang bagi video persembahan anak dekat anset. Boleh la jadikan kenangan untuk kami sekuarga. Kalo tak lagi sedih akak nur umairah kalo ibu die tak amik video persembahan die.












Majlis convo ini habis dalam pukul 1.10 petang. So abis jer makan tengahari [makanan disediakan oleh MZ Katering] terus anak-anak minta pulang cepat sebab dah penat. Sampai jer rumah, terus masing-masing terbukang cari bantal terus tido.


Tahniah akak..we proud of you...until jannah..luv u