December 30, 2013

Tip Sendawakan Bayi



Assalamualaikum w.b.t


Ok, hari ini i nak sharing macam mane ibu-ibu di luar sana nak sendawakan baby comei uall's.
 
 
Selalu dengar rintihan ibu-ibu camne nak bagi baby mereka sendawa dengan cepat tanpa muntah dan tanpa tersedak susu.
 
 
Terus terang i waktu lahirkan umairah dan uwais dan sepanjang penyusuan mereka, i takde masalah untuk menyendawakan mereka.
 
 
Senang cerita mereka akan sendawa sendiri or dengan 3 tepukan paling maximum anak2 i dah sendawa.
 
 
Tapi acap kali dengar baby banyak yang tersedak susu dan ia berpunca dr baby yang tidak disendawakan.
 
 
I paham kadang2 jenuh gak nak bagi baby kita sendawa. Tepuk punya tepuk tak gak sendawa. Jenuh gak kalo nak menunggu.
 
 
Fine now nak sharing tip-tip yg i dapat pamplet dr klinik kerajaan dan juga research dari internet. Mungkin serba sedikit membantu ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
 
 
Tip Bersendawakan Bayi
 
Semasa bayi menghisap minuman/susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu, bayi perlulah disendawakan sekurang-kurangnya 1x atau 2x semasa menyusu.
 
* Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawakan setiap 1/2 - 1 oz (15-30ml) susu diberi.
 
* Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2-3 kali pd stp penyusuan.
 
 
Ini akan dapat mengelakkan bayi menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum kenyang.
 
 
Cara-cara Menyendawakan Bayi 
 
 
  1. Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
  2.  
  3. Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  4.  
  5. Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
  6.  
  7. Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
  8.  
  9. Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
  10.  
  11. Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
  12.  
  13. Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
  14.  
  15. Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.
 
Tanpa mengira posisi yang mana digunakan, gosok belakang bayi perlahan-lahan sehingga udara keluar (sendawa).
 
 
p/s: sendawakan bayi adalah amat penting bagi mengelakkan bayi anda tersedak susu. Bahaya!!..kerana ia boleh mengakibatkan kematian. Peringatan untuk i jua.

December 26, 2013

Kisah Preggie Anak Ke 3!



Assalamualaikum w.b.t


Hello morning everyone~ ~ ~....wah nampak tak keceriaan kat situ. Hihihi..haa! sesiapa yang sangka i nak announce my new baby..tanggapan anda salah ok.
 
I masih lagi disini, baru kekenyangan mengketedarah nasi lemak with my lovely husband dan sekarang tengah menaip blog {sah-sah memang tak ada kerja nak buat kecuali memikirkan MAKANAN sebelum deliver}..ekekeke


Dah bersalin?
Tak perlu orang diluar sana membuat tafsiran sendiri kenapa i masih lagi belum bersalin. Hehehehe. Bagi i bila baby comei dalam perut dah sedia nak keluar, dia akan keluar jugak. Hari, tarikh dan masa hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Bak kata Orang tua-tua "baby dalam perut nie belum sign kontrak lagi dengan Allah s.w.t".
 
setiap masa dan saat, anak dara tak putus-putus tanya
soalan yang sama..sabar ye sayang!



Hanya satu ku pinta dari kalian adalah doa yang baik-baik dan terbaik untuk kami ok!.
Cerita pasal 3rd preggie kali ni memang banyak cabaran. Sakit pinggang jangan cakap la, kena sakit urat simpul biawak tue memang dah kena banyak kali. 



antara produk SHAKLEE yang i consume and memang
berkesan..alhamdulilah
 
 
 
*click tuk tumbesaran*
 
since sakit pinggang and kena simpul urat nie..i consume sepanjang preggie..tak sampai hari ke 2 dah nampak perubahan. Ostematrix is my first produk i consume before ESP Shaklee.
 
since nak anak kulit cerah and mulus serta cantik, i consume ESP Shaklee..dah jadi my daily routine ok..since sekarang still consume dan sampai bila2..memang besh..sewius!! bila perut kenyang dah xmeragam!!

 
khasiat dan keistimewaan ESP Shaklee for those yang tak tahu lagi.
 
 
Totally pengalaman mengandungkan anak ke 3 nie memang banyak ujian dan cabaran dalam kesihatan i. Tanya pasal berat badan so far tak ada la naik mendadak macam pregnantkan umairah dan uwais yang sebulan aja dah naik sampai 4kg. 
 
ok semua part dh nampak kembang kat cnie yer~~


Tido?
Tapi so far alhamdulilah, cuma sekarang nie rasa cam berat kat peranakan niekan and tak selesa nak tido {amboi..cakap cam tak pregnant sebelum nie kan}.
Tanya pasal mimpi jangan disebut, sebabnya memang i tak sempat nak mimpi sebab tido asyik tak lena aja. Nak kena urut dan belai baru nak tido ok!. sian husband i. Bersabar dengan macam-macam kerenah isteri dia. Huhuhu#
 
Jantina?
Ramai yang tanya pasal jantina baby dalam perut i.
Ramai yang mentafsirkan betul dan tak betul.
Standard la orang kat luar mesti akan teka berdasarkan bentuk perut dan kelebaran badan i. Takpe la. Once baby dah keluar nanti, insyaallah i akan bagitau. Cuma lambat atau cepat saja.
Ye la i nie bukan artis or orang kenamaan pun orang nak ambil kisah. But by the way i ada family, keluarga mentua, saudara mara dan sahabat handai yang memang ambil berat pasal i dan kandungan i {so pemberitahuan mengenai kelahiran adalah WAJIB wokey!}



 

Perasaan?
Preggie nie memang i cepat emotional ok..kalo tengok orang mata merah pun i dah start nak meraung..bukan menangis tau..dashyat tak penangan anak ke 3 nie. Sampai orang yang tengok tue cakap apahal minah buyung nie menangis teresak2. Drama korea belum mula lagi...hihihii



Preparation?
Hehehe..nie memang nak kena kutuk habis. I start packing barang baby since dah 38weeks..lambat wokey..nie pun kena sound dengan husband baru la terhegeh-hegeh nak packing barang baby. Bila dah packing barang baby lupa plak nak packing barang sendiri. Teruk tak! ingatan i dah macam umur 50 tahun ok {standard la kalo beranak anak setiap tahun sorang, wayar urat pun banyak dah putus..tak sempat nak tukar dah putus yang baru..amcaner tue JOHAN!..}



PENGUMUMAN PENTING!!


 
 *CLICK TUK TUMBESARAN OK*
P/S: TAWARAN ISTIMEWA NIE SEHINGGA 31 DEC 2013 SAHAJA TAU SAYANG-SAYANG KU SEMUA. SELEPAS DARIPADA TARIKH INI ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT HARGA RUNTUH PRODUK SHAKLEE. SEKIRANYA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SET HARGA BAJET JANGAN MALU DAN SEGAN, HANYA wassapp/sms/LINE/email KAT I WOKEY!!

 


December 19, 2013

Anak-anakku!


Assalamualaikum w.b.t

Hye dah lama tak berblogging cerita mengenai anak-anak..alhamdulilah akak umairah sekarang dah umur 2 tahun 11 bulan..next year bulan Januari 2014 dah masuk 3 tahun. Manakala abang uwais lak, sekarang dah 1 tahun 4 bulan..tak lama lagi abang uwais dh nak jadi abang. Ibunya pun dah sarat mengendung baby dalam pewut (38weeks 2 day). Seperti kebiasaan, akak umairah mesti ajukan soalan yang sama "bila adik nak kuar  ibu". Alahai anakku, sekiranya i tahu la perhitungan dan perancangan serta ketentuan Allah s.w.t, dah lama ibu bagi jawapannya. Tapi buat masa ini hanya jawapan ini sahaja ibu mampu berikan "adik belum sign kontrak dengan Allah s.w.t lagi sayang..insyaallahh..sabar ye sayang"..kadang kala setiap hari anak dara nie menanya..sampai satu tahap tue ibu rasa nak rekod jer jawapan yang sama..hihihihi...yerrr...Ibu memerlukan kesabaran yang tinggi dan kuat.


: pagi-pagi nie la die x-tvt anak2 i

: gaya yg ditonjol oleh anak-anak i..
anak dara mmg mata tak blei lari dr tgk tv
 
 
 
 
anak bujang mesti ada wat aksi yang comei dengan ibu..pantang nampak kamera mesti nak posing sakan..nie gara-gara wktu preggiekan anak bujang suka sgt selfie..ekekeke
 


anak dara tak lepaskan peluang gambar selfie gak..siap tegah adik die lagi dari tangan tue suka sangat masuk dalam mulut...nie la die habit anak bujang!!



Perkembangan anak-anak i alhamdulilah, semakin cerdik dan bijak sampai diluar jangkaan ibu dibuatnya. Setakat ini pembelajaran dan pengetahuan yang ibu perasaan anak-anak ibu ialah:

Perkembangan Nur Umairah
umur: 2 tahun 11 bulan
  • pandai membaca DOA MAKAN dan BISMILLAH(walaupun pelat sedikit)
  • sebut ABC sampai Z..
  • sebut bilangan nombor 1 hingga 15 (i ajar smpai nombor 15 dulu takut anak dara xdapat nak catch up banyak2..totally yang angka 11 susah sikit anak dara nak sebut..hihihi)
  • pandai shopping and minta dress serta kasut yang dia minat (kalo tak turutkan memang akan dituntut oleh anak dara..parah i and husband camni)
  • pandai mengaji dari ALIFF hingga JIM (yang lain setakat nie memang sush anak dara nak sebut..tapi YAA..laju ajer dia)
  • pandai kenal WARNA dan TRIANGLE

Perkembangan Muhammad Uwais
umur: 1 tahun 4 bulan
  • pandai menari (ada music mulala..ekekeke)
  • pandai menyanyi (wlaupun yang disebut ntah apa-apa..tapi kami layankan jer..paling rajin layan akak nye)
  • pandai kenal binatang..(tapi normally binatang macam KUCING, LIPAS, LALAT, LABAH-LABAH, ULAT GONGOK, SEMUT DAN ANJING)..
  • tak takut pada binatang..berani usik dan BUNUH (ohhh...sungguh kejam anak bujang i...hehehe..yang tak larat tue siap nak masuk mulut binatang yang dia dah bunuh..ermm)
  • pandai sebut AYAH dan IBU (mostly suka bebenar dengan panggil AYAH..ok fine)
  • pandai merajuk dan membuat drama TELENOVELA (pantang nampak muka ayah nye mula wat lakonan bersiri sedih..pengasuh pun dah tau taktik anak bujang i)
  • berminat pada KERETA, MOTOR, KAPAL TERBANG (ok paling senang semua jentera atau kenderaan yang bergerak la) anak bujang memang akan fokus..sampai tertidur dibuatnya.
  • pandai AMIK HATI ibu dan ayah (kecur and lulur hati kami sampai nak marah pun dah tak jadi marah..aduuuhhh..nie menderam paling hebat nie)

Apa-apa pun doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu (termasuk bb yg kiut miut dlm pewut nie) jadi anak yang soleh dan solehah hendakNYA..AMIN..moga-moga kami jua menjadi ibu dan ayah yang mithali dan terbaik untuk membimbing dan mendidik anak-anak kami...insyaallah..doakan kebahagian kami yer!! :)

December 9, 2013

Part 2: Tip Mustajab Memudahkan Proses Bersalin (Diamalkan Oleh Suami)



Assalamualaikum w.b.t

 
Pagi yang cerah lagi udara yang segar niekan, maka nya mood nak tulis blog pun haruslah berbunga-bungakan..ekekeke. Alhamdulilah cuaca sekarang semakin pulih (sekitar putrajaya). Tapi kalo tanya keadaan cuaca di Kuantan, Kemaman, Segamat dan sekitar bahagian timur masih lagi diparas yang berbahaya. Please pray for them. Janganlah berat tulang nak menyumbang sesuatu yang kita rasa boleh menyumbang. Bukan sahaja dari segi kewangan, malah sumbangan yang bukan berbentuk kewangan pun boleh. Misalannya, bekalan makanan, pakaian dan lain-lain lagi.

 
Ok, memang tajuk lari sikit dari yang di atas. Maklum la kadang-kadang dalam kehidupan kita nie kena sentiasa beringat-ingat. Kalo sekarang nie kita senang and boleh goyang kaki tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Mana tahu kemudian hari kita pulak berada disituasi mereka. Fikirlah siapa yang nak tolong dan membantu kita kalo bukan masyarakat kita sendiri. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri.
 
 
Sekarang nie, kome teringin bebenar nak berkongsi tip-tip yang pernah i dan en. suami amalkan since pregnantkan muhammad uwais (2nd child). Erm kalo dulu time pregnant anak pertama just amalkan surah-surah wajib sahaja. Kepada sesiapa yang tanya i bersalin anak nombor 2 nie lagi senang ker? alhamdulilah berkat usaha dan tawakal memang tak dinafikan lagi senang dan mudah. Bukan la diri nie nak berbangga mahupun riak. Tapi apa salahnya benda yang baik-baik macam nie kita kongsi sama-sama. Tak ada sesiapa yang rugi. Pahala pun dapat. Berkongsi ilmu jangan la sikit-sikit kan...kihkihkih.
 

 
 
 
Tip-tip yang diamalkan oleh en suami i ialah sentiasa membuat air selusuh iaitu bacaan surah-surah yang wajib dibaca bagi isteri yang mengandung (surah maryam, yusuf, yassin dan at-taubah). Kalo boleh buatkan air mandi untuk isteri mengandung juga sebagai air selusuh. Paling kurang pun 5x basuhan iaitu selama seminggu setiap pagi. Dan niatkan mudah-mudahan isteri yang mengandung dipermudahkan bersalin, kerana zat-zat dalam air yang dibaca tadi mempunyai molekul-molekul ayat-ayat al-quran dan diniatkan juga isteri yang mengandung mempunyai tenaga dan sihat tubuh badan, bukan sahaja kepada ibu malah kepada bayi yang dikandungkan. Insyaallah, tanda-tanda positif sentiasa dalam diri badan isteri. Tak ada la isteri yang mengandung tue stress, ada sifat-sifat negatif atau berperangai yang bukan-bukan kan.
 
 
Semoga tip-tip yang i kongsi nie dapat membantu anda dalam memudahkan proses bersalin. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal. Selebihnya kita berserah kepadaNya. Insyaallah!!

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...