February 21, 2018

Zoo Negara Tahun 2017

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Alhamdulilah, segala puji Allah s.w.t yang mencipta sekeliling alam. Niat nak update blog arinie dalam keadaan yang agak kelam kabut sedikit. Maaf kadang cite dah basi tapi still i nak update.
 
Sebab kenangan. Bila dah diaorang dah besar, dengan harapan i boleh tunjuk gambar dan story yang mengimbau kembali nostalgia.
 
 Biasa la kelewatan update blog sebab dihujani dengan bebanan kerja yang tak akan penah abis. Tapi, nak atau tidak, harus juga dilaksanakan dan  ditempuhi demi mengorak langkah ke hadapan.
 
 
Berbalik kepada tujuan asal, niat nak pergi bawa anak-anak ke Zoo Negara pun last minit. Bila orang lain dok viral free tiket untuk orang yang sambut hari lahir pada bulan disember. Kami pula yang excited. Walhal kami anak beranak takde pun yang lahir bulan disember. Tapi saja mengisi masa yang lapang dan beriadah bersama kuarga.
 
 
 
 
 


 
 
 
 
Anak-anak asyik tanya nak tengok buaya la, harimau la dengan panda bila kami nak bawa. Jadi nie la masa yang terbaik tuk bawa anak-anak. Bila dah sampai masuk zoo, uqayla pula dok asyik sibuk kata takut dengan ungka pastu buaya. Apa lagi menjerit kuat la die. Yang kami suami isteri ini dah kalut tengok die dok menjerit. Masing-masing yang ada kat sana, jadi prihatin dan pujuk uqayla jgn nangis. 

Terima kasih semua, siap ada abang nie bagi belanja makan keropok supaya uqayla diam dari nangis. Hehehehehe..
 







: baru happy bila upah dengan keropok oleh abang pakcik





Bila dah elok mood tue, baru la bercakap yer tak henti-henti nak tengok harimau.



: macam artis k-pop jelajah malaysia






Sian anak nak tengok kanggaru dah tak lei. So tengok binatang yang mirip adik beradik kanggaru pun jadi la. Namanya WALABI. Rupa, bentuk dan cara lompatan lebih kurang macam kanggaru cuma saiz binatang ini lebih kecil daripada kanggaru walaupun warna bulu ala mirip kanggaru.














: uwais suwuh tangkap gambar dia olok-olok baca map (tapi muka hadap kamera)










: salah sowang kekasih ati en suami





Pastu tengok panda..comel sesangat panda ini tak padan dengan badan tombam.















Kalo tanya panda makan apa. Nie hah! menu makanan dia yang menjadikan panda nie gemok..hehehehe











Dan pabila disuruh wat rupa kiut macam panda




: udak manja dengan ayah







: zirafah ini tak tunjuk interested dengan aciks

: kami makan aiskrim vanila kon coklat chip

: nak tunjuk keromantik yang ada pada kami tapi dihalang oleh 'piihak ketiga'

: uqayla nampak kelaparannya..sampai muka pun nak masuk dalam kon aiskrim







Sempat jugak tengok persembahan pingu dan anjing laut buat aksi..teruja makcik sat.
 



 

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulilah syukur sangat2 pada Mu ya Allah atas nikmat kurniaanMu..Di kesempatan ini i dan sekuarga menyusun...