July 28, 2015

Salam Eidulfitri Tahun 2015



Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulilah selamat tiba dan sampai tempat yang ingin ditujui. Berkat bulan syawal nie, indah sungguh menikmati hari raya bersama-sama orang tercinta. Wah syahdu sungguh alunan lagu-lagu raya yang sedang berkumandang kedengaran di corong radio. Pergghhh!!! arinie i masih lagi mood raya. Malas btui nak masuk keje. Tapi nak wat macam mane, cuti rehat kena berjimat. 





[ first raya di Putrajaya a.k.a belah pagi ]
: bergambar bersama-sama kuarga tercinta







Raya tahun nie meriah sesangat dengan kehadiran anak buah baru. Jatuhnya tarikh pada 1 Syawal, seorang lagi khalifah Allah s.w.t anak buah lelaki i yang kedua dalam keluarga telah selamat dilahirkan. Alhamdulilah berkat doa semua, ibu dan anak selamat. Semakin ramai cucu2 Hajah Normah dan Haji Mohamad Nor. First raya sudah pasti la beraya di Putrajaya. Sebabnya kembar i bersalin dekat Hospital Putrajaya. Jadi pemandangan raya pertama di Putrajaya. Lewat petang baru kami bertolak pulang ke Kuala Pilah, N9.






[sesi photoshoot di depan Mahkamah Presint 4, Putrajaya]

 [reaksi anak bongsu otw balik beraya di Kuala Pilah, N9]









Sampai hari raya kedua kami beraya di Kuala Pilah, N9. Macam biasa lomang kita beli manakala rendang ayam, rendang daging dan nasi impit kami masak. Tapi bukan i masak, parents and akak2 i yang masak sebab i sekuarga alik kampung dah sampai malam. Mercun bunga api di sponsor oleh kakngah i. Anak2 memang suka sangat la main mercun.





[otw beraya di umah sanak saudara kuarga i di Kuala Pilah, N9]





[beraya dirumah atuk saudara i]










[sonok berposing mama, anak i dan cik yah kita nie]









Bila masing-masing tengah sibuk x-cited nyanyi lagu raya, anak dara bongsu sibuk belek dan main purse ibu nyer. Adui abis hilang kad2 dan duit ibu. So kalo sapa yang tanya duit rayo mano, sila la tnya dengan udak tecik nie. Dia yang dok asyik punggah sana sini purse i.








[adik tak pasan i dapat tangkap sapa yang main purse ibu..jeng..jeng]
 








Masuk raya yang ke 3 kami terus otw alik kampung belah suami iaitu di Felda Chempelak Barat, Labis a.k.a Segamat. Raya ke 3 tue belah petang baru lei beraya sebabnya belah pagi tue ramai sangat nak orang nak beraya umah kuarga mentua. Kami dapat beraya pun dekat2 dengan umah jiran aje.







[time nie abg uwais tak chat..cian abg asyik mengamuk jer kalo pegi beraya]








[otw beraya di umah sanak saudara suami di Muar]


: sewius jer cik abang bila drive..fokus u no!









[ penat adik tak hilang dari semalam dah kena paksa beraya lagi dengan ibu..luv ciked ]









Next raya ke 4 baru lar kami dapat beraya ke rumah sanak saudara belah suami di Muar. Seluruh kawasan muar kami pergi beraya. Raya sakan sambil kumpul duit raya anak2. Sonok sesangat budak2 kalo dapat duit rayo. Perut nie pun penuh makan dengan kuih raya sampai i pun jatuh sakit (pening kepala, batuk dan selsema). Dengan cuaca yang panas pun mudah dapat penyakit. Tapi raya nie memang meriah dengan anak2 dan kuarga tercinta.






[ beraya di kampung penchu, Muar]


























Konon nyer time nak tangkap gambar satu kuarga, tapi last2 yang dapat tangkap hanyalah gambar kami bertiga. Sebabnya umairah dan uwais taknak join sibuk dengan main nyer. Abis tekak nie perit melolong panggil diaorang suwuh tangkap gambar. 















Dengan semangat i yang tak putus asa, ketika anak2 i yang lain sibuk main, kami la usung badan nie sendiri ke tempat diaorang main. Dengan harapan anak2 kami mau la nak bergambar dengan kami. Lokasi dekat pokok getah. Owang lain bergambar dekat kawasan rumah teratak tapi kami lain sikit dekat pokok getah..hehehehe.