October 30, 2017

Hari Keluarga KDN 2017

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
 
Ada semangat sikit nak update cite arini.
Bila ada masa kena terus tulis blog.
Kalo tak berbulan-bulan punya cite baru tulis.
Dah nak basi..mehehehe
Semalam event Hari Keluarga KDN 2017 en suami tercinta.
Lokasi bertempat di Maktab Penjara Kajang dan perasmian oleh Menteri KDN merangkap TPM kita.
Tema rumah kali ini sama cam 2 tahun lepas iaitu rumah MERAH a.k.a rumah TUAH.
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
So macam biasa anak beranak mesti pakat-pakat pkai baju kaler merah.
Anak-anak i ada siap tema special sikit, tema merah Minnie dan Mickey Mouse.
Kalo dah nama pun Hari Keluarga mesti ada cabutan bertuah.
Hadiah utama merupakan sebuah kereta Myvi. Sapa la yang bertuah yang dapat.
 
 






 
 

 
Owh ye, cabutan bertuah ini ditutup pada pukul 8.30 pagi. So kebetulan kami memang sampai awal cuma kami terpaksa parking jauh disebabkan ruang parking yang penuh dan ramai maka dihujung dunia jugaklah kami terpaksa parking. Itu sahaja pilihan yang hado. Nak tak nak terpaksa la menapak jauh.
 
 
Waktu nak serahkan nombor cabutan bertuah kami, staff kat pendaftaran kata dah tutup. Jadi I explain la yang kami nie sampai awal tapi terpaksa parking jauh dan berjalan jauh sikit. Kebetulan jam ketika itu baru 8.32 pagi (hanya lewat 2 minit sahaja).
 
 
Nasib baik la akak staff kat situ terima bila dah mendengar i explain panjang lebar. Jangan tanya suami den, kalo orang dah kata tutup die hangguk kan jer (tue la beza I dengan en suami – balance type).
 











 
Dah sampai, sarapan pagi pula kena beratur sebab ada kanopi roti canai dari ALI MAJU. Sebelum tue staff yang bertugas ada kasi beg goodies. Dalam beg goodies tue ada kek muffin, botol mineral kecil, roti krim gardenier, buah dan air kotak.
 
 
 
 

 


Jadinya takde la kebuluran sangat sebelum menunggu beratur panjang amik roti canai. Berpeluh-peluh la menunggunya dengan panas teriknya. Selain itu, ada mihun dan popia basah tapi limited, so sapa cepat die dapat.
 
 



 
 
Dalam tengah ari punya menu ada nasi biryani ayam sambal (bungkus) dengan cendol. Memang sedap!.
 
 
 





 


Tak lupa juga ada persembahan daripada artis Nash dan Hattan. Tapi acara yang paling I tunggu-tunggukan ialah permainan Tarik tali daripada rumah Lekir dengan rumah kuning (tak hinggat nama rumah pe).
 






 
 
 
Agak-agak sebelum acara nak abis, kami decide pulang sebab nak kena cari baju kurung akak umairah untuk konvokesyen pada 5 November 2017 (ahad) nanti.

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulilah syukur sangat2 pada Mu ya Allah atas nikmat kurniaanMu..Di kesempatan ini i dan sekuarga menyusun...