December 19, 2013

Anak-anakku!


Assalamualaikum w.b.t

Hye dah lama tak berblogging cerita mengenai anak-anak..alhamdulilah akak umairah sekarang dah umur 2 tahun 11 bulan..next year bulan Januari 2014 dah masuk 3 tahun. Manakala abang uwais lak, sekarang dah 1 tahun 4 bulan..tak lama lagi abang uwais dh nak jadi abang. Ibunya pun dah sarat mengendung baby dalam pewut (38weeks 2 day). Seperti kebiasaan, akak umairah mesti ajukan soalan yang sama "bila adik nak kuar  ibu". Alahai anakku, sekiranya i tahu la perhitungan dan perancangan serta ketentuan Allah s.w.t, dah lama ibu bagi jawapannya. Tapi buat masa ini hanya jawapan ini sahaja ibu mampu berikan "adik belum sign kontrak dengan Allah s.w.t lagi sayang..insyaallahh..sabar ye sayang"..kadang kala setiap hari anak dara nie menanya..sampai satu tahap tue ibu rasa nak rekod jer jawapan yang sama..hihihihi...yerrr...Ibu memerlukan kesabaran yang tinggi dan kuat.


: pagi-pagi nie la die x-tvt anak2 i

: gaya yg ditonjol oleh anak-anak i..
anak dara mmg mata tak blei lari dr tgk tv
 
 
 
 
anak bujang mesti ada wat aksi yang comei dengan ibu..pantang nampak kamera mesti nak posing sakan..nie gara-gara wktu preggiekan anak bujang suka sgt selfie..ekekeke
 


anak dara tak lepaskan peluang gambar selfie gak..siap tegah adik die lagi dari tangan tue suka sangat masuk dalam mulut...nie la die habit anak bujang!!



Perkembangan anak-anak i alhamdulilah, semakin cerdik dan bijak sampai diluar jangkaan ibu dibuatnya. Setakat ini pembelajaran dan pengetahuan yang ibu perasaan anak-anak ibu ialah:

Perkembangan Nur Umairah
umur: 2 tahun 11 bulan
  • pandai membaca DOA MAKAN dan BISMILLAH(walaupun pelat sedikit)
  • sebut ABC sampai Z..
  • sebut bilangan nombor 1 hingga 15 (i ajar smpai nombor 15 dulu takut anak dara xdapat nak catch up banyak2..totally yang angka 11 susah sikit anak dara nak sebut..hihihi)
  • pandai shopping and minta dress serta kasut yang dia minat (kalo tak turutkan memang akan dituntut oleh anak dara..parah i and husband camni)
  • pandai mengaji dari ALIFF hingga JIM (yang lain setakat nie memang sush anak dara nak sebut..tapi YAA..laju ajer dia)
  • pandai kenal WARNA dan TRIANGLE

Perkembangan Muhammad Uwais
umur: 1 tahun 4 bulan
  • pandai menari (ada music mulala..ekekeke)
  • pandai menyanyi (wlaupun yang disebut ntah apa-apa..tapi kami layankan jer..paling rajin layan akak nye)
  • pandai kenal binatang..(tapi normally binatang macam KUCING, LIPAS, LALAT, LABAH-LABAH, ULAT GONGOK, SEMUT DAN ANJING)..
  • tak takut pada binatang..berani usik dan BUNUH (ohhh...sungguh kejam anak bujang i...hehehe..yang tak larat tue siap nak masuk mulut binatang yang dia dah bunuh..ermm)
  • pandai sebut AYAH dan IBU (mostly suka bebenar dengan panggil AYAH..ok fine)
  • pandai merajuk dan membuat drama TELENOVELA (pantang nampak muka ayah nye mula wat lakonan bersiri sedih..pengasuh pun dah tau taktik anak bujang i)
  • berminat pada KERETA, MOTOR, KAPAL TERBANG (ok paling senang semua jentera atau kenderaan yang bergerak la) anak bujang memang akan fokus..sampai tertidur dibuatnya.
  • pandai AMIK HATI ibu dan ayah (kecur and lulur hati kami sampai nak marah pun dah tak jadi marah..aduuuhhh..nie menderam paling hebat nie)

Apa-apa pun doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu (termasuk bb yg kiut miut dlm pewut nie) jadi anak yang soleh dan solehah hendakNYA..AMIN..moga-moga kami jua menjadi ibu dan ayah yang mithali dan terbaik untuk membimbing dan mendidik anak-anak kami...insyaallah..doakan kebahagian kami yer!! :)

No comments:

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...