Last day tue kami decide berjalan-jalan dekat Jonker Walk, Melaka.
Sambil jalan-jalan tue kami singgah di Masjid lama iaitu Masjid Kling,
Melaka. Memang antik sungguh masjid nie. Terpegun tengok ukiran dan reka
bentuk masjid tue. Macam-macam benda dibeli dan dibeleknya dekat Jonker
Walk. Ada rezeki nak bawak anak-anak jalan-jalan ke terengganu la
pulak. Boleh tengok pantai dan makan kopok lekong..mehehehe
Owh lupa nak cerita waktu pagi tue kami breakfast kat satu tempat ini. Nama warung makan nie ialah Warung Hajah Robiah. Memang sedap. Lepas satu-satu i dengan husband order. Macam-macam ada. Pagi-pagi lagi ada jual sate. Jadi i memang recommend kat uall's kalo pergi bercuti di melaka, jangan lupa singgah warung ini untuk breakfast. Tapi tak silap i hari ahad diaorang tutup. So pastikan kowang pelan betul-betul untuk pergi sarapan pagi kat sana.
Okey gambar kat bawah ini time kami berhenti minum petang dekat warung kampung Alai, Melaka. Warung ini lokasinya terletak berhampiran tepi jalan. Tempat ini famous dengan cendol, ABC dan pisang goreng diaorang. Tengok anak-anak makan sampai bertambah-tambah. Mehehehe.
Masing-masing dah penat berjalan terus tumbang atas katil. Anak-anak macam biasa terus nak tengok katun. Kalo dok hotel mahal nie semua chanel pakai internet. Kowang tekan la movie yang kowang nak. Insyaallah ada lah.
p/s: bila dah kat umah, tak abis-abis umairah dan uwais sebut "ibu, bila nak pegi duduk hotel lagi"..pening kepale ibu.
No comments:
Post a Comment