YuP

Cahaya

September 6, 2016

Celebrate Birthday Uwais 4y In Krispy Kreme



Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi kesihatan kepada kami sekuarga untuk bernafas di muka bumi ini. Hari yang amat bermakna kami sekurga bila anak bujang dah masuk umur 4 tahun (22 Ogos 2016). Kebetulan hari jadi anak tue jatuh pada hari encik suami outstation. Maka kami celebrate birthday uwais lambat ckit. Kami celebrate pun biasa-biasa jer dekat IOI City Mall, Putrajaya. Kami makan donut di Krispy Kreme. Since dapat baucar dan free air caramel, jadi sesekali cuba order yang lain ckit. Taun lepas kami sambut birthday anak bujang pun dekat Wonder Milk. Sekarang ini kita cuba lain sikit sambut birthday makan donut. Semua perisa donut favourite anak bujang ada especially coklat.













Memang favourite anak bujang makan donut coklat. Tengok tue bertengkek-tengkek coklat kat atas donut tue.












Best nyer sempena birthday abang uwais, beli air satu dapat percuma satu. Pastu dapat lagi pulak cupon baucar minuman. Next boleh pergi lagi la.












Masa kami celebrate birthday uwais time ini pun, akak umairah takde. Tinggal kat kampung sebab kena demam chicken pox. Cian akak. Penuh chicken pox dekat badan dan muka dia. Jadi kami hanya sambut birthday anak bujang dengan 4 orang saja.













Macam-macam aksi abang uwais makan donut. Tolobih sonok sangat dapat makan donut coklat. Adik pun excited dapat tumpang makan donut coklat abang. Siap abang offer suapkan donut coklat kat mulut uqayla. Macam-macam pesen anak ibu ini.











Hadiah anak bujang kami beli robot dan juga koleksi boboi je. Fyi, kami beli hadiah anak bujang ini pun sehari sebelum bawa diaorang makan donut dekat Krispy Kreme. Biasa la anak bujang ini bila nampak satu, satu lagi pula die nak. Jadi ibunya turutkan lah selagi termampu. Bila dah tak termampu tue, ibunya plak kena muntah duit dulu baru dapat duit










Kami beli sedozen dan air beli satu free satu. Paling best yer dapat baucar Krispy Kreme. Sonok tengok anak-anak suka makan donut. Habis licin. Sebelum penghabisan, di sini ibu nak bagi serangkap puisi sempena hari lahir anak ibu yang tersayang. Yang paling tak tahan, kami pula yg excited terlebih dapat makan donut krispy kreme ini...mehehehe













Pas dah bershopping baju dan suar anak-anak, kami pegi bawa uwais main tembak-menembak dan naik helikopter mainan. Dari jauh nampak rupa uwais dengan uqayla excited, tapi bila i dah tukar duit dengan token..masing-masing taknak main sebab TAKUT. Sudah! i dah la tukar duit untuk 10 token. Alih-alih anak-anak plak taknak main. Jadi kami la yang perabiskan 10 token tue. Uish memang i dengan husband puas main la..hihihi. Dulu waktu kecik-kecik tak dapat main, bila dah besar ini sonok die tue lain macam sikit. Macam gian jer nak main lagi.







: selfie dulu sambil menembak tue.

 

No comments: