August 19, 2016

Pengalaman Melahirkan dan Membesarkan 'Kembar 3'

Assalamualaikum w.b.t



I pernah terbaca satu blog seorang blogger yang menceritakan pengalaman mengandungkan anak setiap tahun. Sehinggalah beliau melahirkan anak ketiga dan tidak sampai 3 bulan bersalin terus mengandung anak yang keempat. Ok lah, tiba-tiba terdetik hati ini nak sharing serba sedikit pengalaman i mengandungkan anak-anak yang kategori tak sampai setahun sekali. Semasa i mengandungkan uwais pun, waktu tue umur umairah baru 10 bulan. Manakala i mengandungkan uqayla pula, umur uwais waktu tue baru 8 bulan. Perasaan? Memang i seronok dan suka tapi biasa la kita sebagai ibu bapa mesti akan pikir kecian anak-anak tak cukup kasih sayang. Mesti terpikir anak yang pertama.








Kowang hanya pikir anak-anak tue adalah rezeki, rezeki yang Allah s.w.t berikan. Tak kisah la apa owang nak cakap. Janji kita sebagai ibu bapa kenalah belajar mengambil tanggungjawab dan menjaga amanah Allah s.w.t dengan elok. Pengalaman i melahirkan dan membesarkan setiap anak bukan lah sama. Sifat dan sikap setiap anak tuekan berbeza-beza. Tak dinafikan kalo tanya kat anak-anak i siapa paling garang, dah tentu IBU nye. Ibu marah tue tandanya SAYANG.











Dulu jaga anak-anak yang masih kecik, tak penah terdetik hati pun rasa terbeban or menyusahkan. Dapat anak yang sempurna sifat dan tiada cacat cela pun dah rasa bersyukur. Ujian? of course la hado. Saat melahirkan umairah dulu, Allah s.w.t uji i dengan tenaga yang tiada untuk meneran umairah dimana 13 jam rasa sakit tapi jalan lambat buka. Akhir sekali umairah terpaksa dilahirkan dengan bantuan vakum dan i mengalami tumpah darah kerana uri melekat di dinding rahim i ketika cubaan doktor memgeluarkan umairah. Sangat-sangat menguji dimana i bertarung nyawa. Alhamdulilah Allah s.w.t masih menyayangi dan mengasihi i dan diberi lagi nyawa untuk bernafas dimuka bumi Allah s.w.t.













Pengalaman ketika melahirkan uwais dan uqayla adalah paling mudah dan senang. Melahirkan uwais ketika tue dah rasa sakit-sakit pada hari raya ke empat dan selamat bersalin pada raya ke lima. Hampir-hampir uwais nak kuar bersalin kat hospital kuala pilah. Walaupun uqayla dilahirkan secara c-ser tapi kalo diikutkan bukaan jalan ketika tue dah 6 ke 7 cm. Tapi tiada tanda-tanda rasa sakit. Mungkin tiada rezeki i melahirkan uqayla secara normal sebabnya doc sahkan uqayla mybe akan kuar over than 4.00kg. So i taknak amik risiko baby taklei kuar kerana ibunya berdegil nak bersalin normal.













Sekarang dah 2 tahun 7 bulan umur uqayla. Rasa nikmat bersalin tue cam sekejap jer. Kalo ada yang tanya bila nak sambung tambah anak lagi? jawapan i tunggu la uqayla dah 4 tahun baru lah pk nak tambah anak. Biar la anak2 yang sedia ada ini membesar dengan penuh perhatian. Lagipun i c-ser, so kesan daripada luka jahitan pun belum sembuh sepenuhnya. Bagi la healing betul-betul. Badan ini pun dah rasa cam tua. Sakit badan sana sini. So jangan takut dan risau kalo dapat anak rapat-rapat. Itu satu nikmat dan bonus untuk kita daripada owang yang tak dapat langsung anak. Bersyukurlah, sesungguhnya ada rezeki yang Allah s.w.t titipkan pada setiap anak yang lahir. Yang pasti anda kenalah yakin pada Yang Maha Esa...Mehehehe.

No comments:

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...