July 24, 2013

Uwais Turning 1 Years Old



Assalamualaikum w.b.t

 
Pejam celik pejam celik sekejap aje anak bujang i nak masuk 1 tahun ( 22 Ogos 2013) nie. Rasanya tak sampai berapa saat, minit dan jam dah berlalu. Nur Umairah pun dah masuk 2 tahun 6 bulan. Sekarang nie pun anak dara sibuk merengek suwuh hantar dia ke taska cendiakawan dekat rumah i sebabnya nak belajar. Setiap hari bawa beg pink dia ke hulu hilir. Siap dengan pencil colour and buku penuh dalam beg dia. For your information anak dara i dah pandai pegang pen or pensel dengan sendirinya and cara pegang pun 'cantik' tau. Kalah i zaman kanak-kanak dulu. Alhamdulilah setiap malam kami berdoa semoga anak-anak kami menjadi soleh dan solehah..Amin.
 
-------------------------------

Cerita pasal anak bujang i, untuk makluman sahabat-sahabat semua, uwais sudah mula pandai melangkah dan berjalan walaupun langkahnya yang paling banyak pun 7 langkah. Apa-apa pun anak bujang nie lebih cepat daripada akaknya. Yer, i mengaku setiap anak berlainan cara pembelajarannya. So far anak bujang pun dah menunjukkan nak tumbuh gigi. Selain itu, yang i perhatikan anak bujang i nie kuat merajuk tau. If lambat buat susu or lambat melayan karenahnye mesti merajuk dia panjang sampai tired dah kami nak memujuknya. Tapi yang pasti kami tahu reasonnya..hehehe..sapa yang cepat tangkap tue memang akan tau la kan. Anyway ramai yang request dekat i, especially ramai yang hantar email dan comment in blog suruh i tempel muka uwais waktu baby. Tidak dinafikan yang i banyak upload gambar anak bujang melalui instagram dan facebook. So untuk memenuhi kehendak semua i uploadkan sebahagian gambar yang terdapat dalam koleksi komputer i ok. Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sentiasa membaca perkembangan i yang tak seberapa nie. Daripada bujang, kahwin, anak sorang sehinggalah anak yang ke-2.
 
-------------------------------

 
Disini saja i nak menyelit kata-kata salah seorang saudara seislam i di instagram "jangan dibicarakan tentang rezeki kerana rezeki yang diberikan kepada mu oleh Allah s.w.t ada berbagai bentuk dan cara". Ya rezeki yang dilimpahkan kepada seseorang bukan sekadar wang ringgit tetapi salah satunya adalah ilmu dan anak. Alhamdulilah harta dan amanah yang paling bernilai dalam hidup i adalah anak-anak. Sekarang nie diri ni tengah sibuk membuat preparation untuk celebrate birthday anak bujang. Kemungkinan i akan buat di luar dan kecil-kecilan tetapi meriah insyaallah. Cadangan kami juga nak buat bacaan doa selamat sedikit. Tapi semua masih dalam perancangan. Sesiapa yang ada idea nak utarakan untuk sambutan majlis kelahiran muhammad uwais boleh la comment kat blog i. Sangat dialu-alukan tau!!


Berikut merupakan gambar-gambar cute Muhammad Uwais untuk tatapan anda semua..layanss!!~~


 :: 2 month ::


 :: 2 month ::
 
 
 :: 3 month ::
 
 
 :: 1 month ::
 
 
 
 :: 2 month ::






p/s: Doakan kebahagian dan kesejahteraan kami sekeluarga ye.. ^_^

July 9, 2013

Legging For Preggings (Maternity)



Assalamualaikum w.b.t
 
 
Hye..
Just nak sharing bagi ibu-ibu cute yang mengandung di luar sana yang susah-susah sangat nak mencari seluar jenis legging yang selesa dan nyaman untuk dipakai sama ada dirumah atau window shopping diluar...i memang suggest sangat-sangat kat korang this legging...okesss!!!
So di sini ada one of my member yang sangat-sangat la prihatin nak sharing kat i bagi ibu-ibu yang preggie yang nak tampil cantik, seksi dan selesa..u'alls boleh la go through laman web nie Fashion Valet ... macam-macam dress yang cantik dan price yang reasonabe untuk u'alls shopping sakan baik yang preggie or tak preggie...memang cantik-cantik..berdasarkan pengalaman member i yang wearing this legging memang sangat-sangat berpuas hati dan siap borong sampai 5 pasang  dalam masa 2 hari sahaja tau..macam-macam jenis colour ada..Selamat Bershopping!!!~~~



Quarter Preggings in BrownQuarter Preggings in Brown
  • KidzALot MaMa

    Quarter Preggings
    RM49.90
  • Quarter Preggings in PurpleQuarter Preggings in Purple
  • Quarter Preggings in Purple

     

    Quarter Preggings in PinkQuarter Preggings in Pink
  • Quarter Preggings in Pink

     Quarter Preggings in OrangeQuarter Preggings in Orange

 
 
 
 
 
Full Length Preggings in Green

KidzALot MaMa

Full Length Preggings i...
RM59.90
 
  • Full Length Preggings in BrownFull Length Preggings in Brown
    Full Length Preggings in Brown

     

     
  • Full Length Preggings in YellowFull Length Preggings in Yellow
    Full Length Preggings in Yellow

     

  • Full Length Preggings in Navy BlueFull Length Preggings in Navy Blue
    Full Length Preggings in Navy Blue

     


  • Quarter Preggings in Orange
     

    July 8, 2013

    Kawaii VS Giyomi


    Assalamualaikum w.b.t
     
     
    Mulut malas nak berbicara maka tangan haruslah rajin menaip perkara-perkara yang mengarut nie kan...hahaha..apa-apa pun mood nak menaip dah ada so korang lain jer la kan..hihihihi...anyway version buat muka-muka giyomi dah kurang dengar dah kan...dulu bukan main famous..yang perasan diri tue giyomi pun ada cam i...statement i "ada ako kisah"...dulu i mabuk dengan buat muka ala-ala kawai style jepun and now buat muka ala-ala giyomi versi korea...pasni tak tahu la version apa pulak kan...layan jer la...

    Zaman anak dara tak kahwin lagi boleh lar nak buat muka style cam budak2kan tapi dah muka nie tak seberapa nak budak dah maka haruslah dalam kepura-puraan ibu anak dua nie buat muka comei dan gedix-gedix sikit..so anda semua dapat lar bertahan sejenak rupa yang "comei" and "gedix" nie sebentar nye...muahahahamuahahah~~~
     
     

    June 20, 2013

    Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit


    Assalamualaikum w.b.t
     
     
    Selamat pagi semua, harini ramai sangat sahabat i yang sedang sarat mengandung..wahhh rasa macam tahun ini tahun buat anak..hehehehe...apa-apa pun ramai yang tanya camna i boleh senang melahirkan hero i iaitu Muhamad Uwais secara mudah tanpa di 'induce' dan sampai-sampai sahaja di hospital dah dilated 8 cm...Alhamdulilah berkat doa keluarga yang tercinta serta tidak putus-putus bersolat istikarah dan hajat moga kelahiran i yang kedua ini dipermudahkan..dan alhamdulilah Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani..belum sempat nak meneran sahaja je dah keluar seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini.
     
     
    Kali ini i dah nekad nak sharing dalam blog tip-tip yang secara teknikal yer i baca dalam rakan-rakan blog yang diluar sana yang sudi berkongsi dan juga siap ada sesi soal jawab dengan mereka based pada pengalaman mereka sendiri. Anyway berikut adalah tip-tip yang i dapat kongsikan dan sekiranya ada lagi information yang baru dah berkesan diamalkan maka i akan buat entry yang baru bagi PART II ok..hehehe



    Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit

    • Duduk bersila dalam keadaan rehat.
    • Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
    • Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
    • Kemudian berbaring dengan santai.
    • Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
    • Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
    • Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
    • Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.
    • Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
    • Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
    • Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.
    • Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.
    • Amalkan membaca surah-surah lazim ibu yang mengandung serta rajin menbaca doa bagi memudahkan bersalin sekiranya tanda-tanda bersalin sudah ada.
    • Suruh en suami yang tercinta baca surah yassin dan surah maryam serta tiupkan ke dalam air (macam i aritu buat 4 botol...hihihi...cam owang nak mandi 'bunga' pun lei) dan di usap ke perut si isteri yang cute mengandung..mudah-mudahan dipermudahkan bersalin untuk isteri.
    • Suami diingatkan menghindari daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat atau tidak baik kepada isteri yang mengandung..kalo marah sangat isteri yang skang tengah mengedik2 tue layan ke jer la...hehehehe...takut ibu tue stress dan mengalami gangguan emosi.
    • Isteri sebelum nak masuk labour room tue rajin-rajin la mohon maaf dari suami...tue memang wajib kne wat.
    • Orang tua-tua kata kalo dah ada tanda nak bersalin makan telur kampung yang mentah2 dan telan..senang la beranak (ada jugak rasa cam nak cuba).

    June 18, 2013

    Budak Yang Terlalu Comei



    Assalamualaikum w.b.t

     
    Ye kebelakangan ini mood untuk menulis blog semakin merudum jer kan..ermmm...keadaan badan yang tak berapa sihat oleh sebab-sebab tertentu...ehehehe..nanti i bagitau berita gembira nye sebabnya masih terlalu awal untuk menjawab segala persoalan di atas...hahahaha....nak gempak plak kan...so persiapan dan aktiviti apa yang i buat sepanjang senyap daripada menulis blog nie adalah membuat keje untuk mencari rezeki...ye mengaudit orang yang tak habis-habis sampai nak muntah dibuatnye kan...pe nak wat dah nie keje i perlu buat untuk cari rezeki...hehehehe..alhamdulilah sekarang nie rezeki makin melimpah ruah..rezeki yang bermacam-macam bentuk dan hati nie sentiasa mensyukuri atas nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa.

     
     
    Sekarang minat terhadap lagu-lagu yang sentimental semakin menjadi-jadi kan...dulu nyer yang minat lagu-lagu hip hop or yang bergenre rock dan rancak tapi sekarang mesti cari lagu yang nasional klasik sikit...so terasa diri nie dah tua sangat..banyak citarasa yang berubah pada diri tapi lagu korea masih lagi ditempat hati nie..kalo dulu suka makan makanan fastfood tapi sekarang lebih kepada makanan barat-barat nie...
     
     
     
    Ketika tak der keje nie rajin bebenar diri nie melihat gambar kanak-kanak yang muka sangat la kawaii dan gwiyomi kan...memang tergoda la sangat2..kalo para ibu-ibu luar sana yang nak anak-anak mereka comei2 cam Lincoln nie lei la tempek gambar besar2 di setiap penjuru kat umah or opis tue...insyaallah anak yang bakal dilahirkan akan sebijik keluar macam muka baby yang kita suka tengok...tue semua kuasa Allah s.w.t kan...









    May 2, 2013

    Birthday For Husband


    Assalamualaikum w.b.t

    Kat sini nak sharing sikit mengenai sambutan hari lahir insan yang tersayang iaitu encik suami yang tercinta yang jatuh pada 22 April 2013. Sambutan dibuat hanya kami berdua sahaja tanpa anak2, so romantika antara kami berdua...ramntik ke kan!! hehehehe Persoalannya kalo tanya i hadiah apa yang dihadiahkan kepada en suami ialah kata-kata ucapan happy birthday, pemberian kad birthday yang hanya lah kecil tapi penuh dengan makna dan isi yang padat serta tersirat dan secawan mug yang penuh dengan maksud yang tersendiri.

    Kali nie i plan bagi birthday encik suami penuh dengan drama dan trauma..jeng...jeng..jeng..suspen jerkan..hehehe..ok kalo tanya i reason pe i bagi dier mug sebabnya i pesan kat dia once i dah bagi hadiah kat dia..i cakap "awak jagalah mug nie sebaik mungkin jangan bagi sampai pecah dan calar..sekiranya pecah sedikit bermakna awak sudah melukakan hati saya sedikit demi sedikit..then kalo calar mug tue bermakna wak dah toreh hati saya sedikit demi sedikit..hihihi"..encik suami macam terkejut dan terpingga-pingga..mungkin dalam hati dier parah kalo macam nie...hehehe..i bagi challenge kat suami untuk menyahut cabaran i..alhamdulilah suami terima tapi cam was-was jerkan...hehehe..siap dier cakap "nie ugut ker yang"...hahahahaha..lei dikategorikan sebagai yang lebih kejam adalah tindakan "membunuh"..hihihihih..jangan marah yer sayang nanti kena jual..alhamdulilah walaupun suami boleh dikategorikan lelaki yang berusia muda (bagi yang dah berkahwin) but minda , cara dan fikiran beliau seolah-olah lebih berusia dari usianya dan mature serta lagi pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak dengan lebih cemerlang dari i.
    Kadang kala umur bukanlah hanya terletak pada ukuran tetapi bagaimana cara menempatkan ia pada tempatnya..okey...Selamat Hari Lahir sayang semoga wak menjadi suami yang soleh, anak yang soleh dan taat kpd kedua ibu bapa, ayah yang mithali kepada anak2 kita, murah rezeki, sihat tubuh badan dan panjang umur..Aminyarabaalamin~~ 

    :: my birthday boy ::

    :: suami blanja lamb chop with pasta..sedap dan murah ::

    :: gwiyomi tak pemberian i pada en suami ::

    :: ukir sendiri..save budget tau ::

    :: haruslah pacakkan skali nama i bukti dr isteri tercinta..ko ado!! ::

    :: small red card ::

    :: my hunny bear ::

    :: ayat cinta dan punjangga i untuk en suami..maap tulisan cakar ayam skit ::

    April 18, 2013

    Luahan Hati Seorang Ibu


    Assalamualaikum w.b.t
     
    Rasa lama sangat tidak menulis blog..dengan keadaan diri yang tidak berapa mengizinkan maka haruslah blog nie bersawang sekejap..hehehehe..Alhamdulilah kesihatan i beransur pulih dan terima kasih kepada papa mama i, sahabat2 i di Jabatan Audit Negara dan opismate yang sudi menziarahi i tidak kira di hospital atau di rumah dan juga tidak lupa kepada kuarga mentua yang sentiasa menanya khabar dan mendoakan kesihatan i cepat sembuh.

    Sudah 2 minggu tidak pulang ke kampung mentua di Johor untuk melihat anak2 kesayangan oleh kerana kesihatan i yang tidak mengizinkan untuk pulang di sana..kalo setiap kali telefon mesti anak dara i Nur Umairah merajuk tak nak cakap ngan kami..mungkin berkecil hati rasanya..hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa derita dan sengsara hati nie tatkala berjauhan dengan si teruna dan dara kami..Sepanjang hari bersujud dan berdoa semoga ada orang yang baik hati dan budiman diluar sana yang sudi menjaga anak2 kami dengan baik dan selamat..dan tidak perlulah kami berjauhan dengan anak2..Insyaallah semoga Allah s.w.t perkenaankan doa-doa kami..Terima kasih kepada ibu bapa mentuaku yang sudi memahami dan menjaga anak2 kami..Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.
     
    Tidak sabar rasanya hati ini untuk pulang ke kampung melihat anak2...harta yang tidak ternilai harganya..amanah yang berat untuk dipikul..mana ada ibu bapa yang tidak mahu menjadi terbaik untuk anak2 mereka..diikutkan hati mahu sahaja berhenti kerja dan menjaga anak2 i dengan menatang minyak yang penuh serta menjadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah sekaligus merangkap menjadi ibu yang mithali dan terbaik..kita hanya mampu merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan..setiap hari memujuk diri nie mungkin ada hikmahnya dengan niat mencari rezeki dan sentiasa kami berdoa semoga anak2 kami dalam keadaan sihat dan selamat hendakNya.

    Fikiran dan minda ni sentiasa teringatkan gelak ketawa anak2 kami..menunggu hari esok nie bagaikan seminggu penantian..nur umairah dan muhammad uwais tunggu ibu dan ayahnye...Insyaallah ibu ayah akan balik sok..rindu nak cium dan peluk masam anak2 ibu..Muahhkss
      
     
    :: me and Nur Umairah ::

    :: me and Muhammad Uwais ::