May 10, 2011

HePy Mother Day 2 Me + Mama + Mak

Salam

Hepy Mother Day kepada semua ibu2 sedunia...sowi lambat wish bcoz sibuk yang keterlaluan tuk sambutan hari ibu sedunia di PaVill0n..hubie siap ajak kuar jalan2 sambil menyambut hari ibu tuk i. Actually i tak sempat nak celebrate hari ibu ngan my mom n mother in law antara sebab2nyer my mom balik kampung n my mak mentua pula di johor so minggu nie insyaallah kami akan alik ke Johor.. tis week can...

Layan jap gambar2 ketika kami celebrate di Mid Valley city n The Pavilli0n>>>












Doakan rumah tanggan kami kekal bahagian hingga ke akhir hayat...Amin

May 5, 2011

Kurang Penghasilan Susu


3month...perahan susu yang tidak memberansangkan

++Berikut merupakan petua yang diturunkan oleh Blog Kak Engku Bidan Bersalin...Sila la layari blog beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan....
Sharing Is Caring


1. Corak Pertumbuhan Bayi Yang Menyusu Badan


Kebanyakan berat badan bayi akan terus meningkat jika diberi penyusuan ibu sejak dilahirkan

Berat badan mungkin turun sehingga 10% pada 3 hingga 4 hari pertama jika penyusuan tidak diberi dengan kerap

Dengan penyusuan yang kerap, timbangan akan naik semula dalam jangkamasa 2 hingga 3 minggu

Berat badan selalunya naik 18 hingga 30 gram setiap hari untuk 6 bulan pertama

2 kali ganda semasa berumur 5 hingga 6 bulan

3 kali ganda semasa berumur 1 tahun


2. Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Dengan Cukup


Bayi menyusu susu ibu sekurang-kurangnya 8x dalam masa 24 jam

Semasa menyusu, irama menghisap bertukar menjadi perlahan

Bayi bertindakbalas terhadap persekitaran dan mempunyai tonasi otot yang baik dan kulit yang sihat

Bayi kelihatan puas antara penyusuan

Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah

Bayi membuang air besar 3 hingga 8 kali sehari dan ini akan semakin berkurangan apabila bayi membesar

Berat bayi meningkat secara konsisten dan puratanya adalah 18 - 30 gram sehari

Buah dada ibu merasa penuh sebelum penyusuan dan menjadi lembut selepas menyusu



Sebab-Sebab Bayi Kurang Mendapat Susu

A. Kurang Penghasilan Susu


  • Penyusuan tidak kerap

  • Penyusuan tidak cukup lama
    • Makanan dan Minuman lain diberikan kepada bayi

    • Ibu cepat memberhentikan penyusuan di malam hari

    B. Kurang Pemindahan Atau Pengaliran Susu


    • Kedudukan atau lekapan tidak betul

    • Penyusuan yang pendek dan tergesa-gesa

    • Bayi dialihkan dari sebelah buah dada dengan cepat dan menyebabkan bayi tidak mendapat 'Hindmilk'


    C. Faktor Ibu


    • Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak berkeyakinan

    • Menggunakan 'nipple shield'

    • Tidur jauh daripada bayi

    • Mengambil ubat yang mungkin boleh mengurangkan penghasilan susu

    • Keletihan atau sakit

    • Penyakit 'Tiroid'

    • Kurang Zat Makanan

    • Kurang tisu buah dada yang berfungsi

    D. Faktor Bayi


    • Bayi mengantuk

    • Sukar melekap atau menghisap

    • Sakit atau mempunyai masalah perubatan seperti penyakit metabolik, sakit jantung, hypotiroidism, jangkitan saluran kencing dan sebagainya


    4. Bagaimana Boleh Meningkatkan Penghasilan Susu


    Meneruskan penyusuan ibu untuk meningkatkan penghasilan kalori


    Memastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan


    Memberi susu dari kedua-dua belah buah dada untuk beberapa kali pada satu penyusuan


    Memberi susuan ibu lebih kerap dan lebih lama, siang dan malan sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari


    Berhenti menggunakan botol susu dan puting


    Menambah pengambilan makanan ibu jika pemakanan ibu tidak mencukupi


    Ibu perlu rehat lebih


    Letakkan bayi ke buah dada untuk menenangkan bayi


    Menggunakan bahan-bahan yang dapat meningkatkan penghasilan susu


    Memerah susu di antara penyusuan dan memberikannya dengan cawan atau supplementer






    5. Menolong Ibu Mengembalikan Penyusuan (Relactation)


    Syarat-syarat:


    Mempunyai motivasi


    Sokongan dari keluarga dan kakitangan kesihatan


    Bayi diberikan buah dada dengan kerap untuk hisapan


    Memerah susu di antara penyusuan


    Mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat


    Bayi hanya diberi penyusuan ibu dan menggunakan 'supplementer'


    Copyright: Kak Engku Bidan Bersalin

May 4, 2011

SleEpinG BeAuty

Kalo bonda amik umairah kat taska mesti umairah main skejap jer ngan bonda...urm...rasa cam sedih ajor....

Take a look..umairah kalo dah penat main takkan mau nak melayan orang disekelilingnyer...redha jer larr...


mesti tdo ngan bear nyer...


Cahaya Permaisuriku sedang beradu...
don't disturb...okies!!!




Moral VS Value: Spend time wit ur bb selagi ada masa, ruang dan lapang

March 14, 2011

My Princess

Alhamdulilah i selamat melahirkan seorang puteri 


muka yang xsempat nak touch up

nie rupa umairah dah sebulan lebih..next gambar i akan upload


update: 
NAMA - NUR UMAIRAH BINTI MOHD  MUZLI
TEMPAT - HOSPITAL SUNGAI BULOH
BERAT - 3.1KG


pengalaman bersalin n berpantang akan i update for next post ok...

January 10, 2011

Still Counting Days,,,

Salam,

Mula-mula nak gtau yg kandungan i dah masuk 39weeks...still xder tanda2 nak bersalin...masih menunggu sign of pregnant...even my frens pun rmai yang due date same cam i dah bersalin..congrats to fara, za and zatil also...hehehehe...actually Allah s.W.t bb nak nak uji even kita nie jenis yang bersabar atau tidak..insyaallah masanyer akan tiba...just keep waiting n always pray to Allah s.W.t smoga i and bb selamat....

Manyak jugak i dapat info daripada many blogger yang dah ada pengalaman bersalin n anak..totally i kne prepare dari segi mental n fizikal..air selusuh ngan akar bunga siti fatimah i xminum g..since rmai yang cakap kalo dah kuar tanda nak bersalin, "baru la u minum"..so tunggu la kuar tanda baru la minum itu pun kalo sempat n i ingat...hehehehehe..

Di sini juga i nak ucapkan thanks to my elder sister, sister, brother in law, my mom n dad n xlupa gak kepada my niece yang sudi menjenguk adik/anak/makcik di Putrajaya..sangat2 terharu...skang nie cam2 perkara nak di pk...hehehehe...persiapan untuk menyambut kelahiran bb ku..Semalam sempat i g MYDIN untuk beli kain batik (borong yang murah2 jer-6 helai)-barang2 yang nak dibawak ke umah my parents tuk proses berpantang...xtau la berpantang t camner..coz  i nie kuat makan...lei ke nak control makan?..insyaallah lei..doa2kan..


January 4, 2011

Jalan-jalan, Bersiar-siar dan Makan-makan

Salam...

Semenjak kandungan i masuk @38weeks ini (sebenarnya sebelum nie pun i memilih makan gak...nak makan mahal2 jer...sampai kopak gak duit hubie i..)...asyik nak makan mewah2 ajer...yang tak larat nyer dah sarat mengandung nie pun nak berjalan-jalan g...i memang tak lei duk diam kat umah...erm...sampai i kne mare ngan my mom n dad, kak ipar n hubie...hehehhe...i ckap insyaallah xder pe2 buruk berlaku...tawakal pada Allah s.w.t...degil i niekan..berikut merupakan aktiviti yang i wat sepanjang cuti yang ada...hohoh00h0h0

Date : 31.12.2010
Location : Restoran Padi, Cyberjaya
Time: 10.30 pm

sowi kamera xbepa nak cantik..see my 'bump'
yang semakin nak meletop


Date: 01.01.2011
Location: Kenny Rogers Roasters, Giant Damansara
Time: 6.00 pm



Actually i celebrate bezday my sister yang ke-11...lambat wish kat dier...xsempat nak candid hidangan plate besar kami iaitu ayam quarter meal masing2...coz lapau bebenor...hihihihi

Date: 02.01.2011
Location: Rumah Pengantin Perempuan, Klang Meru
Time: 12.00 pm

Masakan JAWA yg sedap n dijamu ngan air sirap dan soya buatan sendiri...memang i bertambah2 makan...hohhohoho..ramai sangat orang masa nie...sesak nafas gak lar i...xp sempat diselamatkan oleh hubie i...Actually i ikut rombongan belah laki yang pakai baju pengantin kaler purple nak ke pink gtu...congrats both of u..