July 15, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Pertama Bersama Keluarga Mentua



Assalamualaikum w.b.t


Bila tiba masa hari raya mesti sibuk nak buat persiapan raya. Raya tahun nie kami beraya di kampung Segamat, Johor belah keluarga encik suami. Macam biasa hidangan yang wajib mesti ada (ketupat, lemang, lontong, nasi impit dan rendang daging) tapi yang special ye untuk tahun nie ada nasi jagung pak mentua masak. Kalo kowang nak tau sebelum balik raya, i pernah cakap dengan encik suami "dah lama abah tak buat nasi jagungkan syg" "teringin plak nak makan nasi jagung abah"..tup tup tengok abah masak nasi jagung hari raya pertama tue. Puas hati dapat makan sambil-sambil curi-curi tanya dan amik resepi daripada abah. Pasni boleh la cuba masak kat rumah.







Macam biasa hari raya pertama, kami jadi tuan rumah untuk sanak saudara belah keluarga mentua kunjung. So aktiviti raya pertama ini hanya ada sesi salam-salaman dan bermaafan dengan semua. Tak lupa juga sesi bergambar bersama-sama dengan keluarga mentua. Paling susah part nak tangkap gambar ialah dengan anak-beranak i. Masing-masing dah mula buat perangai moody diaorang. Kowang layan je la tengok karenah anak-anak i bergambar..mehehehe.





















Sesi bergambar bersama mak-mak daro dan anak-anak daro
















Sesi bergambar dengan apak-apak daro iaitu pendekar mustar 

















Bila sesi bersalam-salaman dan memberi angpau raya. Tengok uqayla kalo suwuh salam dengan orang taknak, nak gak umpan die dengan angpau raya baru lah datang. Kalo nasib baik dapat la ciuman gedik daripada uqayla..kihkihkih














p/s: next continues dengan Raya Kedua Bersama Keluarga Mentua pula ye..wassalam

June 30, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 13, 14, 18, 22 dan 23



Assalamualaikum w.b.t



Nak siap-siap koba kat kowang semua kalo uall's tengok tajuk post ini kenapa hari ke 15, 16, 17, 19, 20 dan 21 berpuasa tue takde post gambar. Salah satu penyebabnya adalah en husband i yang masak dan makan kat luar di mana kebetulan waktu tue i tak sihat dan hari malas sedunia nak masak. Dan ada yang i masak tapi tak sempat nak tangkap gambar]. Jadi seperti biasa mana yang sompek jo la yer i post.







Menu: Ayam Masak Paprik dan Mee Goreng 











Menu: Nasi Goreng Bibimbap dan Ayam Goreng











Menu: Ikan Senangin Masak Gulai Kuning













Menu: Kerang Rebus




June 27, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 8, 9, 10, 11 dan 12


Assalamualaikum w.b.t


Uish dah hari ke 22 ramadhan kita berpuasa. Rasa macam sekejap jer. First time rasa puasa macam sekejap je. Kalo dulu minggu pertama puasa pun dah tak sabar-sabar nak hari raya. Camne uall's punya target sembahyang terawih?.. Hari kesepuluh bulan ramadhan ini adalah malam lailatul qadar. Seronok sangat. Okey disebabkan mak jemah tak ada masa dan mood nak tulis satu-satu post berkaitan juadah berbuka puasa, maka sila la melihat menu juadah yang sempat i snap. Kadang-kadang tak sempat nak snap al maklum masak pun dah kul 6.15 petang so nak kena rushing masak. 


Belum lagi masuk dengan "customer" yang tak diundang membuat pesanan makanan yang berjeler-jeler nak tak nak akak umairah dan abang uwais. Belum sempat bukak tudung dah tanya makanan dah masak ke lum. Stress mak jemah hokey. Kalah chef kat luar. I masak main campak-campak dan ikut hati sesendiri hajo. I masak tak la pro sangat. Tapi janji sodap kan..mehehe.






Menu: Gulai Ketam dan Sayur Kacang 
Panjang Goreng (hari ke 8)



  











Menu: Ikan Cencaru Sambal dan 
Sayur Bayam Goreng(hari ke 9)











 Menu: Kari Ikan Pelaling (hari ke 10)

: sayur ulam-ulaman ajer tak sempat nak snap





Menu: Udang Masak Rendang Basah dan 
Sayur Paku Pakis (hari ke 11)












Menu: Ayam Goreng Sambal dan Sayur Ulam-ulaman (hari ke 12)






   
p/s: ok dah sambung sok..mata dah kuyu..kihkihkih

June 21, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 7 Ramadhan






Assalamualaikum w.b.t



Bersahur dan berbuka bersama parents i. So menu berbuka yang i masak ada 4 iaitu ikan siakap sweet sour, ayam kampung masak gulai kuning, ikan bilis petai hijau dan kuih sopang. Memang favourite i dengan adik beradik. Dah lama tak buat kuih sopang. Padahal senang nak mampuih tapi mood malas tue dah menyerang maka lambat la seru nak buat kuih tue datang. Gambar yang sempat ditangkap oleh akak i hanyalah ayam kampung masak gulai kuning, ikan bilis petai hijau dan kuih sopang sahajo. Ikan siakap sweet sour dah terkubur sebab masing-masing dah tak kuasa nak amik gmbr makanan. Terus serbu sajo makanan yang hado dopan mato. Kihkihkihkih. Layann!!!





: sambal hijau ikan bilis petai

: ayam kampung masak gulai kuning

: kuih sopang








June 20, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 6 Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t



Dah lama teringin nak makan spagethi. Pada hari itu juga i dan sekeluarga berbuka puasa bersama parent i. Excited memang terlobih-lobih. Mana nya tak, first day berbuka bersama ibu dan ayah tercinta. Nak sharing ckit, i kalo masak spagethi suka guna sos tomato cendawan jenama KIMBALL. Tapi kebetulan pergi kedai semua sos jenama KIMBALL takde jual so belilah sos tomato cendawan jenama PREGO. Boleh tahan gak sedapnya. Campur dengan lobak merah, brokoli, sosej, cendawan butang dan daging hancur. Simple je masakkan. Sapa yang dah tak tahu nak masak apa or nak masakan yang simple jer lei la sesekali makan makanan ala-ala western.



 

June 15, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 5 Ramadhan



Assalamualaikum w.b.t



Pagi-pagi standard dok kepala otak ini pikir nak masak apa la untuk menu berbuka puasa kat umah. Walaupun baru lepas bersahur. Standard owang perempuankan. Pastu dok bukak internet tengok resepi apa yang nak dicuba masak untuk berbuka puasa nanti.











 Okey pastu dok i pikir-pikir tue, tiba-tiba teringat ikan jenahak besar en suami dapat dari sabah. Terus terpikir nak masak asam pedas, favourite masakan en suami. Jadi tengah ari tue terus pergi pasar beli daun kesum, bunga kantan dengan serai. Selalunya i tak bubuh pun bahan-bahan itu kalo masak asam pedas sebab lagi suka yang biasa sahaja. Tapi bulan puasa ini nak masak special sikit la kan untuk en suami.






: asam pedas ikan jenahak

: sayur kobis masak lemak






Biar wangi sikit asam pedas ikan jenahak i tue. Lepas masak asam pedas kena la ada sayur masak lemak. Baru Ummmpppphhh!!!. Kepada sesiapa yang nak mencuba masak asam pedas ini boleh la kowang tengok video yang i selit dalam IG i radekamn. Nak kata i nie terer masak cam chef-chef professional tue takde la tapi yang pasti sodappp!!! mehehehe. 

Selamat mencuba dan berbuka puasa semua!







 

June 14, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 4 Ramadhan




Assalamualaikum w.b.t



Juadah berbuka puasa kali ini kita masak style minang sikit. Teringin nak makan sotong so decide masak minang. Nama menu ialah SOTONG MASAK MINANG. Bahan-bahan nak masak sotong minang ini senang jer, sama macam masak rendang cuma menggunakan cili kering, tomato dan ia berkuah. Sotong tue i rebus dulu lagi sedap. Tapi jangan lama sangat takut jadi keras dan liat. Dan tip nak masak sotong masak minang nie, kalo boleh sotong tue di selarkan terlebih dulu. Senang untuk makan. Jangan risau i selitkan video untuk kowang tengok. 




Selamat Mencuba dan Berpuasa Semua!





June 10, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 3 Ramadhan





Assalamualaikum w.b.t






Menu untuk juadah berbuka puasa pada hari ke 3 ialah sup ayam. Tetapi disebabkan anak-anak i nak makan dengan bihun xnak dengan nasi, maka ibunya terpaksa lah rebus bihun untuk semua sekali makan. Sok sahur baru i masak nasi makan. Biasa la tekak i yang kuat meketedarah ini tak kenyang kalo makan bihun jer..mehehe. Bahan-bahan untuk masak sup ayam ini senang jer. Main campak-campak jer bahan, mudah dan senang. Cukup bahan, cukup lah rasanya. Sambil mengacau makanan tue jangan lupa selawat ke atas nabi. Insyaallah masakan yang kita masak tue sedap dan dijauhi daripada ludahan syaitan.










Masak sup ayam kena ada sambal kicap cili. Tapi i tak sempat nak tangkap gambar disebabkan bateri tepon dah habis. Time tue pun dah pukul 7 malam. Anak-anak pun dah tak sabar nak makan. So time tue memang kelam kabut nak kemaskan meja makan la, uruskan kehendak anak-anak la dan nak mandi la. Memang masa tue rasa tak cukup. Tapi alhamdulilah pukul 7.15 malam dah setel semuanya, Makanan pun dah terhidang. Seperti biasa i selitkan video yang i sharing dalam IG i [radekamn]. 










**Selamat Berpuasa Semua Daripada Kami Sekeluarga!