YuP

Cahaya

July 15, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Pertama Bersama Keluarga Mentua



Assalamualaikum w.b.t


Bila tiba masa hari raya mesti sibuk nak buat persiapan raya. Raya tahun nie kami beraya di kampung Segamat, Johor belah keluarga encik suami. Macam biasa hidangan yang wajib mesti ada (ketupat, lemang, lontong, nasi impit dan rendang daging) tapi yang special ye untuk tahun nie ada nasi jagung pak mentua masak. Kalo kowang nak tau sebelum balik raya, i pernah cakap dengan encik suami "dah lama abah tak buat nasi jagungkan syg" "teringin plak nak makan nasi jagung abah"..tup tup tengok abah masak nasi jagung hari raya pertama tue. Puas hati dapat makan sambil-sambil curi-curi tanya dan amik resepi daripada abah. Pasni boleh la cuba masak kat rumah.







Macam biasa hari raya pertama, kami jadi tuan rumah untuk sanak saudara belah keluarga mentua kunjung. So aktiviti raya pertama ini hanya ada sesi salam-salaman dan bermaafan dengan semua. Tak lupa juga sesi bergambar bersama-sama dengan keluarga mentua. Paling susah part nak tangkap gambar ialah dengan anak-beranak i. Masing-masing dah mula buat perangai moody diaorang. Kowang layan je la tengok karenah anak-anak i bergambar..mehehehe.





















Sesi bergambar bersama mak-mak daro dan anak-anak daro
















Sesi bergambar dengan apak-apak daro iaitu pendekar mustar 

















Bila sesi bersalam-salaman dan memberi angpau raya. Tengok uqayla kalo suwuh salam dengan orang taknak, nak gak umpan die dengan angpau raya baru lah datang. Kalo nasib baik dapat la ciuman gedik daripada uqayla..kihkihkih














p/s: next continues dengan Raya Kedua Bersama Keluarga Mentua pula ye..wassalam

No comments: