YuP

Cahaya

November 19, 2014

My Baby Solid Food - Makanan Serat (Chapter 1)




Assalamualaikum w.b.t



Dah lama blog nie tak bercerita pasal makanan anak2...dah bertimbun ibu2 comei yang pm dalam fb untuk mintak i sharing makanan serat anak. Sowi semua masa takde untuk nak mengemaskinikan cerita pemakanan nur uqayla. Ramai yang mengadu kata anak2 diaorang selalu sembelit..cian sangat2..sebabnye uqayla pun penah kena sembelit tapi sekali jer la..pastu dah takde..selain itu juga makanan serat juga penting tuk tubuh badan kita..bukan takat budak kecik jer tapi mak2 dan bapak2 yang kurang makan serat dan pengambilan air masak pun salah satu faktor akan mengalami sembelit.



Cuba bayangkan ibu2 yang tengah berpantang kena sembelit pun berteriak dan menangis2..apatah lagi bayi yang kecil cam uqayla pun pernah kena sembelit sebab kurang nak minum air..thats way jadi sembelit..kadang2 siap menangis2 tengok anak yang sulung dulu2 kena sembelit..kalo anak dah besar2 nie lagi la susah nak bagi minum air masak..2 teguk pun menjerit2 nak minum..tapi alhamdulilah sekarang nie dah tak payah suwuh dah, sendiri mau minum air..sebabnya mak nye pun kerap minum air..bagi i ibu bapa juga salah satu pencorak pemakanan anak2.



Resepi makanan serat nur uqayla yang i nak sharing nie tak la sebanyak mane tapi mungkin ia dapat membantu ibu2 diluar sana praktikkan yang mengalami masalah anak2 yang sembelit.


RESEPI PERTAMA:

1. Buah honey pear
2. Natural Yogurt

CARA:

1. buah honey pear tue kupas and stimkan selama 10 minit
2. kemudian campurkan sekali dengan natural yogurt dan blend.






RESEPI KEDUA:

1. Instant Oatmeal
2. Organic Prune
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali dengan organis prune dan EVOO serta blend hingga lumat.







RESEPI KETIGA:

1. Instant Oatmeal
2. Kismis Hitam
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali dengan kismis hitam dan EVOO serta blend hingga lumat.





RESEPI KEEMPAT:

1. Instant Oatmeal
2. Kiwi dan Honey Pear
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. stimkan or rendamkan buah honey pear ke dalam air panas selama 10 minit
3. kemudian campurkan sekali bahan2 1 dan 2 beserta EVOO dengan di blend hingga lumat.







Bahan2 yang sama cuma ditambah dengan blueberry...cara adalah sama seperti di RESEPI KEEMPAT.





buah honey kali nie i rendam dengan air panas jer..orang malas...hehehe





RESEPI KELIMA:

1. Instant Oatmeal
2. Kiwi 
3. Mango
4. Blueberry
5. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali bahan2 1, 2,3, 4 dan 5 dengan di blend hingga lumat.











 RESEPI KEENAM:

1. Instant Oatmeal
2. Kurma
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali bahan2 1,2 dan 3 
3. Blend hingga lumat.


 


selamat mencuba semua..ada masa dan waktu i akan sharing dengan u'alls yer...wasalam

2 comments:

Finaz Zul said...

Salam..resepi ni utk bayi bape bulan ye?

nor atiqah mohamad nor said...

@finaz Zul : 7 bulan ke atas dear..kalo buah2 tgk pd food chart baby (ikut kesesuaian umur bayi) :)