YuP

Cahaya

September 24, 2014

My Baby Solid Food - Version Yogurt (Hi-Tea Uqayla)





Assalamualaikum w.b.t


Dah lama nak try buat "hi-tea" uqayla yang lain sikit
Sebelum nie bagi puree biasa jer
So cuba benda yang lain sikit
Takut anak dara dah bosan


Since uqayla dah masuk 8 bulan
Jadi i nak campurkan puree plus dengan yogurt
Seperti biasa pastikan 4 day rules food chart
Alhamdulilah takat nie uqayla xde ape2 alahan


Meh selit sikit khasiat kandungan yogurt untuk bayi anda:



  • Membantu menyimbangkan saluran pencernaan bayi anda dengan mudahnya sistem perhadaman mereka
  • Olahan nutrisi yang berasaskan sumber susu yang kaya dengan protein, kalsium dan berbagai vitamin yang penting bagus untuk kekebalan tubuh si kecil
  • Mengandungi probiotik yang bagus untuk ketahanan sistem imun badan untuk bayi anda

Sementara tue nak bagi tips penting pemilihan yogurt mengikut kesesuaian bayi anda:


  • Pilih yogurt yang full fat (natural plain yogurt) untuk tumbesaran tubuh badan bayi anda (kandungan lemak)
  • Jangan beli yogurt yang berperisa atau berwarna kerana bayi yang umur bwh dr setahun tidak sesuai untuk diberi makan dan kurang khasiatnya
  • Sebarang minuman yang jenis berasaskan yogurt seperti vitagen, yakult dan snowgurt tidak sesuai diberi kepada bayi kerana tinggi kandungan gula, isu pewarna dan perasa yang memudaratkan didalamnya 

Kali nie i bagi uqayla buah honey pear campur 
dgn natural plain yogurt
Honey pear tue i kukus dulu dalam 15 minit
Then baru i blend dengan yogurt sampai hancur
Owh ye jgn lupa campurkan sekali dengan EVOO
Untuk tambahkan berat badan anak


Selamat mencuba semua ibu-ibu 


: air beli buah honey pear nie kat alamanda..tempat bahan2 organic..
buah pun kne beli organic tau tak tercemar dari bahan2 yang beracun



: pastikan beli yogurt natural..i beli brand farm fresh..terbaikk






No comments: