September 5, 2014

Selamat Hari Lahir Muhammad Uwais ke 2 Tahun - Season 1


Assalamualaikum w.b.t


Lambat bebenar nak cerita pasai sambutan hari jadi anak bujang i ke 2 Tahun..al maklum orang terpenting memang camnie..asyik bezy ajer..bezy aper pun tak tau la...kihkihkih..ok nak gtau yang tarikh birthday uwais jatuh pada tarikh hari perkabungan negara sempena tragedi kapal terbang MH17..Jadi nya bawa la anak bujang kami ke Kids Paradise, The Mines malam hari jumaat tue..Sonok tengok anak2 main..harga kupon? macam biasa kalo untuk weekday murah sikit dalam RM25 sowang tapi kalo weekend around RM38 sowang..kanak2 yang below 6 bulan tak dikenakan bayaran ok..tapikan sewaktu bawa anak2 i kat Kids Paradise, kebetulan nur uqayla tengah tdo even uqayla kalo ikutkan dah umur 7 bulan..tapi disebabkan adik2 manis dekat Kids Paradise tue tengok cam comei jer uqayla tue tido terus kata xpayah bayar..ye la rugi bukan nye uqayla dapat main2....jimat i punya duit..hihihi



Kalo nk masuk kat laman Kids Paradise tue kne wajib pakai stoking and cuci tangan..memang penjagaan kebersihan diaorang nie jaga rapi..datang2 tue memang la tak tau kne pakai stokin..so kami kena lar beli..lupa harga stokin mereka jual bepa..tapi rasanya dalam RM12 sepasang...untuk stokin kanak2 pun harga yang sama. Besh ker tempat tue..memang besh tp tak la sebesh Kidz Zania kan..korang pun tak lei banding2kan dengan Kids Paradise dengan Kidz Zania...harga tiket Kidz Zania pun dah up to RM50++ kan..mesti la tempat mainan mereka lagi canggih manggih and sonok..



Owh yer.. berkaitan dengan kupon tue kami amik harga pakej dan lagi jimat..so kami ada10 kupon tuk harga RM150 termasuk harga stokin yang kami beli...teheee..if kalo u'alls rasa tempat yang kami lawat nie mahal takpe lei pergi tempat lain..yang pasti kne habaq dengan i kat cini gak..blei kami join skali..muhuuhu..















: sonok mereka main yer...

; kekasih hati ku...



: Lompat tinggi2 kak..abg dah tergolek kat tepi






: cuba teka maner uwais



alamak anak dara kecik nie pasan ibu nye amik gambar


: cuba teka uwais tengah cari ape?...hehehe

: tak abis lagi main rupanya..ibu dh mengantuk

: phin!! phin!!! sila ketepi

: tgk muka abg uwais dah kepenatan..sejam lebih main dalam nie


**next - sambung season 2 plak yer..pewut nie dah memulas lak**







August 22, 2014

My Baby Solid Food (Up 7 Month) - Version Oat Meal 2




Assalamualaikum w.b.t


Ramai kawan-kawan pm kat fb tanya apa breaksfast selalu bagi kat uqayla..kalo pagi selalunya i bagi puree buah2an or oatmeal..totally i akan bg  mengikut kesesuaian umur uqayla yg dah 7 bulan (based on food chart rules)..


So versi oatmeal kali nie lain dr yg lain ckit..actually xde la lain sgt pun cuma ye kali nie i tukar sikit nk cuba raisin (kismis hitam) dlm makanan uqayla..so far uqayla takde menunjukkan reaction yg tidak memberansangkan or tanda2 alahan..sonok tgk uqayla makan banyak...berbaloi usaha ibu...tehehehe (penat ibu nie wt research dgn uncle google nak wat resepi yg pelbagai utk uqayla).


Ye la mana ada ibu yang tak nak beri makanan yg terbaik untuk ank mereka..so menu tetap adalah oatmeal..memang terbaik...cepat dan mudah..takde alasan ibu2 kt luar sana katea takde masa or anak xnak..tak cuba mane nak tau kan..kne ada konsep try n error..

Mesti tanya boleh tak guna raisin yang kaler kuning tue selain black raisin?

ok nie jawapannye: Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

Owh ye bahan2 asas untuk membuat breakfast version oatmeal raisin ialah:

: bahan2 wajib harus ada 

oatmeal macam biasa kena rendam dengan air panas dulu sehingga kembang yer..




campurkan black raisin dalam oatmeal yang dah kembang dalam blender


Masukkan sekali dengan extra virgin olive oil sedikit mengikut sukatan oatmeal tadi



Blend sampai hancur



ok dah siap..yang kaler orange2 tue porridge uqayla..makan manyak2 tau sayang biar sihat..huhuhuu

g00d Luck!!

August 14, 2014

My Baby Solid Food (Up To 6 Month) - Version Rice 1



Assalamualaikum w.b.t



Saya suka!!!..Saya suka!!...kalo nak tau faveret anak dara tecik nie memang kalo pagi2 mesti nak breakfast dengan oatmeal..tapi yang pasti tengahari mesti kne bagi bubur..kalo tak nanti terpaksa la i dengar jeritan mengilai anak dara tue..muahahahaha..


I nak sharing cikit versi lain plak nak sharing dengan ibu2 kat luar sane versi nasi merangkap bubur campuran buah2an..untuk makluman semua, i tak penah terpikir pun nak masukkan sekali buahan2 dalam bubur anak...so dulu2 edisi umairah dan uwais tak penah bagi makan bubur campur dengan buah2an...selama nie hanya campurkan dengan carrot, potato dan sayur2 lain jer..ermmm...sedih sangat..terlalu cetek bebenar ilmu-ilmuan dalam bidang memasak masakan anak nie and asyik dengar serta follow versi orang-orang tua dlu je, paling koman pun campur dengan ikan bilis (zaman umairah dan uwais) sampai anak pun dah bosan makan menu yang lebih kuwang sama jer...sobs..sobs..so tak lei salahkan anak kalo anak2 takmo dengan makanan yang kita hidangkan sekarang misalnye SAYUR or BUAH2AN..sebabnya dlu kita tak ajar anak2 makan sayur dengan buah sejak bayi lagi.



Then bila dah anak ketiga nie baru la tau versi nasi merangkap bubur nie lei buat macam2 menu selain letak sayur-sayuran..rezeki uqayla..ampunkan ibu wahai anak2ku umairah dan uwais..mehehehe...hati nie dah tekad nak bagi anak2 makan2 makanan yang berkhasiat..takmo dah dengar rintihan2 atau rengekan anak2 nak jajan...serik tau..anak kne macam2 penyakit sbb nye tak dapat cukup zat...kalo kat umah nanny (pengasuh) pun i kalo sempat masak..i akan masak...tapi yang pasti makanan uqayla mesti i akan sediakan sebelum bawak ke umah nanny.



Ok taknak dah kenang citer2 dulu..skang nie kita dah blaja and then wajib kne buat..tak ada alasan hokey..now nak sharing dengan ibu2 kat luar sane amcam mane nak buat bubur anak yang sedap dan mudah disediakan..so takde alasan tak sempat or tak sedap..(tak sedapnyer bila kita dah stat ajar anak kita campur dalam makanan dengan garam)..ingat nyer ibu-ibu yang hebat die takkan campurkan makanan anak2nyer dengan garam (garam blei campur dalam umur 10 bulan..itu pun dalam kuantiti sikit jer ok..)




Bahan-bahan

  • Beras (ikut sukatan ibu sendiri)
  • Sweet Potato (i amik yang kaler ungu punya..sedap..yang kaler oren pun ok gak)
  • Air Zam2 (air biasa pun blei)
  • Extra Virgin Olive Oil 


: beras |  sweet potato  |  extra virgin olive oil




Cara-cara
  • Kukus sweet potato tadi sehingga lembut dalam anggaran 15 min atau ke 20 min
  • Basuh beras dan campurkan air zam2 td serta masak dan kacau sehingga masak menjadi bubur
  • Bila dah masak, campurkan bubur tadi dengan sweet potato yang dah lembut ke dalam blender dengan dicampur dengan extra virgin olive oil tadi..tapi nak guna butter pun lei tapi guna yang unsalted punya yer..
  • Blend sampai hancur dan masuk dalam bekas makanan anak

: bubur yang dh masak + sweet potato yang dh masak dikukus


: blend smpai hancur ye sayang



: tuang dalam bekas makanan anak




: selebihnya letakkan dalam 3 bekas lain..sbbnye anak dara nie kuat juga makan



p/s: since uqayla dah 7 bulan, jadi i dah tak lecek sangat dah makanan die just blend sampai betul2 hancur je.


Selamat mencuba~~!!

August 12, 2014

Tip Memperbanyakkan Susu Badan





Assalamualaikum w.b.t




Menjadi satu kewajipan bagi i untuk berkongsi cara-cara memperbanyakkan susu badan..yer...i pernah mengalami saat2 susu tiba-tiba merundum..rasa tertekan, runsing, geram dan macam-macam lagi perasaan..paling rasa sedih bila lihat anak kelaparan dan menangis sebab tak cukup susu..bila perasaan juga anak tiba-tiba tak nak menyusu..mengamuk dan meraung..kes nie bila i pergi outstation seminggu @ 2 minggu tanpa menyusukan anak secara direct..mana yer tak, anak i dah selesa menghisap botol dengan cepat tak perlu menyoyot dengan kuat berbanding dengan direct bf dengan i..pengalaman yang sangat mencabar..bukan mudah nak senang...sesapa ibu yang bf sahaja yang akan memahami perasaan i..


Ya..i cuba menjadi ibu yang kuat seperti ibu-ibu yang bf anak-anak mereka sehingga 2 tahun dengan jayanya..jeles? of course jeles..bagi i memang memerlukan semangat yang kuat dan hati yang kental..tanamkan diri jangan mudah berputus asa..don't stress and tension2...set jer dalam minda nie "susu ako banyak sampai melimpah ruah" dan "ako ibu yang kuat dan dapat menghasilkan susu yang banyak dan cukup tuk keperluan anak ako"..insyaallah salah satu tip dan cara yang berkesan.


: first time buat stok susu uqayla time outstation seminggu

: salah satu petua simpan susu tahan sejuk campurkan ais dengan garam




Salah satu yang menyebabkan susu ibu semakin berkurangan ialah disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum di adjust dgn hormon yg dihasilkan. Bagaimanapun setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan antaranya ialah :



  1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
  2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
  4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
  5. Dapatkan rehat yang secukupnya.
  6. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
  7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
  8. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
  • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.


Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


Makanan
  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.{bos opis makan dan memang susu banyak}
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri {amik dr salah satu blog..tapi tak hingat blog sapa}
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin 
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang) 

Minuman
  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai. {tak pernah cuba}
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea {tak pernah cuba}
  15. ESP - SHAKLEE {i bancuh tuk minum pagi dan malam sahaja} ; non-gmo
  16. Melilea Organic Soya Drink; non-gmo
  17. Autumnz Organic Nursing Tea {tak pernah cuba}
  18. Joy Angel Nursing Tea {tak pernah cuba}
  19. MamaMilky {member pernah makan dan susu memang banyak}

Zikir dan Doa
  1. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  2. Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  3. Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  4. Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Lain-lain Amalan

  1. Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
  2. Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  3. Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  4. Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  5. Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  6. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
  7. Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
  8. Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  9. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Rujukan: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung; diariaishah87