Tamak sentiasa merugikan manusia..
Tamak juga akan membinasakan diri manusia
Tamak menjadi manusia hilang sifat bersyukur di atas apa yang diberi olehNya
Tamak membuatkan manusia mempunyai sifat dengki dan iri hati
Tamak adalah sifat syaitan yang harus dihindari oleh kaum adam dan hawa
Sesungguhnya sifat tamak ini tidak pernah membuat manusi dalam beruntung dan bahagia didunia dan akhirat
October 15, 2010
August 5, 2010
TAKUT
Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya bukan lah nak kata apa. Semenjak i preggie ini semua benda rasa macam takut. Kalau my hubie pergi outstation, mesti i rasa takut. Takut pada kesunyian bunyi dan tak lena tidor. Bila i cakap macam itu kat my frenz semua kata biasa coz simptom for preggie. Erm...klaka dan seram pun ada. Walaupun dulu i ini kira tak ada lar penakut sangat tapi sekarang i penakut bebenar.
My mum pun terkejut bila i kata i takut tido n duduk sorang-sorang. Takut nak menyusahkan orang, so i pun memberanikan diri untuk tido dan layan my BB sorang-sorang. Kadang-kadang kalau rasa dah sunyi dan buntu duduk sorang-sorang, mula membuat spot check kat setiap ruangan rumah (apa-apa yang boleh dikemas).
Tak lupa juga membelek-belek majalah PA & MA serta MOM & BABY. Akhirnya terlalu mengantuk sangat sampai dah terlelap nasib baik tak landing kat depan ruang tamu. Sampai ke pagi tido kat luar la nampaknya. Semalam i cuba pujuk my mum dan dad untuk tido dan bermalam dirumah i. Itu pun tak pasti lagi. Erm...sunyilah i lagi. Bila dah bosan sangat i mula la cakap dengan my BB. Lama-lama itu i tergelak sendiri. He...He.. : D kelakar. Gelak dan cakap sorang-sorang.
Masa belum pregnant i lah yang paling ligat ke sana dan ke mari. Tapi bila dah kena penyakit preggie (muntah dan loya) sampaikan nak berborak dengan suami pun tak lalu. Kesian dengan my hubie sebab tak dapat nak layan. Ramai tanya rasa-rasa i punya BB jantina apa? Kalau ikut naluri i perempuan. But i don care if i get BB boy or gurl. Janji BB i lahir dengan cukup bulan, selamat dilahirkan secara normal, cukup sifat keperibadian dan i lahirkan my BB dalam keadaan normal bukan melalui perbedahan. Tapi kita hanya mampu berdoa dan merancang. Semuanya ketentuan Allah s.w.t. Doakan kebahagian kami sekeluarga. AMIN.. (- -)
July 30, 2010
Minggu Ke 15
(Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)
Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat
Apa yang terjadi pada janin:
Janin Anda kini berukuran sekiar 9-10 cm, dengan berat 60-70 gram. Dia sudah mulai sibuk mengisap dan mengeluarkan cairan ketuban melalui sistem pernapasan bagian atasnya, ini membantu mengembangkan kantung udara yang ada di paru-parunya. Kakinya tumbuh lebih panjang daripada tangannya, ia juga bisa menggerakkan semua persendian dan semua tungkai (kaki dan tangannya).
Walau kelopak matanya masih tertutup, matanya mampu merasakan cahaya. Jika Anda menyorotkan cahaya dari lampu senter ke perut Anda, mungkin janin akan menghindar menjauhi cahaya. Di usianya sekarang organ pengecapan janin belum sempurna, tapi perkembangannya masih terus berlanjut.
Di minggu ini, saat memeriksa kehamilan, Anda dapat mengetahui jenis kelamin janin. Tapi jangan bersedih jika ternyata semuanya masih seperti misteri. Memang USG bisa melihat wujud bayi, tapi jika posisi janin tak tepat, kelaminnya takkan tampak.
Apa yang terjadi pada ibu:
Berat badan Anda mungkin sudah bertambah 3 kg sekarang. Meskipun sudah lebih nyaman menjalani kehamilan, tapi Anda mungkin masih akan mengalami keluhan-keluhan tak terduga. Misalnya, mungkin Anda akan mengalami hidung tersumbat, itu biasa. Keluhan ini muncul karena meningkatnya hormon dan aliran darah ke sekitar selaput lendir hidung. Beberapa ibu hamil jga akan mengalami mimisan sebagai akibat dari meningkatnya volume darah dan pelebaran pembuluh darah di hidung.
Tidak perlu terkejut jika di minggu-minggu ini Anda dan suami mengalami sedikit tekanan (stress). Ada cukup banyak pasangan yang menguatirkan kesehatan janin dan bagaimana menghadapi hari-hari berikutnya sampai menjelang persalinan. Tapi seiring dengan meningkatnya energi tubuh, Anda akan merasakan minggu ini adalah trimester terbaik bagi Anda.
Minggu ini mengapa tidak:
Mulai ajak janin berbicara. Inilah saat yang paling tepat untuk memulai proses kelekatan dengan anak Anda. Kalau ngobrol terasa janggal buat Anda, cobalah untuk membacakan cerita atau berita dari majalah, koran, buku dan sebagainya. Atau berbagilah angan-angan Anda dengannya. Anggap saja ini latihan awal sebelum janin dilahirkan dan menjadi bayi yang lucu. Berbicara dengan janin adalah cara terbaik untuk menstimulasi perkembangan berbahasa anak sejak dini.
Tahukah Anda? Sel-sel otak janin terbentuk selama ia berada di kandungan, dan saat janin lahir, sel-sel itu saling terkoneksi lewat stimulasi visual, motorik, bahasa dan sosial. Semakin banyak koneksi ini tersambung, bayi akan semakin belajar dan mengembangkan kemampuan kognitif dan daya ingatnya (memori).
![]() |
| gud 4 the new mom |
June 23, 2010
TIGA WATAK DI AKHIR ZAMAN
Kedatangan Imam Mahdi
Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.
June 2, 2010
Kandungan Bayiku Minggu ke-7
Apa yang terjadi pada janin:
Tangan dan kaki janin Anda sedang terbentuk sekarang, walau bentuknya lebih mirip dayung. Memang seperti itulah bentuknya, karena janin sesungguhnya masih dalam bentuk embrio dan punya ‘ekor kecil’ yang nantinya menjadi tulang ekornya. ‘Ekor’ itu akan segera menghilang dalam beberapa minggu ke depan, tapi hanya itu yang mengecil. Sementara organ lain justru berkembang.
Di dalam rahim, lipatan kelopak mata janin terlihat seperti lipatan menutupi matanya yang sudah berwarna. Cuping hidungnya dan pembuluh darahnya (urat) juga sudah sedikit kelihatan. Kedua belahan otaknya tumbuh dan hatinya sudah mulai mengolah sel darah merah sampai sumsum tulang terbentuk sempurna dan mengambil alih pekerjaan itu. Pankreasnya juga sudah mulai berfungsi yang nantinya akan memproduksi hormon insulin. Lompatan perkembangan ususnya kini sudah menyesakkan tali pusat (yang sekarang sudah megalirkan darah yangmembawa oksigen dan nutrisi dari dank e tubuh janin).
Apa yang terjadi pada ibu:
Ukuran rahim Anda sekarang berukuran dua kali lebih besar. Dan sekarang makan rasanya menjadi aktivitas yang berat dan membosankan. Morning sickness sekarang mungkin akan terjadi lebih sering. Anda juga akan lebih sering berkemih (buang air kecil), itu karena fungsi ginjal Anda berjalan dengan baik mengalirkan darah yang volumenya meningkat (10% lebih banyak) dan mengatur cairan. Di akhir kehamilan volume darah Anda meningkat hingga 40-50% untuk memenuhi kebutuhan janin. Membesarnya rahim menyebabkan tekanan pada kantung kemih.
Sekitar setengah ibu hamil yang mengalami mual selama trimester pertama baru akan merasa nyaman dari keluhan itu sekira pada minggu ke-14 kehamilan. Itu juga berarti, keluhan sering berkemih akan berkurang di usia kehamilan itu. Selain itu, fakta riset juga membuktikan bahwa frekuensi dan volume air seni memang meningkat selama kehamilan.
Di minggu ini, mengapa tidak…
Memotret bentuk perut Anda. Cobalah abadikan kondisi Anda di minggu ini. Dan lakukan terus setiap 1 bulan sekali sampai janin lahir nanti. Inilah salah satu cara untuk merekam progres kehamilan Anda. Tips untuk mendapatkan foto terbaik: kenakan pakaian yang sama dan berdiri dengan latar yang sama dan abadikan dengan pose yang sama. Foto hitam-putih atau dalam keadaan polos atau setengah polos, bisa menjadi memori yang indah.
Tahukah Anda? Sel-sel otak janin terbentuk selama ia berada di kandungan, dan saat janin lahir, sel-sel itu saling terkoneksi lewat stimulasi visual, motorik, bahasa dan sosial. Semakin banyak koneksi ini tersambung, bayi akan semakin belajar dan mengembangkan kemampuan kognitif dan daya ingatnya (memori).
April 27, 2010
sUMTHING hAPPENEd
Assalamualaikum w.b.t
Bila tengok orang lain boleh pergi ke negara orang lain rasa cam jelaous dan teringin pun ada. Penyebab bagi masalah yang utama adalah segi kewangan yang belum lagi mengcukupi. Mungkin belum ada rezeki untuk melancong ke negara orang. Hopefully i menang apa-apa pertandingan or sumthing miracle coming to us. I mean me and my hubby. Maybe it's not a gud time to explain. My hubby cakap maybe bulan Jun kita boleh pergi ke luar negeri (he mean luar dari negeri HOMETOWN). Sabar jer la...hehehehe..anyway i so happy with my big Family..thanks to all yang banyak cakap at least u dapat pergi sarawak dari i yang tak pernah pergi. Seharusnya manusia perlu bersyukur atas nikmat yang dapat mereka nikmati. THANKS AND syukur to Allah s.w.t.
Menikmati hidangan makanan di Miri Sarawak
Menunggu hidangan LALAPan untuk santapan
April 2, 2010
Kelas Ceramah Induksi Umum dan Khusus
Kelas ini beroperasi di Akademi Audit Negara. Jadi pelbagai gelagat dan kerenah yang tidak pernah nampak dan sekarang berlaku didepan mata anda. hehehehe..Ada kepala yang senget sebelah la. Ada yang mata cam Aishywarya Rai dan mata macam kuyu pun ada. Mana nyer tak, masing-masing dah takleh masuk dah ilmu yang dah lama tepu kat kepala. Apa-apa pun kesemua fasi dan penceramah kami best and masyuk gitu. Terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada kami iaitu Kursus Induksi Siri 2/2010.
Malam Kursus Induksi Siri 2/2010
Pengalaman yang terindah dan tidak akan dilupakan. Kenangan bersama-sama teman sekursus denganku akan ku pahatkan dalam memori dan jiwaku. Tanpa dirimu tidak akan ku berdiri sehingga habis kursus induksi ini dengan jayanya. Pelbagai rintangan dan dugaan bersama dengan mu dan sekaligus mengubah persepsi masing-masing terhadap dunia kursus induksi. Tempoh sebulan bagaikan baru semalam diharungi dan terpaksa kita berpisah untuk menjalani kehidupan yang lain dan mungkin kita tidak akan ketahui.
March 7, 2010
kURSUS INDUKSI
HAHAHA...topik yang ingin dicari...of course sebenarnya tiada peluang untuk menulis blog oleh kerana kesibukan dalam menjalani latihan/kursus induksi di Akademi Audit Negara. Kelakar dengan rakan-rakan yang memang satu ''kepala'' istilah kata memang masyuk. Genap sudah 2 minggu kini tinggal lagi 3 minggu untuk ditempuhi.
February 11, 2010
cLEAn..
Seharian i mencari ruang untuk bersenang-lenang. Maka ia datang walaupun tanpa dijemput. Itulah ia kesusahan. Pelbagai reaksi dan juga usaha dilakukan akhirnya dapat juga i SEMPURNA kan. Otak tidak lagi kusut, Jiwa tidak lagi memberontak, Kepala tidak lagi runsing dan Hati bersih dari segala kotoran. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa segala kerja yang tertangguh dapat juga disempurnakan. Meja?...CLEAN
Posted by ME.
February 8, 2010
Memories :)
Teringat mula-mula kami bercinta, masing-masing saling berpandangan pertama kali dipertemukan. Hendak bertanya malu tapi ku beranikan diri untuk bertanya. Rupa-rupanya si dia adalah kawan lama..erm...bukan tapi kekasih lama. Masing-masing membisu dan saling mencari idea untuk meneruskan perbualan. Kelakar. Mahunya tidak dia hanya senyum sahaja semenjak kami bertemu. Hairan. Mungkin masing-masing masih tidak percaya kami dapat berjumpa semula dari darjah 2 sehingga sekarang baru kami bertemu. Mungkin ada perubahan dari segi penampilan dia. Makin matang dan hensem. Masing-masing bagai menaruh hati dan hati mungkin bertaut kembali. Tapi...Pertemuan kami hanya itu sahaja. Tiada pertukaran nombor atau alamat tempat tinggal. Hanya lah bertanya khabar sahaja. Kenapa?.......Dia bahagia sekarang bersama isteri dan anak yang tercinta. Aku?.... :}
Subscribe to:
Posts (Atom)
NuFfNanG |




























