a)
Tempat penginapan termasuk makan minum, sarapan
pagi dan snorkeling di 2 spot : RM280/person
**Penginapan ala-ala rumah kampong
***untuk tempahan : 013-3485171 (kak Khadijah)
b) Bot (dari jeti mersing ke Pulau Besar) – owner penginapan belanja kami
[so save kat cni dah bajet]
c) Duit Minyak/Tol Kereta (dari Putrajaya ke Jeti Mersing) : RM150/person
[ini pun berlebih gak]
d) T-shirt trip (kalo nak) : RM30/person
Ini adalah tempat penginapan kami ala-ala kampong. Tenang sungguh.
Nyaman dan damai aja tempat kawasan perkampungan di sini.
Nyaman dan damai aja tempat kawasan perkampungan di sini.
Sampai saja kami di Pulau Besar, masing-masing dah tak keruan tengok pemandangan yang subhanaallah begitu cantik. Siap kira lagi pulau ini kaler lautnya ada bepa layer..hihihi. Dah jejak je kaki kt pulau tue, apa lagi masing-masing siap ber swafoto dan posing seolah-seolah pulau ini kami yang punya...hahahaha
Bila sampai sahaja di Pulau Besar, subhanaallah..cantik dan indah sungguh pemandangan pulau ini. Memang sesuai untuk mereka yang nak honeymoon atau ingin mencari ketenangan. Panjat kesyukuran kepada ilahi kerna masih lagi diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaanNYA.
Part 3 : Posing like a tip top artist
Ok...now the rate for their food yang dihidangkan di sana. Makanan yang disediakan sepanjang kami menginap di sana... alhamdulilah sedap. But fyi, chef tukang masak kt sana is a men..Jangan plak kowang terperanjat yang pengurusan kat pulau ini semua lelaki. Mula-mula kami pun risau pulau ini ada majoriti lelaki. Al maklum kami ini kan semuanya perempuan..wajiblah takut..if anything happen to us..huiii nauzubillah...Alhamdulilah, Allah s.w.t melindungi kami sepanjang berada disana. Nasihat dari I better la kowang bawa lelaki at least sorang [jgn lelaki lembut sudah la..tak sila-silap, kowang yang dia tinggalkan..kihkih].
p/s : gambar masa barbeku tak sempat nak amik..sebab masing-masing dah kelaparan. Maaf.
Keesokkan harinya pula, kami cadang kononnya nak tengok matahari terbenam [romantik sikit]..tapi pagi-pagi subuh dah hujan turun. Jadinya tak dapatlah nak tengok. Agak-agak hujan dah renyai tu, masing-masing decide just kami main-main air je kat pulau tue sambil tue tengok keindahan alam disekeliling pulau.
Rasa cam dah puas main air dan mengelilingi kawasan pulau tue, ready to back and otw pulang kami dibawa melihat hidupan laut tp bukannye snorkeling tau sebab msg-msg takut nak snorkeling. Jadinya tengok je la ikan dari atas bot aja. Bagi la ikan makan roti. Excited gak la kami semua. Macam udak baru pegi lawatan sekolah..hehehe.Kepada orang yang kaki snorkeling nie memang puas sikit la boleh menyelam sambil tengok hidupan dalam laut [bila la ada kekuatan nak blaja snorkeling..doa sikit kawan-kawan]. Yang i kat atas bot ini pun dah rasa excited bila tengok ikan ‘DORY’. Sambil melihat keindahan alam dipulau tue boleh la kowang tangkap gambar sambil swafoto dengan member.
Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami selesai dan sampai di jeti mersing untuk perjalanan pulang ke Putrajaya. Tapi sebelum pulang tu, sempat juga kami singgah sekejap ke rumah adik salah sorang click opismate kami. Puas hati la dapat makan ayam asam pedas, sayur kerabu dan macam-macam la. Siap bagi kami bawa pulang ubi kayu lagi tue. Terima kasih sangat-sangat. Terharu!..mehehehe
**p/s: next time boleh la ajak opismate pergi Pulau Kapas,
Terengganu pulak.
Part 1 - Posing like a Minion Team
Part 2 - Posing like be a Model Versace or Gucci
Part 4 : Posing in the beach
Part 5 : We Are Survivor
Part 6 : Posing in Cradle
Part 7 : I Need the Coconut Shake
Part 7 : Posing on a Boat
No comments:
Post a Comment