YuP

Cahaya

June 8, 2016

Sentiasa Bersemangat Setiap Masa



Assalamualaikum w.b.t




Wah hebat gak kalo i setiap hari masuk opis, balik umah dan uruskan kehidupan harian dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Tetiap hari memang tak akan rasa stress dan muka pun takde la cepat tua. Tapi manakan mungkin kehidupan kita ini tidak diuji dengan ujian dan dugaan yang mencabar. Supaya apa? supaya hidup kita ini belajar untuk mengenali Allah s.w.t dan menikmati rasa bersyukur kepadaNYA. Cinta dan rindu kita hanya pada Allah s.w.t.











Setiap kali kalo datang opis ke atau balik umah mesti akan ada hari yang membuatkan kita stress dan macam nak lari daripada keadaan yang menegatifkan hidup kita. Bila situasi negatif ini timbul maka kita memang memerlukan hari atau masa untuk berfikir dan menenangkan jiwa dan hati yang terluka ini untuk sembuh. Tapi bagaimana? Kadang kala kita tahu tindakan atau penyelesaian yang bagaimana untuk kita selesaikan tetapi tindakan dan perbuatan yang kita buat sering kali tersasar daripada objektif hidup.










Bila i ada masalah, kadang-kadang sampai tak boleh nak pikir secara logik dan bertenang. Rasa kagum bila ada orang yang kalo kena marah atau kena maki tapi boleh hadam dengan benda2 yang menyakitkan hati sambil expression muka tue macam biasa hajo. Memang kental betul hati tue..mehehehe. Nie adalah beberapa tip dan panduan yang i nak kongsi dan mungkin berkesan kepada anda. Tak cuba mana nak tau kan.

1. Bergaul dengan orang yang ada aura semangat. Maksud i semangat yang positif jangan plak dok dengan owang yang asyik thinking negative haje.

2. Sebelum melakukan atau berfikiran negatif, cuba cari perkara atau tindakan seseorang dari segi positif. 

3. Mendengar lagu, cerita dan bacaan yang membuat kita bersemangat. Hindari daripada kita mendengar lagu yang mendayu, sedih, tayangan-tayangan yang negatif, gosip-gosip yang tidak membina aura positif dalam diri kita.

4. Ubah gaya rambut, pakai pakaian yang cerah dan mempercepatkan langkah dalam setiap aturan kita. Ia juga dapat mempengaruhi diri dan semangat kita. Contoh, macam i kalo solek dan pakai baju cantik memang membangkitkan aura semangat yang positif dan konfiden.

5. Elakkan daripada kowang melihat video media sosial yang banyak penggunaan bahasa kesat dan yang dilarang dalam islam. Contoh menonton video lucah dan sebagainya menjadikan diri kita "sakit" dan lemah minda.

6. Memperbanyakkan membaca al-quran adalah the best terapi jiwa dan hati disamping kita yakin bahawa Allah s.w.t sentiasa berada disisi kita. Insyaallah.





No comments: