YuP

Cahaya

November 13, 2015

Mekanik Terbaik Dalam Hidup Ibu

Assalamualaikum w.b.t



Muhammad Uwais Bin Mohd Muzli
Nama yang sering ibu ungkapkan sebelum ibu melahirkan kamu lagi
Setiap hari ibu bisikkan dalam hati
Mampukah ibu memiliki seorang anak yang dipanggil LELAKI
Terdiam seribu bahasa apabila dikabarkan ibu bakal menimang cahaya mata kedua
Ibu panjatkan kesyukuran dan alhamdulilah







Setiap saat dan detik ibu memperbanyakkan membaca ayat-ayat al-quran dah surah
Berharap supaya anak yang ibu kandungkan ini menjadi anak yang soleh dan menjadi imam serta memiliki akhlak yang baik
Alhamdulilah dan syukur sekali lagi bila ibu dipermudahkan melahirkan abang
Allah s.w.t mendengar dan memakbulkan doa ibu supaya anak yang dikandungkan ini mudah bersalin tanpa mengalami tumpah darah seperti anak ibu yang sulung.
Allah s.w.t Maha Mendengar dan lagi Mengasihani





Mudah-mudahan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t ini, ibu dapat mendidik dan menjaga dengan baik dan menjadi anak yang soleh serta sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu dan ayah di dunia dan akhirat...amiin


No comments: