Assalamualaikum w.b.t
“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta
buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara
kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha
Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang
sejahtera dan abadi”.
“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan
miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.
“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berikanlah aku
kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja
nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya”.
“Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan
dirinya”.
“Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana
Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.
“Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia
dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan
engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah
aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
No comments:
Post a Comment