December 17, 2010

Akar Bunga Fatimah

Salam...

Arinie ada rasa teruja coz tak sabar nak dapat adik/anak buah/sepupu/anak..actually nak menunggu kelahiran bayiku amatlah dinantikan oleh segenap lapisan keturunan i...hihihihi...doakan i ngan BB selamat bersalin n dilahirkan..Hanya untuk berkongsi masalah kesihataN yang i alami dari malam tadi coz sesak nafas n sukar tuk bernafas...Banyak kali gak lar kejutkan my hubie tuk urut-urut kat belakang n dada i...nak letak minyak angin..erm..tak tercapai lak nak menyapu nyer...until now still i feel 呼吸 (sesak nafas*lebih kurang camtu la)..pening kepala..kadang-kadang perut rasa memulas...confirm mesti angin punyer...wallahualam..Ya Allah sihatkan daku dan kandungan ku...jangan sampai terberanak udah...hihihih..

Setakat nie preparation untuk BB dah setel cuma i punya jer baru 50% ...Insyaallah minggu depan baru nak bereskan semua sekali n siap masuk beg dalam kereta...Weekend nie i nak balik umah parents i coz my frens dlu waktu praktikal kawin ari ahad nie (19.12.2010)..congrats..lgpun i nak amik harta benda i (AKAR BUNGA FATIMAH) untuk bersalin nanti..bunga nie pun my mom beli waktu dia g haji..walhal time tue i tak kawin g...mungkin my mom beli coz bunga nie lei simpan lama..Berikut merupakan khasiat dan kegunaan AKAR BUNGA FATIMAH...

KHASIAT AKAR BUNGA FATIMAH
  • Sebagai air selusuh yang amat mustajab.
  • Sebagai pencegah dari hamil yang mustajab.
  • Memulihkan dara bagi si ibu (terlalu mengecut).
Akar Bunga Fatimah adalah tumbuhan semak. Tapi cukup popular di kalangan jamaah mancanegara. Orang Barat menyebutnya Mawar Jeriko. Para jamaah biasa membeli  Akar Bunga Fatimah sebagai oleh-oleh dari Tanah Suci. Tanaman ini walaupun kering sudah puluhan tahun disimpan, namun kalau direndam dalam air akan mekar kembali.

Mungkin karena itu, Akar Bunga Fatimah dianggap berkhasiat untuk menolong persalinan. Dengan meminum air rendaman Akar Bunga Fatimah, konon, kelahiran bayi akan lancar. Wallahu’alam. Tapi yang pasti, Akar Bunga Fatimah hampir sama popularnya dengan siwak, sejenis akar kayu, yang juga dianggap berkhasiat untuk membersihkan gigi.

CARA PENGGUNAANNYA AKAR BUNGA FATIMAH
  • Hanya rendamkan akar bunga fatimah nie dengan air sehingga akar bunga fatimah nie kembang...kalo bolei minum n rendam time dah ader kontraksi n nak bersalin...insyallah dipermudahkan ALLAH s.w.t untuk bersalin...manyakkan berdoa..
p/s: Orang kata kalo akar bunga fatimah nie kembang masuknyer dah nak bersalin...waallahualam..

Fakta & Gambar: Ads Google



7 comments:

Nur Aini said...

tp...masa sy bersalin, saya ada minum air selusuh...nurse kat hosp putrajaya ckp jgn minum nnti dia berlawanan dgn ubat...nnti akn lebih sakit....tp sy mcm pelik juga bukan kah air selusuh tu untuk memudahkan atau dgn kata lain di baca ayat suci al-qur'an untk memudahkan bersalin...tp camner lah boleh di anggap begitu....harap2 atiqah bersalin dgn selamat

radekamn said...

Salam

camtu plak kan...tul la kata u..so u minum x air selusuh?

Nur Aini said...

saya minum pagi tu...bila nurse tanya ada minum tak...saya just jawab takkk....sebab dia kata sepatutnya jgn minumm..sbnrnya takde kaitan pon ubat ngan air selusuh tu...maybe mind diorang dh set camtu...

sitiey comel said...

assalamualaikum semua..kini saya sudah 36 minggu 2 hari..sya ade mendengar pasal bunga fatimah nie..ini first time saya nak mencube..org kata ianya mujarab..segalanye ketentuan Allah..disini saya banyak google pasal bunga fatimah ni..ade yg kata cara minumnye bila kandungan sudah 9 bulan..n jgn direbus akarnye kerna akan menutup pintu rahim..seeloknye di rendam sahaja dengan air masak sejuk..minumnye pulak di waktu malam hari..insyaallah..akan dipermudahkan proses persalinan..sebelom minum..selawat 3x n niat supaya mudah bersalin..i hope my second baby ni normal..coz my first baby..i ceaseran..doakan saya ye..
akar fatimah yg saya rendam tu pon dah kembang semangkuk..kata org bila akar tu kembang..ibu mengandung tu dah xlama nak bersalin..moga2 Allah permudahkan segala kesulitan..amin..

radekamn said...

yer sitiey..pregnant dlu pun i minum air akar bunga fatimah nie sikit jer..coz rasanya..heheh...anyway semoga kelahiran kali nie mudah hendaknya..hehehe

nana said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

Unknown said...

Salam puan..puan ada jual akar fatimah ni?