October 2, 2017

First Raya Qurban In Malacca 2017

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Alhamdulilah..syukran masih diberi peluang untuk bernafas, diberi kesihatan, umur yang panjang dan semoga semua urusan yang ingin dilakukan pada hari ini dipermudahkan hendakNYA..Insyaallah.
 
 
Berat sungguh hati dan sayu menyambut hari raya korban tanpa ibu yang tersayang (26062017 - kini). Kalo sambut raya korban mesti arwah mama akan buat korban di kampung. Tapi kali ini semua penama korban dah penuh maka jawabnya kita buat korban melalui online jela. Moga-moga amalan jariah kita diterima oleh Allah s.w.t.
 
 
So untuk pertama kali jua, en suami sembahyang Aidil Adha di Melaka. Ikutkan nak ikut en suami bersama anak-anak sekali bersembahyang hari raya aidiladha di masjid, tapi bila tengok umairah, uwais dan uqayla masih lagi tido maka niat nak bersolat aidil adha berjemaah di masjid Melaka tak berkesampaian. Maka solat sahaja la ibunya di hotel.
 
 
Owh yer..majority muslim yang menginap hotel sama dengan kami semua nya berpakaian baju melayu sedondon dengan anak-anak. Meriah jugak. Memang tahun ini sambut aidil adha lain dari yang lain. Kalo dlu sambut raya aidil adha mesti di Negeri Sembilan, and kalo tak di Segamat, Johor (parent in law) untuk sambut raya disana.
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
So aktiviti kami macam biasa pergi pantai bawa anak-anak berjalan dan main air. Tengok pemandangan dan pergi ke A'Famosa, kejap jalan-jalan tangkap gambar, sebab masa tue pun cuaca tak mengizinkan (hujan lebat). Jadinya pergi mana yang sempat aja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






 
 
 
 
 
 
Last minute punya booking..gara-gara anak-anak nak pergi berjalan-jalan...THE EMPERIAL HERITAGE HOTEL. Best yer depan hotel dah Dataran Pahlawan..terus masuk pintu then kowang lei shopping sakan.
 
 
 
 
 





 


Lepas menunggu en suami selesai solat aidil adha, terus kami jalan kaki pergi ke A'Famosa. So tak payah kowang susah-susah nak naik kete dan cari parking. Itu yang istimewanya kalo stay kat hotel ini. Nak cari tempat makan pun senang sbb betul-betul tengah Bandar.












 
 
 
 
 
 
Oleh kerana sambutan raya aidiladha ini jatuh pada hari yang mulia iaitu hari jumaat, maka en suami wajiblah sembahyang jumaat di masjid jamek, Melaka (kebetulan masjid nie dekat).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 Bersiar-siar dipantai sambil berposing ala-ala model.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 









 
 
 
 
 
 
p/s: Next trip dah rancang nak bawak anak-anak pergi ke Ipoh pulak. Tunggu yer citer next trip family kami di sana.
 

September 12, 2017

Lari lah Wahai Anakku

 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Wahai Anakku
Larilah sayang daripada hinaan dan kutukan orang
Janganlah sayang bersengkokol dengan manusia yang sering menyalahkanmu
Dikalamu sedih, ingatlah Allah s.w.t sentiasa merindui dengan rintihan dan doamu
Jauh mana pun sayang berlari, jangan sesekali malu untuk mengangkat tanganmu kepadaNya
 
 
Wahai Anakku
Jangan sayang mudah lupa apa yang diajar dan dinasihati
Kelak takut sayang akan merana nanti
Tutur kata sopan pekerti haruslah dipelajari
Moga hidup mu akan diberkati
 
 
Wahai Anakku
Bukan mudah untuk memuaskan hati MANUSIA
Nampak saja nyata tapi banyak yang tersirat
Mohon lah dikau padaNya
Kerana DIA lebih mengetahui yang mana Baik dan Buruk padamu.
 
 
 
 
 
 

 
 

May 29, 2017

Hari Sukan Tadika Cendiekawan 2017

 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
Hye nak kena ada internet barulah sibuk nak tulis macam-macam. Bila dah sibuk, langsung dah tak hingat kat "kawan karib" blog kita nie. Sampai dah tak ter up to date dibuatnya. 













Macam kebiasaannya setiap kali menjelang ajer bulan Mei ini mesti hari sukan anak-anak. Apa yang paling excited tahun ini punya sukan ialah before this kami just cheer up untuk umairah jer..but this year umairah dengan uwais sekali kami kena sokong yor.
















Nak dipermudahkan untuk kami menyokong mereka adik-beradik ini, i request dengan tcher kelas supaya samakan warna rumah sukan mereka. Senang dan mudah untuk fokus diaorang adik-beradik. Kebetulan corak baju sukan sama jer taun lepas maka baju sukan untuk akak dah tak payah beli. Beli untuk uwais jer since first time masuk tadika.
















Tempat hari mereka bersukan berlangsung di padang Sek. Keb Presint 9 (2). Alhamdulilah cuaca pagi tue tak panas terik, nak kata mendung pun tidok..suam2 kuku camtue larr....hihihihi. 









sedey jer abang bila akak jadi maskot bunga raya



 tapi dia jadi debunga raya je













: kami pun turut sama pakai baju kaler merah..sokong anak-anak





Paling besh umairah dengan uwais dapat tempat pertama dalam sukan masing-masing. Dan totally menjadikan rumah sukan merah menang mandotori hokey!!..syabas anak-anak ibu.
 
 
 
 
 Laju betul anak ibu, uwais tarik bola sampai tcher suruh uwais main 2 kali. Bila dah menang dapat la habuan 2 hadiah permainan train. Special sikit. Sampai kawan-kawan dia pun dok tanya napa dapat 2 hadiah.








Umairah pun sonok menang dapat hadiah jet. 


p/s: suami tanya macam mana plak kalo uqayla yang main sukan..kowang rasa!!!