July 8, 2013

Kawaii VS Giyomi


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Mulut malas nak berbicara maka tangan haruslah rajin menaip perkara-perkara yang mengarut nie kan...hahaha..apa-apa pun mood nak menaip dah ada so korang lain jer la kan..hihihihi...anyway version buat muka-muka giyomi dah kurang dengar dah kan...dulu bukan main famous..yang perasan diri tue giyomi pun ada cam i...statement i "ada ako kisah"...dulu i mabuk dengan buat muka ala-ala kawai style jepun and now buat muka ala-ala giyomi versi korea...pasni tak tahu la version apa pulak kan...layan jer la...

Zaman anak dara tak kahwin lagi boleh lar nak buat muka style cam budak2kan tapi dah muka nie tak seberapa nak budak dah maka haruslah dalam kepura-puraan ibu anak dua nie buat muka comei dan gedix-gedix sikit..so anda semua dapat lar bertahan sejenak rupa yang "comei" and "gedix" nie sebentar nye...muahahahamuahahah~~~
 
 

June 20, 2013

Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Selamat pagi semua, harini ramai sangat sahabat i yang sedang sarat mengandung..wahhh rasa macam tahun ini tahun buat anak..hehehehe...apa-apa pun ramai yang tanya camna i boleh senang melahirkan hero i iaitu Muhamad Uwais secara mudah tanpa di 'induce' dan sampai-sampai sahaja di hospital dah dilated 8 cm...Alhamdulilah berkat doa keluarga yang tercinta serta tidak putus-putus bersolat istikarah dan hajat moga kelahiran i yang kedua ini dipermudahkan..dan alhamdulilah Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani..belum sempat nak meneran sahaja je dah keluar seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini.
 
 
Kali ini i dah nekad nak sharing dalam blog tip-tip yang secara teknikal yer i baca dalam rakan-rakan blog yang diluar sana yang sudi berkongsi dan juga siap ada sesi soal jawab dengan mereka based pada pengalaman mereka sendiri. Anyway berikut adalah tip-tip yang i dapat kongsikan dan sekiranya ada lagi information yang baru dah berkesan diamalkan maka i akan buat entry yang baru bagi PART II ok..hehehe



Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit

  • Duduk bersila dalam keadaan rehat.
  • Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
  • Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
  • Kemudian berbaring dengan santai.
  • Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
  • Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
  • Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
  • Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.
  • Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
  • Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
  • Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.
  • Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.
  • Amalkan membaca surah-surah lazim ibu yang mengandung serta rajin menbaca doa bagi memudahkan bersalin sekiranya tanda-tanda bersalin sudah ada.
  • Suruh en suami yang tercinta baca surah yassin dan surah maryam serta tiupkan ke dalam air (macam i aritu buat 4 botol...hihihi...cam owang nak mandi 'bunga' pun lei) dan di usap ke perut si isteri yang cute mengandung..mudah-mudahan dipermudahkan bersalin untuk isteri.
  • Suami diingatkan menghindari daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat atau tidak baik kepada isteri yang mengandung..kalo marah sangat isteri yang skang tengah mengedik2 tue layan ke jer la...hehehehe...takut ibu tue stress dan mengalami gangguan emosi.
  • Isteri sebelum nak masuk labour room tue rajin-rajin la mohon maaf dari suami...tue memang wajib kne wat.
  • Orang tua-tua kata kalo dah ada tanda nak bersalin makan telur kampung yang mentah2 dan telan..senang la beranak (ada jugak rasa cam nak cuba).

June 18, 2013

Budak Yang Terlalu Comei



Assalamualaikum w.b.t

 
Ye kebelakangan ini mood untuk menulis blog semakin merudum jer kan..ermmm...keadaan badan yang tak berapa sihat oleh sebab-sebab tertentu...ehehehe..nanti i bagitau berita gembira nye sebabnya masih terlalu awal untuk menjawab segala persoalan di atas...hahahaha....nak gempak plak kan...so persiapan dan aktiviti apa yang i buat sepanjang senyap daripada menulis blog nie adalah membuat keje untuk mencari rezeki...ye mengaudit orang yang tak habis-habis sampai nak muntah dibuatnye kan...pe nak wat dah nie keje i perlu buat untuk cari rezeki...hehehehe..alhamdulilah sekarang nie rezeki makin melimpah ruah..rezeki yang bermacam-macam bentuk dan hati nie sentiasa mensyukuri atas nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa.

 
 
Sekarang minat terhadap lagu-lagu yang sentimental semakin menjadi-jadi kan...dulu nyer yang minat lagu-lagu hip hop or yang bergenre rock dan rancak tapi sekarang mesti cari lagu yang nasional klasik sikit...so terasa diri nie dah tua sangat..banyak citarasa yang berubah pada diri tapi lagu korea masih lagi ditempat hati nie..kalo dulu suka makan makanan fastfood tapi sekarang lebih kepada makanan barat-barat nie...
 
 
 
Ketika tak der keje nie rajin bebenar diri nie melihat gambar kanak-kanak yang muka sangat la kawaii dan gwiyomi kan...memang tergoda la sangat2..kalo para ibu-ibu luar sana yang nak anak-anak mereka comei2 cam Lincoln nie lei la tempek gambar besar2 di setiap penjuru kat umah or opis tue...insyaallah anak yang bakal dilahirkan akan sebijik keluar macam muka baby yang kita suka tengok...tue semua kuasa Allah s.w.t kan...









May 2, 2013

Birthday For Husband


Assalamualaikum w.b.t

Kat sini nak sharing sikit mengenai sambutan hari lahir insan yang tersayang iaitu encik suami yang tercinta yang jatuh pada 22 April 2013. Sambutan dibuat hanya kami berdua sahaja tanpa anak2, so romantika antara kami berdua...ramntik ke kan!! hehehehe Persoalannya kalo tanya i hadiah apa yang dihadiahkan kepada en suami ialah kata-kata ucapan happy birthday, pemberian kad birthday yang hanya lah kecil tapi penuh dengan makna dan isi yang padat serta tersirat dan secawan mug yang penuh dengan maksud yang tersendiri.

Kali nie i plan bagi birthday encik suami penuh dengan drama dan trauma..jeng...jeng..jeng..suspen jerkan..hehehe..ok kalo tanya i reason pe i bagi dier mug sebabnya i pesan kat dia once i dah bagi hadiah kat dia..i cakap "awak jagalah mug nie sebaik mungkin jangan bagi sampai pecah dan calar..sekiranya pecah sedikit bermakna awak sudah melukakan hati saya sedikit demi sedikit..then kalo calar mug tue bermakna wak dah toreh hati saya sedikit demi sedikit..hihihi"..encik suami macam terkejut dan terpingga-pingga..mungkin dalam hati dier parah kalo macam nie...hehehe..i bagi challenge kat suami untuk menyahut cabaran i..alhamdulilah suami terima tapi cam was-was jerkan...hehehe..siap dier cakap "nie ugut ker yang"...hahahahaha..lei dikategorikan sebagai yang lebih kejam adalah tindakan "membunuh"..hihihihih..jangan marah yer sayang nanti kena jual..alhamdulilah walaupun suami boleh dikategorikan lelaki yang berusia muda (bagi yang dah berkahwin) but minda , cara dan fikiran beliau seolah-olah lebih berusia dari usianya dan mature serta lagi pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak dengan lebih cemerlang dari i.
Kadang kala umur bukanlah hanya terletak pada ukuran tetapi bagaimana cara menempatkan ia pada tempatnya..okey...Selamat Hari Lahir sayang semoga wak menjadi suami yang soleh, anak yang soleh dan taat kpd kedua ibu bapa, ayah yang mithali kepada anak2 kita, murah rezeki, sihat tubuh badan dan panjang umur..Aminyarabaalamin~~ 

:: my birthday boy ::

:: suami blanja lamb chop with pasta..sedap dan murah ::

:: gwiyomi tak pemberian i pada en suami ::

:: ukir sendiri..save budget tau ::

:: haruslah pacakkan skali nama i bukti dr isteri tercinta..ko ado!! ::

:: small red card ::

:: my hunny bear ::

:: ayat cinta dan punjangga i untuk en suami..maap tulisan cakar ayam skit ::

April 18, 2013

Luahan Hati Seorang Ibu


Assalamualaikum w.b.t
 
Rasa lama sangat tidak menulis blog..dengan keadaan diri yang tidak berapa mengizinkan maka haruslah blog nie bersawang sekejap..hehehehe..Alhamdulilah kesihatan i beransur pulih dan terima kasih kepada papa mama i, sahabat2 i di Jabatan Audit Negara dan opismate yang sudi menziarahi i tidak kira di hospital atau di rumah dan juga tidak lupa kepada kuarga mentua yang sentiasa menanya khabar dan mendoakan kesihatan i cepat sembuh.

Sudah 2 minggu tidak pulang ke kampung mentua di Johor untuk melihat anak2 kesayangan oleh kerana kesihatan i yang tidak mengizinkan untuk pulang di sana..kalo setiap kali telefon mesti anak dara i Nur Umairah merajuk tak nak cakap ngan kami..mungkin berkecil hati rasanya..hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa derita dan sengsara hati nie tatkala berjauhan dengan si teruna dan dara kami..Sepanjang hari bersujud dan berdoa semoga ada orang yang baik hati dan budiman diluar sana yang sudi menjaga anak2 kami dengan baik dan selamat..dan tidak perlulah kami berjauhan dengan anak2..Insyaallah semoga Allah s.w.t perkenaankan doa-doa kami..Terima kasih kepada ibu bapa mentuaku yang sudi memahami dan menjaga anak2 kami..Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.
 
Tidak sabar rasanya hati ini untuk pulang ke kampung melihat anak2...harta yang tidak ternilai harganya..amanah yang berat untuk dipikul..mana ada ibu bapa yang tidak mahu menjadi terbaik untuk anak2 mereka..diikutkan hati mahu sahaja berhenti kerja dan menjaga anak2 i dengan menatang minyak yang penuh serta menjadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah sekaligus merangkap menjadi ibu yang mithali dan terbaik..kita hanya mampu merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan..setiap hari memujuk diri nie mungkin ada hikmahnya dengan niat mencari rezeki dan sentiasa kami berdoa semoga anak2 kami dalam keadaan sihat dan selamat hendakNya.

Fikiran dan minda ni sentiasa teringatkan gelak ketawa anak2 kami..menunggu hari esok nie bagaikan seminggu penantian..nur umairah dan muhammad uwais tunggu ibu dan ayahnye...Insyaallah ibu ayah akan balik sok..rindu nak cium dan peluk masam anak2 ibu..Muahhkss
  
 
:: me and Nur Umairah ::

:: me and Muhammad Uwais ::

March 22, 2013

Muhammad Uwais : Today Is 7 Months Old


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Genap tarikh harini iaitu 22 Mac 2013, umur anak bujang i dah 7 bulan...so fast u grown up dear!!..wah~~ happy birthday to U-wais..besar dan membesar dengan sihat yer anak bujangku..pesan ibu semoga Muhammad Uwais menjadi anak yang sihat, panjang umur, solehah dan hamba yang snts mengabdikan diri kepada pencipta Nya..insyaallah..Amin rabaalamin
 
: "cer tgk gusi ku yang tebal dan lesung pipi ini" said uwais
 
 


March 19, 2013

Tips Mendidik Anak Perempuan VS Anak Lelaki


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Ramai yang comment dalam blog i tanya lagi apa tip yang i ajar anak2 i. Untuk pengetahuan smua i nie bukanlah pakar sgt dalam berkaitan dengan anak2..hihihihi. I hanyalah berkongsi rahsia dan tip-tip dari blogger-blogger lain yang berkait rapat dengan penjagaan dan rahsia2 penjagaan dan pendidikan anak-anak dalam kehidupan seharian. Dan ia mungkin boleh digunapakai..mungkin segelintir ibu-ibu boleh mengambil tip-tip ini dan berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah bagaimana dalam megasuh anak-anak dengan lebih efektif dan berkesan tanpa si ibu dan anak dalam keadaan stress atau berlaku perkara yang tidak diingini.

Ok lah..arinie sekadar berkongsi pegalaman i dan blogger diluar sana bagaimana nak mengajar or mengasuh anak2 mereka dengan lebih intelek dan praktikal..bukan sekadar kajian di luar dan di dalam negara malah di dalam al-quran pun ada sebut perbezaan kejadian lelaki dan perempuan dah..sesetengah fakta yang diberikan oleh pakar kanak-kanak kadang kala ada kebenaran nyer..

Dulu kelahirkan nur umairah, i rasa sifat dan sikap nyer sama saje seperti kanak- kanak perempuan di luar sane..Antaranya mudah merajuk, suka solek, suka berdandan, suka merengek, ingin kan perhatian, takut pada sesetengah binatang contoh katak dan kucing dan lain-lain lagi..Bila dah ada muhammad uwais nie lak since waktu lahir lagi dah tunjukkan kelainannya..tak berapa suka dan fokus pada rupa manusia lebih kepada barang, suka pada bunyi, lasak, aktif yang luar biasa..hehehehe dan paling klaka suka sangat menyakat akaknye..sampai akak nye takut dengan adik nye..takut kne tarik rambut..hihihihi..

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, mungkin kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak2 laki dan perempuan akan merasai perbezaan anak laki dan perempuan mereka. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, i dapat melihat perbezaan kedua-duanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian atau target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. I memang tahu akan fakta ini tetapi i tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana i memulakan mengajar nur umairah lebih awal dari muhammad uwais. Apapun itu jika i membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. 

Waktu nur umairah dan muhammad uwais lahir dlu pun dah nampak bezanya..Lain anak lain ragamnyer tetapi bila dikongsi dengan pendapat dan pandangan ibu-ibu yang diluar sana majoriti kefahaman dalam perbezaan sikap dan sifat anak perempuan dan lelaki adalah sama.

    Nur Umairah (sebulan hingga 6 bulan)
     
  • pandai bercakap atau bersuara since 2 bulan lebih (bahasa bayi)
  • memahami keadaan disekeliling bila berusia 5 bulan
  • Lambat meniarap dan mengesot (since 5 bulan baru pandai)
  • Lambat blaja duduk (since 9 bulan baru pandai)
  • Mudah menangis kalo barang jatuh
  • kurang berminat makan bubur byk lebihkan susu
  • Mudah merajuk (puas nak memujuknye)
  • Peramah dengan orang sekeliling
  • suka tengok orang
  • suka meniru gaya orang/menyanyi
  •  
     
        Muhammad Uwais (sebulan hingga 6 bulan)
 
  • Kurang bercakap atau bersuara (since 5 bulan bru kerap ckit bunyi nyer)
  • apa yang orang buat dia tak peduli..hehehe
  • cepat meniarap dan mengesot since 3 bulan
  • hampir berjaya blaja duduk (6 bulan 4 hari)
  • kurang nak menangis kecuali minta susu dan lapar
  • kuat makan bubur (kne 4 kali sehari)
  • suka sengih dan ketawa ( waktu preggie kan uwais selalu gelak)
  • telik muka orang dlu bru ok..hehehehe
  • aktif
  • suka pada sesuatu benda
  •  
Itu belum dicampur dengan faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Ini i kongsikan article daripada blogger lain mengenai bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuan.


: click tuk large kan pic nie yer
: nur umairah (6 month)


: muhammad uwais (6 month)



 

March 15, 2013

The Lullaby Song For My Baby


Assalamualaikum w.b.t

Semlm i bagi tip untuk stopkan habit anak yang kuat berputing palsu..so now i have the new treatment for my baby kalo anak bujang so tired dari bershopping or susah nak tidur kalo ada bunyi2 yang bising or beget kat dalam or luar umah..nak tak nak kalo baby kita mula meragam time mereka tengah nyenyak tdo sekali tue terus bunyi bising tung tang tung tang ibunyer masakkan or kemas rumah...ape yang i trainingkan anak-anak i kalo tido mesti i akan alunkan ayat-ayat al-quran especially waktu tidur malam but sometimes we need a new environment or change anything as we can do for our baby..i properly memang pastikan anak-anak i tidur sebelum pkul 9.00 pm untuk anak dara but untuk anak bujang plak i akan pastikan muhammad uwais tidur sebelum atau pada pukul 7.00 pm..

Memang rutin anak bujang akan tidur around 7.00 pm..but kadang kala tidur nyer kalo petang sentiasa juga akan ternganggu terutama suara nyaring akak dier la..memang tak lei nak control suara and pitching anak dara yang nyaring dan kuat nie..so what i do is playing a Lullaby song for him..but it's better kalo ada rolling toys kat katil dierkan..then time tue mata akan mula nak lelap..waktu i preggiekan muhammad uwais, memang i rajin search skit kat google or blog mengenai Lullaby Song..since sekarang nie kan zaman canggih manggihkan so u'olls lei search kat internet jenis2 music Lullaby song yang ibu-ibu di luar sana berkenan..kalo kat handphone i make sure easy download Lullaby Song kat Play Store..memang banyak..Antaranya:

A famous Lullaby Song is:

  • Music Box Lullaby
  • Hushaby
  • Somewhere
  • Sleep Soundly
  • Good Night. sleep well
: it's so cute rite..muahkkss


: Lullaby DVD

: add dlm play store application anset

Ada juga Lullaby Song Lyrics yang rajin dimainkan antaranya:

Ia terpulang kepada keberkesanan music atau mainan tidur si kecil..kalo tanya anak dara i lagu Lullaby song nie tak sedap kat telinga dier..kalo kita mainkan music upin & ipin, Dora The Explorer, ABC Song, Spelling Song, Spongebob Song, Kereta Kecil Warna Merah Song, Stacy Song, Siti Nurhaliza Song and Gangnam Style (PSY) memang dier minat..tapi tiap kami balik dari ambil mereka mesti anak dara suwuh i or husband nyanyikan untuk adik dier lagu Kereta Kecil Warna Merah..penat gak nak nyanyi tiap2 harikan so apa kami buat ialah record your voice singing this song..hehehe..jimat tenaga dan suara anda..hihiihi..




Ibu-ibu di luar cne lei search nie link ok:

http://www.babycentre.co.uk/lullaby-lyrics#ixzz2Md0hsbiv

March 5, 2013

Bila Anak Bujang Mula Bersuara



Assalamualaikum w.b.t


Ingat anak dara je ker banyak mulut..anak bujang nie pun nak manyak mulut tau..yang tak larat yer lagi hebat dari akak nye..bolei lawan ke kak..hihii..
 
Bila tengok video nie hati rasa terubat dikala diruntun duka dan sedih..


: kencur hati ibu


:video anak bujang yang sedang walkie talkie

March 4, 2013

Tip Mengajar Anak Stop Berputing Palsu


Assalamualaikum w.b.t
 
Wahhh!! mood nak menaip blog semakin menjadi-jadi nie..hehehe..xder kejer baru sedap hati nak tulis blogkan..actually dah lama nak share dengan ibu-ibu, mama-mama or umi-umi di luar sana macam mana nak ajar anak yang kuat berputing palsu macam anak dara i nie..biasa la kan jd ibu mula-mula nie semua nak senang jer kan..nangis je sumbat..nangis je sumbat!!..hihihi
 
Tapi bila dah anak dh meningkat dewasa dan nurse kat klinik gomen pun dh pesan masuk jer anak dara i umur 2 taun wajiblah ibu nye tidak mengajar anak berputing dah..sebab2 nye takut gigi anak tak cantik bila tumbuh dan ia juga bolei membantutkan pertumbuhan gigi anak..erm..niela dier cabaran paling susah i nak settlekan coz blum cuba lagikan..macam-macam petua kawan dan sister in law i bagi tip untuk ajar Nur Umairah stop dari berputing..antaranya potong puting tuela..taruk asam jawa la..campakkan kat luar bagi die tengok sendiri puting dier dah jatuh..tapi bagi i, i lagi suka jujur dengan anak i..it's depend kepada ibu-ibu di luar sana bagaimana cara nak bagi anak stop dari berputing....
 
Ye la ingat senang ke..dah la anak dara nie kalo blei nak 24 jam puting tue melekat kat mulut dier..kalo cabut jer dier akan cari atau meraung..so sesi cabaran i memang target masuk jer birthday Nur Umairah 15 Januari 2013 tue trus i sorok kat dalam laici..sebab nye kalo i letak kat bekas sterile mesti die dapat cari dan amik..anak dara nie cerdik sikit..so kalo dier tanya mesti i cakap kat dier "ibu dah simpan..akak xboleh berputing lagi coz nanti ulat gigi masuk dalam mulut akak..akak nak ke gigi akak jongang"..i still akan jawab benda yang sama kalo anak dara nie mintak puting dier..
 
: time nie umairah dah 1 taun 5 bulan
(puting from Philip Avent)
 
kalo malam tue asyik mengecap2 mulut dier coz dah biasa ada puting kat mulut..kecian memang la kecian xp tuelah yg terbaik tue anak dara i kan..alhamdulilah meragam dier tue hanya bertahan selama 2 hari sahaja..xp kadang2 tue ada juga anak dara nie test market kat i.."Bu (ibu), kak nk ting(puting)!.. i balas "ish..xde ting la akak".. anak dara duk sengih2..alhamdulilah dah 2 bulan anak dara dah tak minta2 lagi puting dier..rasa cam berbaloi usaha i..tapi nye anak bujang ada gak i bagi puting xp bila dier xbepa nak sihat..pattern muhammad uwais nie jenis yang tak kerap berputing..kadang2 je..xp lain anak lain ragam nye kan..tengok pada situasi..
 

Berikut adalah tips lain-lain yang i baca dlm blog untuk elakkan gigi anak jadi jongang sebab puting:
1. Jangan bagi anak hisap puting terlalu lama. Bila agak anak dah tidur, cabut puting dia. Lagipun, pemakaian puting kosong terlalu lama akan mengganggu pertumbuhan gigi anak.
2. Jangan bagi anak hisap puting yang jenis bulat. Puting jenis bulat tula buat pembentukkan gigi anak tak cantik. Bagi anak puting yang jenis leper. Puting avent jenis leper- tips dari kakak ipar.
 

: puting anak bujang i guna from Mothercare
(jenis leper dan condong skit..ikut saiz lelangit)



: puting nie pun from Mothercare (puting baru)


: pic anak dara waktu 5 bulan from MAM
(nie pun jenis leper)

: pic anak dara 8 bulan..puting from
Philip Avent (leper jugak)


p/s: tak lupa juga pesanan penting i ..puting palsu or botol susu wajiblah ditukar setiap 6 bulan ok..pas 6 bulan tak sesuai digunakan oleh bayi kita ok..

 

February 28, 2013

Trip To Cherating 2013


Assalamualaikum w.b.t
 
Rasa cam dah lama tak update blog..maklum bezy la sangat kan dengan melayan karenah anak-anak dan kerja yang tak kehabisan hingga akhir hayat nie..meh nak cerita pasal aktiviti yang kami buat bila cuti menjelang..so weekend airtue i ikut cik abang pergi ke cherating, pahang atas urusan kerja tapi ye tak de lah lebih kepada kerja nyer..mostly kepada riadah setempat bersama kuarga masing-masing cuma slot tuk taklimat cik abang i nie hanya setengah ari sahaja..selebihnyer kami enjoy dan mandi-mandian disana..tapi bukan pantai cuma kat swimming pool ajer..tema untuk dinner cik abang dah pesan awal2 kene berpakaian tema pantai so wajib kena pakai baju yang ada bunga-bunga yang memeriahkan suasana..so cbuk sakan lah ibu nye nak menghiaskan anak dara dengan cekak dan dress ala-ala pantai..
 
tapi yang pegi hanya cik abang dan si anak dara sahaj coz anak bujang tak sihat sbb nyer dah kene virus demam, selseme, batuk dan cirit birit..even ibunya pun rasa cam kurang enak kalo nak berenjoy tuekan..so hantar wakil sudah jadi..dapat hamper dan voucher hotel pun jadila..hihiihi..oleh kerna keprihatinan suami terhadap isteri nyer yang menjaga anak maka dibawa i makanan dinner yang begitu manyak..last2 banyak gak makanan yang membazir..nak cite gak pasai yang anak bujang kne virus2 yang datang menyerang nie, i bawa uwais pergi klinik di kemaman tak silap nama klinik tue klinik zainab..sampai beli susu soya isomil lagi bagi uwais punya pewut stabil..jadinya ari ahad tue kami decide balik awal-awal pagi sbb uwais memang dah lemah dan asyik cirit birit jer..makan pun kurang so hati keibuan nie asyik meruntun je kan..balik dari kuantan terus i bawa uwais pegi klinik lita alis nak dapat opinion lain sbbnye nak pegi klinik pakar annur tutup ari sabtu dan ahad..
 
doc kat sne mention yang uwais memang ada kne virus cirit birit nie dan demam uwais pun dah kebah cumanya selseme dan batuk nyer masih ada serta kahak sikit dekat paru2..ermmm..jadinye suami pun beli air ubat tuk nepkan hidung dier bagi senang bernafas dan mencairkan kahak die..mesin nep tu i pinjam kat kakak ipar..so terima kasih sgt2 kak ngah at least tak de la i dan suami asyik berulang alik pergi ke klinik.
 
 
; nie la kawasan ruang tamu tapi tv kat dalam bilik tido kami

: nie kawasan balkoni kami..so nak santai2 memang besh sangat
coz pantai dekat dengan bilik kami sahaja

: suasana yang amat nyaman..no stress2 ok

: ombak rindu kami...hehehe..kuat ombak nyer takut gak..
tba2 teringat tsunami..hehehehe


: actually toilet nie mmg besau xp anset tak bepa nak canggih
so payah nak snap lebar2 bagi semua dapat

; muka xbermake up sedunia coz anak tak sihat so ibunya pun malas
nak layan muka nie..btui tak ibu2..

: muka anak yang penat lepas berjalan2
 kat tepi pantai..cian anak ibu

: anak dara yang tak sabar nak pegi swimming pool

: disebabkan suit mandi anak dara yang muslimah xbeli lagi jdnye ayahnye
pakaikan suar tight pjg coz sexy bebenar anak daranye..hihihihi

; hooreeyy..enjoo00yy~~!!

: buah hati pengerang jantung i