March 19, 2013

Tips Mendidik Anak Perempuan VS Anak Lelaki


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Ramai yang comment dalam blog i tanya lagi apa tip yang i ajar anak2 i. Untuk pengetahuan smua i nie bukanlah pakar sgt dalam berkaitan dengan anak2..hihihihi. I hanyalah berkongsi rahsia dan tip-tip dari blogger-blogger lain yang berkait rapat dengan penjagaan dan rahsia2 penjagaan dan pendidikan anak-anak dalam kehidupan seharian. Dan ia mungkin boleh digunapakai..mungkin segelintir ibu-ibu boleh mengambil tip-tip ini dan berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah bagaimana dalam megasuh anak-anak dengan lebih efektif dan berkesan tanpa si ibu dan anak dalam keadaan stress atau berlaku perkara yang tidak diingini.

Ok lah..arinie sekadar berkongsi pegalaman i dan blogger diluar sana bagaimana nak mengajar or mengasuh anak2 mereka dengan lebih intelek dan praktikal..bukan sekadar kajian di luar dan di dalam negara malah di dalam al-quran pun ada sebut perbezaan kejadian lelaki dan perempuan dah..sesetengah fakta yang diberikan oleh pakar kanak-kanak kadang kala ada kebenaran nyer..

Dulu kelahirkan nur umairah, i rasa sifat dan sikap nyer sama saje seperti kanak- kanak perempuan di luar sane..Antaranya mudah merajuk, suka solek, suka berdandan, suka merengek, ingin kan perhatian, takut pada sesetengah binatang contoh katak dan kucing dan lain-lain lagi..Bila dah ada muhammad uwais nie lak since waktu lahir lagi dah tunjukkan kelainannya..tak berapa suka dan fokus pada rupa manusia lebih kepada barang, suka pada bunyi, lasak, aktif yang luar biasa..hehehehe dan paling klaka suka sangat menyakat akaknye..sampai akak nye takut dengan adik nye..takut kne tarik rambut..hihihihi..

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, mungkin kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak2 laki dan perempuan akan merasai perbezaan anak laki dan perempuan mereka. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, i dapat melihat perbezaan kedua-duanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian atau target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. I memang tahu akan fakta ini tetapi i tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana i memulakan mengajar nur umairah lebih awal dari muhammad uwais. Apapun itu jika i membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. 

Waktu nur umairah dan muhammad uwais lahir dlu pun dah nampak bezanya..Lain anak lain ragamnyer tetapi bila dikongsi dengan pendapat dan pandangan ibu-ibu yang diluar sana majoriti kefahaman dalam perbezaan sikap dan sifat anak perempuan dan lelaki adalah sama.

    Nur Umairah (sebulan hingga 6 bulan)
     
  • pandai bercakap atau bersuara since 2 bulan lebih (bahasa bayi)
  • memahami keadaan disekeliling bila berusia 5 bulan
  • Lambat meniarap dan mengesot (since 5 bulan baru pandai)
  • Lambat blaja duduk (since 9 bulan baru pandai)
  • Mudah menangis kalo barang jatuh
  • kurang berminat makan bubur byk lebihkan susu
  • Mudah merajuk (puas nak memujuknye)
  • Peramah dengan orang sekeliling
  • suka tengok orang
  • suka meniru gaya orang/menyanyi
  •  
     
        Muhammad Uwais (sebulan hingga 6 bulan)
 
  • Kurang bercakap atau bersuara (since 5 bulan bru kerap ckit bunyi nyer)
  • apa yang orang buat dia tak peduli..hehehe
  • cepat meniarap dan mengesot since 3 bulan
  • hampir berjaya blaja duduk (6 bulan 4 hari)
  • kurang nak menangis kecuali minta susu dan lapar
  • kuat makan bubur (kne 4 kali sehari)
  • suka sengih dan ketawa ( waktu preggie kan uwais selalu gelak)
  • telik muka orang dlu bru ok..hehehehe
  • aktif
  • suka pada sesuatu benda
  •  
Itu belum dicampur dengan faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Ini i kongsikan article daripada blogger lain mengenai bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuan.


: click tuk large kan pic nie yer
: nur umairah (6 month)


: muhammad uwais (6 month)



 

No comments: