Showing posts with label Azam. Show all posts
Showing posts with label Azam. Show all posts

October 25, 2017

Harga Diri Wanita

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
 
Jangan cuba menjentik hati
Rebah diri tiada yg tau
Gugup kelu lidah tak terperi
Inikan pula jantung mula terhenti
 
Harga diri wanita
Mahal tak pernah ternilai
Karena ia emas dalam bumi
Yang selalu menyinarkan cahaya silau.

Dia adalah mahluk
Paling di hargai di bumi
Hatinya terbuat dari kapas yang alus dan lembut.

Tetapi hanya tetap berharga,
Ketika ia menjaga mahkota
mahkota yang di miliki.
Dari pandangan lelaki lain
dengan memakai gembok yang bagus dan buang 'kuncinya'.

Tetap harus di hargai,
Ketika seorang wanita
Hatinya lembut dan halus
Tidak keluar kata kata kotor
Menjaga mulutnya seperti air
Bersih mengalir terus di sungai...

Dan saatnya nanti
Seorang dewi penghias kehidupan
Itu meninggal dunia?
Harganya akan tetap tinggi di mata Ilahi...!
 
 
 
 
 
 
 
#hatiini
#hargadiri
#copypaste
#jiwamurni

June 8, 2016

Sentiasa Bersemangat Setiap Masa



Assalamualaikum w.b.t




Wah hebat gak kalo i setiap hari masuk opis, balik umah dan uruskan kehidupan harian dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Tetiap hari memang tak akan rasa stress dan muka pun takde la cepat tua. Tapi manakan mungkin kehidupan kita ini tidak diuji dengan ujian dan dugaan yang mencabar. Supaya apa? supaya hidup kita ini belajar untuk mengenali Allah s.w.t dan menikmati rasa bersyukur kepadaNYA. Cinta dan rindu kita hanya pada Allah s.w.t.











Setiap kali kalo datang opis ke atau balik umah mesti akan ada hari yang membuatkan kita stress dan macam nak lari daripada keadaan yang menegatifkan hidup kita. Bila situasi negatif ini timbul maka kita memang memerlukan hari atau masa untuk berfikir dan menenangkan jiwa dan hati yang terluka ini untuk sembuh. Tapi bagaimana? Kadang kala kita tahu tindakan atau penyelesaian yang bagaimana untuk kita selesaikan tetapi tindakan dan perbuatan yang kita buat sering kali tersasar daripada objektif hidup.










Bila i ada masalah, kadang-kadang sampai tak boleh nak pikir secara logik dan bertenang. Rasa kagum bila ada orang yang kalo kena marah atau kena maki tapi boleh hadam dengan benda2 yang menyakitkan hati sambil expression muka tue macam biasa hajo. Memang kental betul hati tue..mehehehe. Nie adalah beberapa tip dan panduan yang i nak kongsi dan mungkin berkesan kepada anda. Tak cuba mana nak tau kan.

1. Bergaul dengan orang yang ada aura semangat. Maksud i semangat yang positif jangan plak dok dengan owang yang asyik thinking negative haje.

2. Sebelum melakukan atau berfikiran negatif, cuba cari perkara atau tindakan seseorang dari segi positif. 

3. Mendengar lagu, cerita dan bacaan yang membuat kita bersemangat. Hindari daripada kita mendengar lagu yang mendayu, sedih, tayangan-tayangan yang negatif, gosip-gosip yang tidak membina aura positif dalam diri kita.

4. Ubah gaya rambut, pakai pakaian yang cerah dan mempercepatkan langkah dalam setiap aturan kita. Ia juga dapat mempengaruhi diri dan semangat kita. Contoh, macam i kalo solek dan pakai baju cantik memang membangkitkan aura semangat yang positif dan konfiden.

5. Elakkan daripada kowang melihat video media sosial yang banyak penggunaan bahasa kesat dan yang dilarang dalam islam. Contoh menonton video lucah dan sebagainya menjadikan diri kita "sakit" dan lemah minda.

6. Memperbanyakkan membaca al-quran adalah the best terapi jiwa dan hati disamping kita yakin bahawa Allah s.w.t sentiasa berada disisi kita. Insyaallah.





June 6, 2016

Salam Ramadhan Salam Kemaafan




Assalamualaikum w.b.t






Alhamdulilah dihari pertama kita berpuasa dan menyambut di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan rendah hati , i dan sekeluarga ingin memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan atau tersalah kata dan kekhilafan antara kita. Maafkanlah kami sesungguhnya kami adalah insan yang lemah dimana jatuh bangun kami dalam mengharungi kehidupan ini sentiasa diuji olehNya. 





Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingati dan berusaha dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Walaupun disaat kekhilafan, sikap dan perbuatan i dan sekeluarga sekiranya ada yang menguris hati, kami mohon kemaafan daripada anda semua. Yer betul manusia tak lari daripada kesilapan dan kami belajar daripada kesilapan yang lama supaya pisang tidak berbuah 2x. Ingatkan kami sekiranya kami alpa dengan nikmat dunia ini. Doa kalian yang baik-baik kami pinta. Semoga Allah s.w.t dapat membalas jasa budi baik dan doa anda untuk kami. Amin yarabaalamin.





 

April 22, 2016

Anak Perempuan Kecilku



Assalamualaikum w.b.t






Tatkala cuaca panas melanda
Ibu melihat jauh masa depan mu
Anak2 kecil perempuanku
Dengar pesanan ibu
Nyawa ibu bukan hanya untukmu

Ingat, kita diciptakan untuk mengabdikan kepadaNya
Sedaya upaya ibu cuba mengatur terbaik tukmu
Ketika mu gembira, rasa dunia ini ibu yg pny
Tapi bila sayang bersedih, seolah-olah ibu kalah dalam pertarungan hidup ini













Dengar anak2 kecil perempuanku
Rapi rambutmu
Rapi bajumu
Duduk yang manis, nak
Bicara dengan teratur
Laksanakan kata2mu dengan akal & hatimu,
sayang, bukan ibu mau mengatur hidupmu
Apa lagi pikiran mu. Itu punya mu & hak kamu
Tapi ingat…
sesetengah orang
Kadang tidak pernah adil pada kita
Mereka suka memerhati,
Suka cakap2 dibelakang
Suka bikin asssumsi
Dari persepsi satu dimensi
Hanya Kerana kita punyai pendirian
















Anak kecil perempuanku
Dengar pesan ibu
Makan yang sihat
Jaga tubuhmu
Jaga tidurmu
Hidup makin mahal, sayang
Aturlah kata-katamu dengan baik-baik

Moga tiada sesiapa yang terasa dan berkecil ati
Mandirikan dirimu sayang…
Biar otakmu cerdas sayangku
Banyaklah baca Al-quran dan buku yang bermanfaat padamu
Jangan malu bertanya
Tanya jika ada persoalan dlm pikiranmu
cintai semua benda dan perkara yang baik
Buka mindamu dan lihat dunia nie
Walaupun mereka memperkecilkan mu
Lantangkan akalmu
Tegaskan pendirianmu
Tunjukkan kebodohan dan hipokrit org2
Yang memandang kau remeh
Hanya kerana kita perempuan











 





Dengarlah anak2 perempuan kecilku
Kelak sayang akan jadi gadis
Dengarkan pesan ibu
Sayang dilahirkan punya akal sendiri
Jangan pernah tunduk pada kebodohan
Jangan pernah tunduk pada org2 mengatur kepercayaan mu
Bersabarlah sayang dalam mengharungi ujian Allah s.w.t
Jangan pernah malu jika pemikiran kamu berbeza
Cepat-cepatlah sayang bertaubat sekiranya tersalah atur/langkah

Segeralah balik ke pangkal jalan
Sesungguhnya taubat untukmu sentiasa terbuka olehNya
Tanggungjawab setiap aksimu, sayang
Berani jalan ke depan kerana kau layak memimpin
Jangan pernah segan mengatakan dgn lantang
Kamu adalah perempuan!
Ingat pesan ibu
Tidak ada keistimewaan antara lelaki dan perempuan
Krna kita diciptakan sama rata olehNYA.







: nur umairah (cahaya permaisuriku) & nur uqayla (cahaya yang bijak)

March 1, 2016

Tip Motivasi: Menghilangkan Rasa Kebimbangan



Assalamualaikum w.b.t




Hati nie dah lama terdetik nak kongsi tip motivasi yang i rasa semua orang penah alami masalah dan perasaan bimbang. Kadang-kadang perasaan kebimbangan itu sampai menghantui hidup kita. Tak dinafikan kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada membuat kesalahan atau kesilapan ataupun kenangan masa lampau yang pahit tuk diingati. Manakan manusia dalam muka bumi nie yang sempurna dalam kehidupan seharian mereka. Berbagai ujian serta disulami dengan dugaan yang datang bertubi-tubi. Tak kira la apa jenis bentuk masalah yang kita hadapi. Tapi bagaimana cara terbaik untuk kita menandatangani dan memperbaiki diri di masa akan datang.






Biarkanlah hari esok menentukan takdirnya. Apa yang perlu sekarang perlu kita lakukan ialah bagaimana kita untuk menjadikan hari ini adalah hari yang terbaik untuk diri kita. Pada pandangan i, ramai orang yang tidak melakukan produktif dalam mengisi hari ini dengan baik. Hanya lah masa yang ada diisi dengan keresahan, kebimbangan dan keraguan terhadap masa hadapan kita. I akui kadang-kadang terasa nak putus asa. Bila nak melakukan sesuatu perkara mesti rasa bimbang takut-takut salah langkah. Perkara yang paling ditakuti ialah "pisang berbuah 2x".










I mengakui yang pernah melalui saat-saat yang dikatakan mahu berputus asa, hilang semangat dan murung. Tetapi atas dorongan suami, kuarga, dan orang terdekat membuatkan masalah dan perasaan bimbang beransur-ansur hilang dengan menyibukkan diri menghadiri setiap aktiviti riadah. Sebagai umat islam, i jadikan al-quran sebagai petunjuk dan meluahkan segala isi hati dan masalah kepada yang Maha Esa. DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Terdetik dalam hati, sebenarnya Allah s.w.t masih menyayangi i dan mahu kita ingat dan kembali kepada jalan yang benar. Bermunasabahkan diri dalam setiap kehidupan yang kita lalui. Yer, manusia nie penuh dengan kelalaian dan kecuaian!






Tapi mengapa kita nie hendak mengenangkan masa lampau atau masa depan yang sudah pasti tidak berulang dan akan tahu apa yang akan terjadi. Kita boleh rasa bimbang atau resah tetapi jangan lah sampai kita lupa untuk melakukan sesuatu tindakan dan sikap yang baik pada diri kita untuk harini. Yakinlah apa yang kita sedihkan, bimbang atau resah akan berlalu dan apa yang akan dibimbangkan itu pun belum terjadi. Kenapa harus kita membebankan diri kita daripada merasai kenikmatan hidup yang Allah s.w.t berikan dan anugerahkan.





  
Penuhi harinie dengan tindakan kita yg terbaik, agar sok kita dapat mengenang harinie adalah hari yang kita banggakan. Capaikan sasaran tertinggi, hidup sekali, bermakna dan insyaallah mudah-mudahan hidup kita penuh dengan kenikmatan yang Allah s.w.t berikan dan limpahkan kepada kita. Insyaallah..amin yarabaalamin.





January 16, 2015

Welcome To The 3 Series Club


Assalamualaikum w.b.t


Wah..wah...pejam celik pejam tak celik2 dah masuk umur awal 30-an dah..sowi lambat sikit nak story pasal zaman 20-an i dah berlalu...ermmm ramai gak member2 yang wish selamat masuk kelab ke 3 series nie...wekekeke...nampak tak dah masuk alam berusia..rasa cam cepat sangat masa berlalu..Menci taw kak jah and kak mah...silap2 owang panggil i makcik tiqah...udahhh...





Putaran hidup nie cepat sangat jer masa berlalu..kalo ada mesin canggih yang lei putar lik zaman i anak dara kan besh...cam imam muda...takpenah nak tua2 wei...tak penah terdetik pun nak ingat angka 30an tue...kuhkuhkuh...fuhhh rasa cam nak pengsan jer rasa..mane tak bila ditenung dan dipikir ape benda azam i dah capai tahun 2014 nie...planning mula2 awal2 tahun punya la gempak tapi pelaksanaan hasrat tue macam tak kesampaian hajo..ada aje halangan..tapi carry forward ajer atiqah oiii...ko bukannye pun nak usaha keras nak amik berat dan mudah ajer (berat badan hako amik kesah)..takpe la..takder rezeki...yang penting jangan mudah putus asa...dorongan dan sokongan dari pihak yang bertanggungjawab sentiasa mengiringiku...insyaallah








Tapi yang pasti rezeki dari Allah s.w.t pada anak2 alhamdulilah kalo diikutkan dah 3 orang anak i kendung dari umur 25 tahun kahwin hingga la dah cecah umur 30-an nie..adatla kalo orang kata usia tak dapat nak diundur dan rupa tue tak lari dari berkedut..tapi ape salah nyer kalo kita usaha untuk tidak menampakkan diri nie berusia...usahakan jua la diri nie menggunakan bermacam2 produk...minda dan ingatan nie pun dah tahap parah nazubillah dah...arinie ingat, tapi sok lusa belum tentu hingat...baru la ko nak terhengeh2 cari ayat2 atau surah2 yang dapat menguatkan ingatan.








Kalo i belek gambar mula2 umur 25 tahun memang ketara sungguh2...member i yang dulu2 tue takde lar melampau nampak sangat berubah muka tue...yang i ni tak sampai 5 tahun dah kereput sana sini...nak tak nak macam i yang kaum hawa dah beranak pinak..kihkihkih...tapi dimana ada usaha disitu ada kejayaan..





p/s: time nie jerawat i tak gigih lagi tumbuh kat muka i..skang nie makin lama makin banyak la tuai hasil kat muka nie...now try nak cuba produk lain..kalo hokey i gtaw..kalo tak tue paham2 jer la mungkin kulit i tak sesuai dengan produk yang i nak cuba nie...wasalam

January 2, 2013

HeLL000~~ 2013


Assalamualaikum w.b.t

Hah!..tamat la sudah calendar tahun 2012..tahun 2012 telah pun melabuhkan tirainya..selamat datang dan HeLLo~~!! kepada tahun 2013..masih banyak lagi azam tahun 2012 yang masih belum lagi tercapai..Insyaallah dengan keredhaanNYA, pasti kita akan kecapi cumanya lambat ataupun cepat sahaja..usaha tetap usaha, doa sentiasa kami panjatkan dan teruskan..walaubagaimanapun kami tetap beryukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t..Ya ia masih perlukan lagi usaha, doa dan tawakal kepadaNYA.. ^_^
 
 
..pe yang kita inginkan bukannya datang dengan mudah dan bergolek..hidup nie penuh pengiraan..slow2 dahulu kan orang kate jgn terlalu gopoh sangat dan tamak..Alhamdulilah rezeki tahun 2012 yang indah adalah memiliki seorang lagi cahaya mata yang comei dan sihat..dan Allah s.w.t juga telah memakbulkan doa i untuk mendapat cahaya mata lelaki..sepasang sudah..tapi itu tak bermakna i mahu berenti dari melahirkan khalifah Allah..hehehe~~
 
Azam tahun depan nak mengandung dan melahirkan kembar lak..bolei..hehehe..insyaallah..amin
 
Insyaallah i tetap berdoa supaya i diberikan kekuatan, kesihatan dan umur yang panjang serta ketabahan dan kesabaran dalam menempuhi hari yang akan mendatang..Kisah suka dan duka akan kekal menjadi ingatan dan tauladan...Selamat Datang 2013 beserta azam yang lama yang perlu dibawa kehadapan dan azam yang baru..wah semakin banyak azam ku tahun nie..insyaallah moga2 ditunaikan olehNYA hendakNYA..Amin..semoga semuanya selamat..Doakan kebahagian dan kesihatan kami anak beranak ok..
 
 
 
p/s: LOVE U Mohd Muzli..semoga kita tabah menghadapi segala cabaran..


December 31, 2012

Chap!! Chap!! Yang Terindah 2012

 
Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulilah arinie adalah hari dan tarikh bagi penghujung tahun 2012..sok dh start tahun baru, cite bru, hadiah bru, umah bru dan kehidupan bru..so dr skang nk kne plan macam2 tuk tahun 2013..take it a new calendar dan kalerkan mengikut event dgn kaler2 yg menarik..yg lbh penting tandakan tarikh gaji masuk..hihihi.
 

..so dpt bajet tuk ari2 yg akn mendatang..then azam baru pn kne ada..yg pasti nak wat yg lbh baik dn terbaik dr hari2 yg sebelumnya..ayat memang nk kne skim-A..hehehe..
 
 
Meanwhile, awal bulan januari 2013 pn dh cdg nk buat bacaan doa selamat serta menyambut hari kelahiran Nur Umairah pada 15.1.2013 ( umur 2 tahun sudah) dan anniversary kami pada 22.1.2013..nie pun nak kena plan buat tarikh yang masyuk ckit..insyaallah tarikh bahagia nie akan sy kabar2kan bila majlis nie akn dibuat..papa n mama kne bg kredit kat anknya nak buat dekat umah mereka...hohoho..
 
 
 
Perancangan nie nak buat kecil2an aje..nak bajet on kos nye..dan xlupa juga tarikh 22.1.2013 pun Muhammad Uwais dah masuk 5 bulan (sbb lahir 22.8.2012) so kne kira ikut bulan..xixixi...memang bulan januari nie banyak moment la..hopely tahun baru nie i lbh tabah dan sabar dlm mengharungi hari2 yg akan tiba...LOVe U 0allss!!¡¡¿¿