Assalamualaikum w.b.t
Dah lama nak try buat "hi-tea" uqayla yang lain sikit
Sebelum nie bagi puree biasa jer
So cuba benda yang lain sikit
Takut anak dara dah bosan
Since uqayla dah masuk 8 bulan
Jadi i nak campurkan puree plus dengan yogurt
Seperti biasa pastikan 4 day rules food chart
Alhamdulilah takat nie uqayla xde ape2 alahan
Meh selit sikit khasiat kandungan yogurt untuk bayi anda:
- Membantu menyimbangkan saluran pencernaan bayi anda dengan mudahnya sistem perhadaman mereka
- Olahan nutrisi yang berasaskan sumber susu yang kaya dengan protein, kalsium dan berbagai vitamin yang penting bagus untuk kekebalan tubuh si kecil
- Mengandungi probiotik yang bagus untuk ketahanan sistem imun badan untuk bayi anda
Sementara tue nak bagi tips penting pemilihan yogurt mengikut kesesuaian bayi anda:
- Pilih yogurt yang full fat (natural plain yogurt) untuk tumbesaran tubuh badan bayi anda (kandungan lemak)
- Jangan beli yogurt yang berperisa atau berwarna kerana bayi yang umur bwh dr setahun tidak sesuai untuk diberi makan dan kurang khasiatnya
- Sebarang minuman yang jenis berasaskan yogurt seperti vitagen, yakult dan snowgurt tidak sesuai diberi kepada bayi kerana tinggi kandungan gula, isu pewarna dan perasa yang memudaratkan didalamnya
Kali nie i bagi uqayla buah honey pear campur
dgn natural plain yogurt
Honey pear tue i kukus dulu dalam 15 minit
Then baru i blend dengan yogurt sampai hancur
Owh ye jgn lupa campurkan sekali dengan EVOO
Untuk tambahkan berat badan anak
Selamat mencuba semua ibu-ibu
: air beli buah honey pear nie kat alamanda..tempat bahan2 organic.. buah pun kne beli organic tau tak tercemar dari bahan2 yang beracun |
: pastikan beli yogurt natural..i beli brand farm fresh..terbaikk |
No comments:
Post a Comment