Assalamualaikum w.b.t
Amboi ramai bebenar yang tak sabar dan menyempat nak tengok gambar raya kitakan..chewahh~~~ perasan santan la ko tiqa!!..hehehe...hah...mood nak menulis cerita raya pertama dah ada kerajinan nak menaip nie..ok first raya untuk tahun nie adalah di rumah keluarga tercinta..macam biasa menu juadah raya sama cam tahun-tahun lepas seperti nasi impit, rendang daging, rendang ayam, kuah kacang dan lontong {sowi gambar juadah tak sempat nak candid dah habis ditelan oleh kami adik-beradik..hehehe}.
Then seperti biasa waktu raya pertama mama dan papa i decide nak balik kampung di Kuala Pilah, N9..tapi..tapi nak diceritakan kat sini sebelum kami bertolak pulang ke kampung mesti la ada slot bermaaf-maafan dengan keluarga tercinta..banyak wooo dosa dengan mama and papa i {isk..isk..sedih bila dikenangkan perangai i yang dulu macam auzubillah}..
Macam biasa juga angpau wajib diberikan kepada mama, papa dan adik-beradik {yang tak kerja lagi jer yer..harap maklum} serta anak buah tersayang..so far anak buah belah keluarga i baru sowang tapi tahun depan dah dapat dua {tak sabar ok nak menyambut kelahiran anak buah baru}...kecian anak buah kena menghadap karenah anak dara i yang kuat merengek tu..erm...sabar la ye Muhammad Adam Darwisy {awish lei jadi abang terbaik untuk adik2nye nanti..salute abang lar}..raya tema kali ini i pilih hijau muda dan kuning muda ok...semua nak ada ayat MUDA!!...wajib okkkeeey..
ok tunggu part kedua plak nyer..sebab dah time out..ada benda lain yang nak dikejar..layan gambar-gambar di sekitar kejadian dirumah keluarga i..YeehhHHEEE~~!!!
p/s: sekiranya nak lihat lebih jelas sila click gambar yang anda berkenaan..terima kasih :)
No comments:
Post a Comment