December 8, 2016

Cuti-cutiku di Melaka

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
Percutian i bersama kuarga untuk bercuti-cutian di melaka sebenarnya tak dirancang pun. Cuma sebelum ini umairah dengan uwais dok sibuk tanya "ibu bila nak bawak akak/abang pergi mandi kolam dan duduk kat hotel". I nie bukan tak nak pergi, tapi disebabkan kekangan kerja jadi niat nak pergi tue asyik tak kesampaian jer nak bawak anak-anak mandi kolam. 
 
 
 
 Hari kedua kami berjalan-jalan di A Famosa sambil tangkap gambar. Di samping itu juga tak lupa bawa anak-anak naik Menara Taming Sari. Punya la berpeluh beratur panjang. Abang uwais mula-mula takut nak naik menara tue. Katanya takut jatuh. Tapi once dah naik terus jerit-jerit suka, siap menepek muka kat dinding cermin menara tue.
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Kebetulan cuti awal muharram, maka i dan en suami decide la nak bawak anak-anak pergi berjalan-jalan di melaka. Pilih destinasi yang dekat dan banyak tempat menarik. Jadi kami bertolak pada hari sabtu selepas majlis pertunangan adik ipar di Johor. So kami check in di Ramada Plaza Hotel, Melaka selama 3 hari 2 malam. Macam biasa kalo cuti panjang jer mesti jalan jem.
 
 
 
 
 
 









       Last day tue kami decide berjalan-jalan dekat Jonker Walk, Melaka. Sambil jalan-jalan tue kami singgah di Masjid lama iaitu Masjid Kling, Melaka. Memang antik sungguh masjid nie. Terpegun tengok ukiran dan reka bentuk masjid tue. Macam-macam benda dibeli dan dibeleknya dekat Jonker Walk. Ada rezeki nak bawak anak-anak jalan-jalan ke terengganu la pulak. Boleh tengok pantai dan makan kopok lekong..mehehehe








   


Owh lupa nak cerita waktu pagi tue kami breakfast kat satu tempat ini. Nama warung makan nie ialah Warung Hajah Robiah. Memang sedap. Lepas satu-satu i dengan husband order. Macam-macam ada. Pagi-pagi lagi ada jual sate. Jadi i memang recommend kat uall's kalo pergi bercuti di melaka, jangan lupa singgah warung ini untuk breakfast. Tapi tak silap i hari ahad diaorang tutup. So pastikan kowang pelan betul-betul untuk pergi sarapan pagi kat sana.














Okey gambar kat bawah ini time kami berhenti minum petang dekat warung kampung Alai, Melaka. Warung ini lokasinya terletak berhampiran tepi jalan. Tempat ini famous dengan cendol, ABC dan pisang goreng diaorang. Tengok anak-anak makan sampai bertambah-tambah. Mehehehe.











Masing-masing dah penat berjalan terus tumbang atas katil. Anak-anak macam biasa terus nak tengok katun. Kalo dok hotel mahal nie semua chanel pakai internet. Kowang tekan la movie yang kowang nak. Insyaallah ada lah.




p/s: bila dah kat umah, tak abis-abis umairah dan uwais sebut "ibu, bila nak pegi duduk hotel lagi"..pening kepale ibu.



.
 

October 10, 2016

Sambut Hari Lahir Di Klana Beach Resort, PD



Assalamualaikum w.b.t


Hye..lama bebenar tak update blog. Busy sesangat. Dok lar member cakap "ko dah tak tulis blog ker..meh lar story kat ako sat"....huish memang ko kawan ako la shidah...now ako curi la masa sekejap tulis warkah blog yang tak seberapa ini tuk tatapan semua.

















Pada 8 September 2016, genap la usia i yang dah menjangkau usia yang tua. So kepala hotak ini asyik cakap tak payah la nak celebrate birthday sampai kat luar. Asal cik abang beli kek dan potong sama-sama dengan anak-anak. Tapi apakan daya rancangan dan niat nak celebrate birthday i dengan anak-anak pada tarikh kejadian tak dapat.

















Kebetulan i dapat baucar free dari Klana Beach Resort Port Dickson, maka cik abang cakap "jom la kita gunakan baucar tue dah alang-alang nak dekat expired"..erm tapi hati i berat sebab umairah dan uwais takde sebab kena chicken pox. Jadi hati nak sambut birthday i kat luar dah takde mood. Tapi atas desakan pegawai atasan i yang dok desak suruh i gunakan juga baucar tue sambil pergi bercuti dan sambut birthday i dekat sana.







: owang paling happy bila dapat pergi berjalan-jalan
















Akhirnya i pergi juga la. At least boleh release tension dan rehat-rehatkan diri daripada kesibukan kerjakan. I pesan kat cik abang dengan satu syarat i nak potong kek or watever dengan anak-anak. I nak dengan semua anak-anak i duduk dan nyanyikan lagu selamat hari lahir untuk i..mehehehe. Erm, cik abang turutkan jer..sebab die pun sunyi takde umairah dengan uwais.
























Tak sah kalo tak singgah pantai teluk kemang. Tengok tue! uqayla excited tgk pantai pastu menangis bila air kena kat kaki dier.



















Tengah sibuk tengok pantai tetiba perasan ada mamat ini buat romantik kat i...kihkihkih





 
 


















Hari ketiga di Port Dickson














Father and daughter


 





: it's u uqayla











 Wokey sebelum pulang jangan lupa singgah makan cendol bakar dengan pisang goreng cheese kat Port Dickson hokey!!


















Sambut birthday bersama anak-anak di Secret Recepi Di Hotel Muar Trades, Johor. Sebab nak jugak sambut birthday dengan semua anak-anak. Tercapai gak hajat ibu. Sayang anak-anak ibu.