February 19, 2016

Our January - Birthday Gegirl


Assalamualaikum w.b.t




Ohw yerr.. bulan januari nie memang hari sambutan lahir untuk anak-anak dara i. Mana tak nya tarikh lahir uqayla pada 8 januari 2016 manakala umairah pulak 15 januari 2016. Kedua-dua tarikh tue jatuh pada hari jumaat, termasuk la tarikh anniversary i pada 22 januari 2016 pada hari jumaat jugak.


Senang cerita, kami semua celebrate hari yang paling bersejarah dalam hidup kami. Disebabkan anak-anak i kecik2 lagi maka kami sebagai ibu bapa la kena buat celebrate untuk anak-anak kami..hehehehe. Tunggu anak-anak dah besar ckit baru boleh buat celebration untuk kami.



So tempat yang i suggest untuk kami menyambutnya adalah di Mid Valley Megamall. Jejalan beli hadiah sambil makan-makan dengan anak-anak. Lepas solat zohor, kami singgah makan kat foodcourt. Kat situ ada tempat makanan favourite anak-anak. 

















Kemudian kami singgah dekat kedai kasut Sketcher. Memang niat dah lama nak hadiahkan umairah dengan uqayla kasut "raya" awal. Sekali sekala berbelanja yang mahal tuk anak apa salahnya kan...hihihihi. dah dapat kasut masing2, terus uqayla nak pakai kasut baru die sebab bila pijak tapak kasut tue terus ada lampu. Siap pusing satu kedai dia pakai kasut tue. Konon nak menunjuk yang dia sowang jer ada kasut berlampu..kihkihkih..Semua orang senyum2 tengok gelagat uqayla yang persis "artis korea"..mehuehuehue.
















Last destination, kami sambut birthday anak-anak dengan makan kek di Coffee Bean. Sajer tukar angin makan kek kat sana. Selalu sangat makan kek kat Secret Recipe dengan Wonder Milk. Sesekali cuba tempat lain pula. Sedap dan menarik jugak tengok kek-kek kat situ. Lain daripada yang lain. Masing-masing order 1 slide kek sebagai dessert untuk pencuci mulut. Kalo tak order kek coklat memang tak sah. Makan dekat Coffee Bean nie just yang light2 sajer. 












Fokus betul adik bila makan kek butterscoth. Memang kek nie dapat thumb print untuk i. Sedap sesangat macam nak bawak balik satu biji kek nie. Since semua orang dah kenyang, baru ada mood anak-anak nak tangkap gambar.






















Itu jer sambutan hari lahir yang kami buat..masih lagi konsep mudah dan menggembirakan terutamanya anak-anak sebab dapat kasut baru...uhuuuhu...wassalam









January 14, 2016

Special Birthday Celebration Nur Uqayla For 2 Years


Assalamualaikum w.b.t





Ulang tahun kelahiran nur uqayla, i wat memang simple saje. Takde macam tahun sebelumnya. Lagi pun birthday adik, husband kate lebihkan banyak bawak anak-anak pergi makan. Husband cakap asyik beli mainan jer. I turutkan jer kata-kata boss as long ada celebration untuk adik. Rasa cam cepat jer masa berlalu. Belek jap tengok video adik masa baby hingga la adik umur 2 tahun. Rindu i waktu dulu-dulu masa lahirkan adik. Cepat betul adik membesar.




Ok cerita pasal bawak anak-anak pergi makan, ari sabtu yang lepas i cadang nak bawak pergi celebrate jauh tp tak jadi. Tiba-tiba i terpikir nak order pizza dominos since malas nak masak ngah ari tue. I order secara online jer la. Menu pizza dominos yang i order just 3 sahaja yang crunches. Banyak-banyak order takut tak abis makan. Sebab pizza kalo dah sejuk dah tak sedap nak telan.



: nie jer yang mampu hidangkan tuk birthday gegurl ibu...sowi







Seronok la diaorang makan. Sampai licin. Suka tengok anak-anak makan, berbaloi la beli mahal-mahal, anak-anak makan abis. Adik makan pun sampai jilat jari. Hamboi kalo makan nasi tue payah bebenar nak nampak jilat jari. Hihihihi.











: excited masing-masing dapat makan pizza



Then semalam i bawak anak-anak jejalan kat Alamanda sebab kebetulan adik laki i nak beli cincin tunang. Bila berjalan tue memang perut lapa la kan, nak tak nak cuaca sekarang panas. Alang-alang cari air terus pegi makan kat Old Town White Coffee. I kempunan nak minum air coffee hazelnut (bukannye request dari birthday girl..hehehe). Lagi pun anak-anak suka mee kat citu.












Pastu kami decide beli beberapa slide kek secret recipe untuk celebrate birthday adik kat umah dengan 2 batang lilin. Memang simple sesangat. Hadiah kemudian ibu beli yer sayang. Ibu tengah survey kasut dr. Martens or sneakers sport tuk adik..huhuhu.










Ingat tak costume kat bawah nie. Dulu birthday akak umairah waktu umur 1 tahun kami pakaikan pakaian ala-ala fairy tale. So now en husband i tiba-tiba bukak stor keluarkan costume nie then terus pakaikan kat adik uqayla. Windu i waktu zaman celebrate birthday akak umairah. Sekarang akak umairah pun dah 5 tahun. Cepat btui akak membesar. Next entry kita cerita lak sambutan hari lahir akak umairah. Esok birthday akak..and my plan is...jeng jeng jeng....tgguuuuuuuu!!!!











January 11, 2016

Alhamdulilah Adik Dah 2 Tahun


Assalamualaikum w.b.t





Wahhhh...perakhiran tahun 2015 yang amat mencabar tapi alhamdulilah di saat-saat cabaran datang melanda, i gagahi juga dengan berkat doa dan sokongan daripada kuarga tercinta serta dimakbulkan segala impian oleh Allah s.w.t.


Macam biasa azam yang lepas kena lah carry forward. So azam tahun baru ini nak jadi terbaik dari tahun yang sebelumnya daripada semua segi. Untuk kali ini i benar-benar ingin berubah menjadi seorang yang positif dan menyingkirkan segala negatif dalam diri ini.




Salah satu azam yang telah tercapai jugak adalah i dapat menghindari daripada i pregnant sepanjang tempoh 2 tahun....hihihihi. Alhamdulilah tanggal 8 Januari 2016 adalah genap tarikh kelahiran anak ibu iaitu Nur Uqayla masuk 2 tahun. 



Mengenai plan celebrate majlis sambutan hari lahir adik uqayla tak la besar cam kami sambut hari lahir beliau tahun lepas. Kali ini plan sambut birthday uqayla simple ajer. Kek sepotong jadi la kan ye anak ibu. Ekonomi sekarang gawat nie nak kena berjimat...huhuuhu. 



Insyaallah next entry i akan cerita sambutan hari lahir nur uqayla ye. Sekarang nie nak kena pikir kat tempat mane kami nak celebrate. Wassalam

November 26, 2015

Kuih Peneram

Assalamualaikum w.b.t







Korang kenal tak kuih peneram atau sinonim nama "kuih telinga keling". Salah satu favourite food anak bujang dan anak bongsu i. Memang setiap kali pergi pasar mesti kena singgah beli kuih nie. Rasa kuih nie memang sedap. Kadang-kadang tersangkut jugak i nak rasa kuih peneram nie. 





: ibu tgkp gambo pun adik tak pasan





Kat pasar memang jual banyak kuih peneram. Tapi tempat yang selalu i kunjung yang lelaki dengan anak beranak die jual. Tak tau la sebab dah biasa deal beli dengan dia. Kalo tak beli kuih nie mesti anak2 tanya "ibu tak pergi pasar ke". Time tue memang i tahu la mesti anak2 suwuh pesan beli kuih peneram.






: tengok muka tue bersungguh2 mkn





Bila tengok resepi buat kuih peneram nie senang dan mudah jer. Tapi nak buat kuih nie nak kena ada mood baru kuih peneram jadi. Erm dah 2 minggu tak beli kuih peneram. Kalo beli, mesti berebut2 anak2..hihihihi...wassalam





: siap terngangga mulut adik mkn