July 19, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Ke 2 Bersama Keluarga Mentua



Assalamualaikum w.b.t





Raya kedua masih lagi beraya di rumah keluarga mentua. So raya kedua baru kami pergi beraya di kampung keluarga suami iaitu di Muar, Johor. Tue pun dah pukul 1 lebih baru boleh keluar beraya sebab pagi tue ada jiran-jiran keluarga suami yang datang. Sampai ke malam jugak la kami beraya. Rasa cam tak puas jer beraya..kihkihkih.














Tengok gelagat adik, berusaha untuk memboloskan diri daripada halangan husband. Bangun tido terus nak kuar. Nasib baik la akak wawa ada tolong temankan uqayla main kat luar.














Bila masing-masing dah keluar tue, baru i teringat nak tangkap gambar bersama-sama dengan anak-anak. Owh yer kalo kowang perasan setiap kali raya mesti gambar raya i berlatar belakangkan kebun pokok getah. Hahahaha...ok nie memang tempat port i rasa paling ohsem kalo nak tangkap gambar. Balik-balik ladang sawah jer kan. Tapi kuarga i pelik sikit bergambar di kebun pokok getah. Dah jadi tradisi dari zaman i memula kahwin dengan muzli, dapat umairah sampai la dapat uqayla.

















Jangan lupa sesi bergambar bersama-sama keluarga tercinta. Masa bergambar ini memang banyak cabaran sikit sebab nak kena arrange anak-anak yang memang takde bepa mood nak bergambar. Terutama anak bujang i. Ya Allah memang jenuh nak pujuk die bergambar. Dah banyak cara suwuh die pandang kamera tak gak pandang. Last-last gambar ini yang dapat ditangkap. Kononnya ala-ala candid la..kihkihkih.











: ok aksi nie jer yang die nak sangat buat is menoreh getah








Ok gambar candid bersama-sama kuarga mentua cuma yang takde abang dan akak ipar i. Sebab mereka dah pulang balik ke Perak.









: uqayla dengan uwais dah wat hal masing-masing






p/s: sambungan - membuat persiapan raya di kampung i di Kuala Pilah, Negeri Sembilan


























July 15, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Pertama Bersama Keluarga Mentua



Assalamualaikum w.b.t


Bila tiba masa hari raya mesti sibuk nak buat persiapan raya. Raya tahun nie kami beraya di kampung Segamat, Johor belah keluarga encik suami. Macam biasa hidangan yang wajib mesti ada (ketupat, lemang, lontong, nasi impit dan rendang daging) tapi yang special ye untuk tahun nie ada nasi jagung pak mentua masak. Kalo kowang nak tau sebelum balik raya, i pernah cakap dengan encik suami "dah lama abah tak buat nasi jagungkan syg" "teringin plak nak makan nasi jagung abah"..tup tup tengok abah masak nasi jagung hari raya pertama tue. Puas hati dapat makan sambil-sambil curi-curi tanya dan amik resepi daripada abah. Pasni boleh la cuba masak kat rumah.







Macam biasa hari raya pertama, kami jadi tuan rumah untuk sanak saudara belah keluarga mentua kunjung. So aktiviti raya pertama ini hanya ada sesi salam-salaman dan bermaafan dengan semua. Tak lupa juga sesi bergambar bersama-sama dengan keluarga mentua. Paling susah part nak tangkap gambar ialah dengan anak-beranak i. Masing-masing dah mula buat perangai moody diaorang. Kowang layan je la tengok karenah anak-anak i bergambar..mehehehe.





















Sesi bergambar bersama mak-mak daro dan anak-anak daro
















Sesi bergambar dengan apak-apak daro iaitu pendekar mustar 

















Bila sesi bersalam-salaman dan memberi angpau raya. Tengok uqayla kalo suwuh salam dengan orang taknak, nak gak umpan die dengan angpau raya baru lah datang. Kalo nasib baik dapat la ciuman gedik daripada uqayla..kihkihkih














p/s: next continues dengan Raya Kedua Bersama Keluarga Mentua pula ye..wassalam

June 30, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 13, 14, 18, 22 dan 23



Assalamualaikum w.b.t



Nak siap-siap koba kat kowang semua kalo uall's tengok tajuk post ini kenapa hari ke 15, 16, 17, 19, 20 dan 21 berpuasa tue takde post gambar. Salah satu penyebabnya adalah en husband i yang masak dan makan kat luar di mana kebetulan waktu tue i tak sihat dan hari malas sedunia nak masak. Dan ada yang i masak tapi tak sempat nak tangkap gambar]. Jadi seperti biasa mana yang sompek jo la yer i post.







Menu: Ayam Masak Paprik dan Mee Goreng 











Menu: Nasi Goreng Bibimbap dan Ayam Goreng











Menu: Ikan Senangin Masak Gulai Kuning













Menu: Kerang Rebus




June 27, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 8, 9, 10, 11 dan 12


Assalamualaikum w.b.t


Uish dah hari ke 22 ramadhan kita berpuasa. Rasa macam sekejap jer. First time rasa puasa macam sekejap je. Kalo dulu minggu pertama puasa pun dah tak sabar-sabar nak hari raya. Camne uall's punya target sembahyang terawih?.. Hari kesepuluh bulan ramadhan ini adalah malam lailatul qadar. Seronok sangat. Okey disebabkan mak jemah tak ada masa dan mood nak tulis satu-satu post berkaitan juadah berbuka puasa, maka sila la melihat menu juadah yang sempat i snap. Kadang-kadang tak sempat nak snap al maklum masak pun dah kul 6.15 petang so nak kena rushing masak. 


Belum lagi masuk dengan "customer" yang tak diundang membuat pesanan makanan yang berjeler-jeler nak tak nak akak umairah dan abang uwais. Belum sempat bukak tudung dah tanya makanan dah masak ke lum. Stress mak jemah hokey. Kalah chef kat luar. I masak main campak-campak dan ikut hati sesendiri hajo. I masak tak la pro sangat. Tapi janji sodap kan..mehehe.






Menu: Gulai Ketam dan Sayur Kacang 
Panjang Goreng (hari ke 8)



  











Menu: Ikan Cencaru Sambal dan 
Sayur Bayam Goreng(hari ke 9)











 Menu: Kari Ikan Pelaling (hari ke 10)

: sayur ulam-ulaman ajer tak sempat nak snap





Menu: Udang Masak Rendang Basah dan 
Sayur Paku Pakis (hari ke 11)












Menu: Ayam Goreng Sambal dan Sayur Ulam-ulaman (hari ke 12)






   
p/s: ok dah sambung sok..mata dah kuyu..kihkihkih

June 21, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 7 Ramadhan






Assalamualaikum w.b.t



Bersahur dan berbuka bersama parents i. So menu berbuka yang i masak ada 4 iaitu ikan siakap sweet sour, ayam kampung masak gulai kuning, ikan bilis petai hijau dan kuih sopang. Memang favourite i dengan adik beradik. Dah lama tak buat kuih sopang. Padahal senang nak mampuih tapi mood malas tue dah menyerang maka lambat la seru nak buat kuih tue datang. Gambar yang sempat ditangkap oleh akak i hanyalah ayam kampung masak gulai kuning, ikan bilis petai hijau dan kuih sopang sahajo. Ikan siakap sweet sour dah terkubur sebab masing-masing dah tak kuasa nak amik gmbr makanan. Terus serbu sajo makanan yang hado dopan mato. Kihkihkihkih. Layann!!!





: sambal hijau ikan bilis petai

: ayam kampung masak gulai kuning

: kuih sopang