May 31, 2016

Yuk! Kami Di Cameron Highland





Assalamualaikum w.b.t







Actually perancangan sebenar nak pergi holiday ke Terengganu tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan maka kami hanya sempat bercuti di Cameron Highland. Ini pun last minit punya plan. Tempat i menginap nie di apartment en.hamid di Desa Anthurium, Brinchang [nanti i tulis blog khusus tuk tempat penginapan i di Cameron Highland]. Sampai aje atas apartment nie dah terasa sejuk tapi tak de la sesejuk sangat macam kt oversea. Tapi badan nie rasa nyaman dengan angin sejuk dekat sana. Siap melompat-lompat anak-anak.
























Lepas dah check in, kami sekuarga pergi ke ladang teh, Bharat. Selfie dekat ladang teh sambil santai-santai minum teh dan kek. Sonok tengok pemandangan hijau dengan tiupan angin yang sempoi-sempoi bahasa [Eh betui ke ayat i ini..hehehe]. Ladang teh, Bharat ini ada 2 tempat so kami pegi tempat yang ada cafe dengan kedai souvenir.























Gambar kami satu keluarga ini disnap oleh tcher india yang bawak rombongan skola. So minta tolong dengan tcher ini tangkapkan gambar siap cakap kat anak i suruh buat peace. Ikhlas tcher ini nak tangkap gambar kami. Thanks tcher, sowi tak sempat nak tanya nama tcher sebab anak murid die dah tahap luar kawalan [anak murid tcher ini excited tengok ladang teh sama macam anak-anak i..kihkihkih]





















Anak-anak muka dah penat sebab first time pergi Cameron Highland [uwais dan uqayla tapi 2nd time untuk umairah]. Jadi i belanja anak-anak makan kek dan minum teh tarik/teh o. Tengok muka uwais sampai nak terlelap mata dapat makan kek chocolate indulge dia. Alahai cian uqayla, mood penat dengan lapar.

























Hari kedua, masing-masing dah bangun awal walaupun umairah baru kena demam [sebelum ini uqayla dekat umah dah demam, batuk dan selsema but dah heal cuma tinggal batuk-batuk jer]. Akak kena demam sebab kes cuaca malam tue memang sesejuk sesangat. Siap pkai baju 3 lapis dan berstokin pun still rasa sejuk jugak. Aktiviti untuk hari kedua nie kami ke Pasar Kea Farm dengan matlamat untuk mencari sayur-sayuran yang segar bugar. Kalo pegi pasar juga jangan lupa beli jagung dan ubi keledek madu. Memang sedap kalo kukus. Termasuk la shopping baju, fridge magnet dan topi untuk anak-anak. Belum lagi dengan pesanan penaja daripada adik beradik..mehehehe..sampai tak cukup tangan nak memegang. Jawabnya 2x kami pergi ke pasar Kea Farm nie.

























Dah abis bershopping kita di pasar kea farm, seterusnya kita ke destinasi yang dinanti-nantikan oleh anak-anak i iaitu ladang QE Strawbery. Dekat sini buah strawbery diaorang memang banyak dan besar-besar gak. Dan tempat nie memang i dengan family biasa pergi kalo menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Paling tak sabar nak self picking strawbery semestinya anak-anak i. Masing-masing dah dok berebut-berebut gunting nak potong strawbery. Sumpah! perkara yang paling i tak lei lupa bila semua buah strawbery merah diguntingnya oleh muhammad uwais. Ada la dalam 6 biji strawbery digunting dan semuanya buah kecil-kecil lagi. Bagi menyembunyikan "kegiatan haram" uwais daripada dilihat oleh encik bangla dekat situ, maka husband i la tukang menelan buah strawbery yang uwais potong..mehehehe




























Dah penat memetik strawbery, kami melawat pula Lavender Garden tak jauh dari ladang QE strawbery. Tempat ini direquest sendiri oleh i. Sebelum nak masuk LG ini kena bayar RM5.00 bagi kanak-kanak berumur 5-12 tahun ke atas manakala harga untuk dewasa iaitu RM8.00. Bila kowang masuk jer dah bau bunga lavender.



















: cuaca panas terik, sampai terkelip-kelip mata uwais















Bila badan dah letih, kami decide balik dulu ke apartment sebab anak-anak semua mata dah mengantuk dan tired. Selepas solat zohor dan mandikan anak2 kami, terus ke destinasi terakhir untuk hari ke 2 iaitu di Cactus Point. Apa lagi, memborong membeli pokok cactus lorr. Salah satu tempat wajib i kalo pergi ke Cameron Highland. Makcik-makcik yang mintak last-last minute suwuh den bolikan cactus, den nak mintak ampun dan maap sebobnya kotiko pogi kedai cactus point pun, kedai dah nak tutup. So i cepat cekau yang mana sempat jer. [Perhatian kedai-kedai di Cameron Highland ini akan tutup pada pukul 6.00 petang kecuali ramai orang maybe mereka akan lanjutkan masa sehingga jam 6.15 petang sahaja]. Nasib baik la amoi kedai tue bagi kelonggaran kat kuarga i. Siap cakap kat i "manyak anak akak kan". I kata "rezeki...mehehehe".






















Manakala hari ke 3 kami sekuarga menuju ke Big Strawbery Farm. Tujuan i pergi ke sana ialah melihat sayuran-sayur salad yang ditanam secara hidroponik serta menikmati kelazatan strawbery chocolate. Memang sedap wooo. Anak-anak pun khusyuk menikmati strawbery chocolate terutamanya abang uwais. Gembira die dapat makan, yang tak laratnya dok asyik sebut "ibu strawbery  karipap takde ke". Alahai anak, nie la die pendangan asyik suka tengok cite drama strawbery karipap kat astro ceria.



























Sonok menengok sayur salad yang fresh. Rasa nak cabut jer sayur salad dekat situ. Owh ye...sebelum kami pulang ke Putrajaya, moh kita bersesi gambar dulu.























Hasil tangkapan yang kami dapat daripada pulang membeli belah di Kea Farm, Cameron Highland. Actually banyak lagi barang yang beli termasuk jagung, jem strawbery tambah lagi beli 2 botol dan pakaian anak-anak. Tapi disebabkan kamera nie tak cukup storage maka makcik dapat tangkap gambar mana yang ada hajo. Siap balik apartment terus rebus ubi keledek madu dengan minum air tea jasmine. Memang sedap menikmati bila cuaca tengah sejuk malam-malam. Anak-anak pulak menikmati roti sapuan strawbery. Suka lattew!














May 16, 2016

Hari Sukan Tadika Cendiakawan Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t






Hari sukan akak umairah kali nie tak buat kat depan umah dah. Ini kali hari sukan anak buat dekat Sekolah Menengah Presnit 8(2) di padang balapan. Memang cuaca ketika tue panas terik sesangat. Sampai uwais mula-mula semangat bersorak untuk akak umairah, tiba-tiba dah merungut taknak duduk kat tempat seat tue. Katanya panas. Husband i yang tengok kita orang berpeluh semacam terus pegi tmpt parking kereta amikkan payung. Pakaikan topi dekat uwais dan uqayla pun xjalan. Habis lencun baju anak-anak.









 
: khemah penempatan murid-murid ikut rumah sukan











Sambil menunggu husband amikkan payung, jom kita snap dulu gambar akak umairah tengah berbaris sambil menyorak lagu rumah sukan merah. Owh yer akak umairah kena duduk dibarisan belakang sekali sebabnya datang lewat...sowi akak. Semua murid diminta untuk berbaris di padang nie adalah untuk aktiviti menari dan sorakan bagi setiap rumah sukan. Dah lattew cuaca panas terik, tapi nie la dikatakan aura semangat bersukan. So apa-apa kita tepuk tangan kepada mereka cikgu-cikgu yang hati kental mengawal keadaan di padang. Mana taknya dengan karenah anak murid yg menangis ada la..melalak pun ada.




















 Comei tengok muka uqayla time nie. Habis lencun kepala die dengan peluh. Tapi adik tetap cool kan buat peace sampai lubang hidung pun tertutup..mehehehe














 Masing-masing dah tak tahan dengan cuaca panas. Kalo tengok dalam gambar nie abang uwais nak angkat punggung dah nak pergi ke belakang. Katanya dekat situ lagi tak panas dan redup. Dah berkerut-kerut muka masing-masing.

















 Sewius jew tengok muka husband dengan uwais. Fokus bebenar tengok muka diaorang nie [ke sebab cuaca panas..huhuhu].



















 Sebelum turn akak umairah punya games murid 5 tahun, jom kita terjah khemah akak umairah. Emmm...puas i mencari akak duduk dekat mana, then tiba-tiba ada udak dok melambai-lambai tangan dekat i. Rupanya akak dan dikelilingi dengan jejaka-jejaka kacak..ouch!.. Macam-macam aksi masing-masing bila i suwuh mereka berposing. Kowang nie dah buleh buat iklan baju KIKO lar. Teringat zaman i bersukan dulu. Memang zaman skolah i jenis kuat bersukan tapi bila dah besar bertukar jadi orang yang paling malas nak bersukan plak. Bila lar mood nak aktif bersukan semula nak ada..Ehemmm!!























 Muka akak yang excited nak main permainan lompat dalam kain pelikat. Tak sabar-sabar akak nak main. Bila tengok murid beratur and ibu perasan yang akak paling tinggi dan excited tolobih. Semangat betui anak ibu. Sonok tengok. Aksi akak melompat jer pun ibu dah terasa macam nak melompat sekali. Baru namanya semangat kesukanan.






















Cikgu siap pesan dekat umairah untuk buat 2x pusingan. Disebabkan tak cukup murid nak main. Ibu memang bangga dengan akak. Sebab akak tak pernah merungut pun cakap penat walaupun cuaca ketika tue panas terik sampai melekit-lekit badan ibu dibuatnya..muhuhu.










: proud of u akak








Sesi mengambil hadiah pula. Bersemangat betui masing-masing bila dapat hadiah. Muka akak pun dah berbelang-belang. Maafkan ibu wahai anak ku sobab lupa nak sapukan sunblock kat muka akk. Cian akak. Sebelum tue jom sorak pasukan rumah merah a.k.a rumah merak.






" Merak Megah
Berdiri Gagah
Wira Merah
Pantang Menyerah "


























Alhamdulilah setakat yang i dapat snap gambar markah adalah selepas akak punya games habis, rumah merah mengungguli carta dengan markah sebanyak 140 mata. Lepas abis jer games, i dah taktahu sama ada rumah merah masih juara ataupun tidak. Sebab akak umairah dah lapar dan haus. Jadi kami pun terus pergi kantin sekolah. Di sana kami dijamukan dengan bihun sup daging dan air cendol.


















p/s: Anak buah i pun rumah sukan merah. Memang ada magik rumah merah tahun ini.




May 9, 2016

Hari Jadi SuamiKu



Assalamualaikum w.b.t




Mana mungkin untuk seorang isteri melupakan tarikh hari lahir insan tersayang yang bergelar suami. Sungguh pun suami sendiri tak hingat birthday die sendiri tapi i insyaallah akan ingat hari lahir suami tercinta. Sampai husband cakap "eh, arinie hari jadi saya yer?". Sampai terkelip-kelip mata mengingatkan tarikh lahirnya.

















Takpe la sayang, sekurang-kurangnya beruntung dapat isteri yang sentiasa mengingatkan tarikh lahir suami. Tapi yang pelik nyer tarikh lahir i dengan anak-anak takde plak die lupa..mehehehe. Sambutan hari lahir husband nie letih sikit nak pikir nak beli hadiah apa. Sebab ye, setiap kali i tanya kat dia nak hadiah apa? mesti jawapan dia "takpe yang, wak simpan je duit itu untuk perbelanjaan anak-anak, tak pun wak beli baju anak-anak. Goli hati den tengok golagat udak tocik nie!



















Sampai tahap macam tue sekali setiap kali i nak belikan hadiah birthday untuk husband. Nak kena jugak i explain bagitahu kat die "Yang, baju anak kan dah beli tahun lepas takkan nak beli lagi, kini giliran awak lar pulak saya belikan baju baru or benda baru yang awak suka". Tue pun i paksa-paksa buat2 tunjuk seluar, baju kemeja dan kasut. Last-last husband anggukkan jer kehendak isterinya bukannya kehendak suami..kihkihkih. 





So i celebrate birthday husband dengan anak-anak dekat 2 tempat. Tempat yang terlintas dekat fikiran i adalah AEON Mall, Shah Alam [belum pernah terjah lagi] dan KLcc. Makanan yang husband berkenan nak makan is pizza. Maka, i tunaikan segera impian husband tapi yang pasti bukan di pizza hut [motip taknak makan kat pizza hut edak ku tau..kena tanya cik abang sendiri]











Menu: Spagethi Carbonara dan Pizza Pinnichio





: sodap hokey









So apa yang i belikan hadiah untuk suami tercinta adalah baju kemeja kerja husband dan seluar panjang brand Dockers untuk dia. Nak bagi kek, husband taknak and prefer lagi makan di luar. Kata dia lagi kenyang makan nasi daripada makan kek. Apa-apa jer la cik abang janji wak happy saya pun happy. 






















Bila dah beli dan angkut barang suami dan anak-anak, mula la ibunya nak retis beli beg fossil. Kebetulan ada member kata ada purse fossil yang cantik maka i rembat cepat-cepat sebelum kehabisan stok. Itu jerlah cerita kami menyambut hari jadi suami yang tersayang. 


p/s:   Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku

Terima kasih abang kerana hadirmu membahagiakanku......

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!