March 14, 2016

Lipstick + Lipsbalm = Revlon Balm Stain (My Favourite)



Assalamualaikum w.b.t




Part ini memang tak boleh tak sharing. Sebab i guna Revlon Balm Stain nie dah setahun lebih dan sangat best serta puas hati. Produk lip balm daripada jenama Revlon nie memang terasa bibir moist sangat, warna pun cantik, senang digunakan, bibir nampak berkilat dan berangin sebab ia berkonsepkan balm. Dalam masa yang sama kita rasa bibir kita nie dilindungi daripada kering.











Revlon Balm Stain ini ada banyak jenis warna seperti Adore, Charm, Cherish, Crush, Honey, Lovesick, Rendezvous, Romantic, Smitten dan Sweetheart. Semua warna lip balm nie cantik-cantik. Sampai tak tahu dah nak pilih warna apa. Tapi selalu kita akan sesuaikan dengan warna kulit bibir kita. Setakat nie i beli Lovesick, Rendezvous dan Romantic. Hah! memang ternyata bibir tue nampak cam artis korea walaupn bibirku ini tobal..hehehe.




: jenis warna Revlon Balm Stain





Selalu kalo kita pakai lipstick mesti ada jer tak kena. Guna lipstick biasa pastu nak kilat nak kena pkai lips glow. Tapi bila menggunakan Revlon Balm Stain ini jadi mudah dan cepat. Cantik pun cantik. Sining jer rasa bibir tue bila pakaikan dengan Revlon Balm Stain.





: Revlon Balm Stain





Kebanyakan Revlon Balm Stain ini ada jual dekat Watson dan Guardian. So setiap kali kunjung kat Watson atau Guardian mesti singgah tengok Revlon Balm Stain. Harga untuk lip balm nie dalam RM35++ (dah tak hingat). Revlon Balm Stain ini jenis bentuk macam chubby crayon so senang nak tenyeh dengan bibir kita.


























Nie plak rupa bibir i selepas menggunakan Revlon Balm Stain. Memang terbaik. Pasni nak pilih warna apa pula yer..mehehehe...wassalam







Romantic







 
Rendezvous








 
Love Sick


 

March 1, 2016

Tip Motivasi: Menghilangkan Rasa Kebimbangan



Assalamualaikum w.b.t




Hati nie dah lama terdetik nak kongsi tip motivasi yang i rasa semua orang penah alami masalah dan perasaan bimbang. Kadang-kadang perasaan kebimbangan itu sampai menghantui hidup kita. Tak dinafikan kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada membuat kesalahan atau kesilapan ataupun kenangan masa lampau yang pahit tuk diingati. Manakan manusia dalam muka bumi nie yang sempurna dalam kehidupan seharian mereka. Berbagai ujian serta disulami dengan dugaan yang datang bertubi-tubi. Tak kira la apa jenis bentuk masalah yang kita hadapi. Tapi bagaimana cara terbaik untuk kita menandatangani dan memperbaiki diri di masa akan datang.






Biarkanlah hari esok menentukan takdirnya. Apa yang perlu sekarang perlu kita lakukan ialah bagaimana kita untuk menjadikan hari ini adalah hari yang terbaik untuk diri kita. Pada pandangan i, ramai orang yang tidak melakukan produktif dalam mengisi hari ini dengan baik. Hanya lah masa yang ada diisi dengan keresahan, kebimbangan dan keraguan terhadap masa hadapan kita. I akui kadang-kadang terasa nak putus asa. Bila nak melakukan sesuatu perkara mesti rasa bimbang takut-takut salah langkah. Perkara yang paling ditakuti ialah "pisang berbuah 2x".










I mengakui yang pernah melalui saat-saat yang dikatakan mahu berputus asa, hilang semangat dan murung. Tetapi atas dorongan suami, kuarga, dan orang terdekat membuatkan masalah dan perasaan bimbang beransur-ansur hilang dengan menyibukkan diri menghadiri setiap aktiviti riadah. Sebagai umat islam, i jadikan al-quran sebagai petunjuk dan meluahkan segala isi hati dan masalah kepada yang Maha Esa. DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Terdetik dalam hati, sebenarnya Allah s.w.t masih menyayangi i dan mahu kita ingat dan kembali kepada jalan yang benar. Bermunasabahkan diri dalam setiap kehidupan yang kita lalui. Yer, manusia nie penuh dengan kelalaian dan kecuaian!






Tapi mengapa kita nie hendak mengenangkan masa lampau atau masa depan yang sudah pasti tidak berulang dan akan tahu apa yang akan terjadi. Kita boleh rasa bimbang atau resah tetapi jangan lah sampai kita lupa untuk melakukan sesuatu tindakan dan sikap yang baik pada diri kita untuk harini. Yakinlah apa yang kita sedihkan, bimbang atau resah akan berlalu dan apa yang akan dibimbangkan itu pun belum terjadi. Kenapa harus kita membebankan diri kita daripada merasai kenikmatan hidup yang Allah s.w.t berikan dan anugerahkan.





  
Penuhi harinie dengan tindakan kita yg terbaik, agar sok kita dapat mengenang harinie adalah hari yang kita banggakan. Capaikan sasaran tertinggi, hidup sekali, bermakna dan insyaallah mudah-mudahan hidup kita penuh dengan kenikmatan yang Allah s.w.t berikan dan limpahkan kepada kita. Insyaallah..amin yarabaalamin.





February 23, 2016

Nak Let Go Baju Melayu Uwais - FREE




Assalamualaikum w.b.t







Nak habaq mai kat semua orang yang i nak let go baju melayu uwais style teluk belanga. Kain dan material semuanya baik dan tak panas. No caj except untuk penghantaran jauh daripada kawasan Putrajaya akan dikenakan caj penghantaran. Semua kain nie jenis home made punya. Sebab semua baju melayu uwais i tempah style teluk belanga supaya leher anak tak tercekik dengan style cekak musang. Lagipun uwais nie cepat berpeluh. 











Kalo orang tanya i nape jual? jawapan i sebab proses nak tambah anak lambat lagi. Lagi pun almari kat umah tue dah padat dan penuh sesangat. Suami pun dah pesan kat i untuk let go kan sahaja baju-baju melayu uwais. Baju melayu nie semuanya baru pakai sekali sebab uwais tak bepa gemar pakai baju melayu. Stress makcik. Hehehehehe.





Kaler Yellow Mustard; Size Umur 1 Tahun









Kaler Dark Orange; Size Umur 3 Tahun





Kaler Dark Green; Size Umur 3 Tahun



Kaler Pale Green; Size Umur 1 Tahun




p/s: if u'alls ada yang berminat lei drop comment dan no.tel korang atau korang ada suggestion tempat yang boleh didermakan pun boleh la comment dekat bawah nie ye..thanks semua..wassalam

Ada Perbezaan Ke Cara Didik Anak Sulung, Tengah Dan Bongsu?



Assalamualaikum w.b.t




Tengok tajuk pun mesti dah rasa pelik kan. Ada jugak ke cara beza mendidik anak-anak?..Bukan sama jer ke mendidik semua anak? Ada beza jugak ker?. Okey, i dulu pun mula-mula pakar motivasi bagitahu kat i cara mendidik anak sulung sehingga bongsu semua sama. Cuma kita as the parent kena la bahagikan perhatian yang sama rata. Sebab semua anak ada karakter masing-masing.












Contoh anak sulung i nie jenis yang independent berbanding anak yang tengah. Manakala yang bongsu pula berani dan kuat bersaing. Nak tahu karakter anak-anak sendiri pun kena sentiasa ada bersama-sama anak baru la tau perangai dan sifat anak-anak macam mana. Tapi konsep mendidikan tue masih lagi sama.











But kita sebagai ibu bapa kena lar buat analisis sikit dengan anak-anak. Cuba rajin bertanya apa masalah anak-anak kita, ada tak ketidakpuasan hati anak-anak pada adik beradik yang lain. Mungkin benda nie tak nampak impak pada kita tapi dalam jangka masa lama, anak-anak akan terkesan. Mereka akan anggap kita nie berat sebelah. Mereka nie sebenarnya lagi cerdik daripada kita. I tak nafikan mula-mula pregnantkan uwais (anak tengah), risau jugak macam mana nanti umairah, yer la walaupun umairah waktu tue baru berusia 1 tahun lebih tapi i boleh tengok reaksi muka die yang pelik. Persoalan dalam fikiran die "Sapa yang duduk dengan ibu?" atau "Napa ibu asyik peluk die jer?" atau "Ibu dah tak sayang akak ker?".







Yer, kadang-kadang kita akan cakap "tak pe lama-lama nanti budak akan paham", diaorang akan paham kalo kita (ibubapa) yang explain dan ajar anak-anak kita untuk menerima kehadiran "orang baru". Kita sebagai ibubapa kena rajin baca dan belajar dengan orang yang lebih berpengalaman. Banyakkan research untuk menambahkan ilmu keibubapaan. Bermacam-macam kaedah penyampaian dan tip-tip cara mendidik anak-anak ditunjukkan.





Sekarang i dah ada anak 3 orang, memang kadang-kadang berhati-hati dalam setiap tindak tanduk i. takut diri sendiri terlajak kasih sayang. I selalu pesan kat anak-anak i yang i takde pilih kasih pada diaorang or buat perbandingan antara mereka adik-beradik. Dulu yer sebab i tak sedar dalam setiap perbuatan i, tapi kini insyaallah i try my best untuk didik anak-anak i supaya mereka menyayangi antara satu sama lain. Suami i selalu pesan kalo nak marah anak jangan marah depan anak-anak yang lain takut anak yang kena marah rs malu dan seolah-olah dipinggirkan.







Sering terdengar ungkapan begini: si sulung biasanya bertanggung jawab, si tengah kurang perhatian, si bongsu terlalu dimanja. Lalu ada juga orang kata: sulung itu memimpin, tengah negosiator, bongsu periang dan pandai bergaul. Apakah benar demikian? Bezakah cara mendidik anak sulung, tengah, dan bongsu? Jawapan i: mendidik dan memberi perhatian kepada anak-anak kenalah sama rata dan saksama tidak ada perbandingan antara satu sama lain.