November 20, 2015

Holiday In Taiping, Perak - Part 2



Assalamualaikum w.b.t





Nie kisah sambungan cite i holiday bersama-sama kuarga di taiping. Hari ini nak story pasal i bawa anak2 pergi ke Zoo Taiping, Perak. Kita bagi tau dulu harga tiket zoo taiping. Harga untuk dewasa RM17 manakala kanak2 yang umur atas daripada 3 tahun dikenakan RM8.50. Kanak2 yang umr bawah daripada 3 tahun tidak dikenakan apa-apa caj pembayaran. So i hanya bayar tiket tuk 2 dewasa dan 1 kanak2 sebab uwais baru je umur 3 tahun. 
 
 
 
 








Kami sampai dalam pukul 10 lebih walaupun hotel yang kitaorang menginap tue tak sampai bepa minit je sebab teringin nak pergi breakfast kat luar. Bosan jugak makan makanan yang ada kat hotel. Sekali sekala bercuti teringin jugak nak breakfast kat luar. Tekak nie pun dah nama pun tekak melayu. Of course nak merasa masakan orang2 kampung yang masakkan. Nak cito la time kami melawat zoo taiping, datang la ada makcik dok cakap kat umairah darjah bepa...sampai anak i tak tau nak jawab pe. Ermmm anak i nie memang nampak cam dah darjah 1 tapi umur tue baru 4 tahun lebih.
 
 
 
 




: kawan sapa yang kat atas tue..kihkihkih

 
 
 
 
 
Sepanjang i bawa anak2 berjalan kat zoo taiping yang menarik yer ada binatang zebra, singa, zirafah, orang utan dan gajah. Tapi umairah mesti akan lari kalo nampak buaya. Menjerit sungguh die kalo nampak buaya. Uwais plak dengan uqayla terlebih x-cited nak usik binatang. Kitaorang nie yang takut dengan terlebih keberanian diaorang sampai husband i kena pegang kuat-kuat tangan anak2 takut terlepas. 




 
  
: nie binatang yang paling akak umairah takut






Fokus betui anak2 i nie kalo tengok binatang babun.







 










Sementara itu, kita tangkap dulu gambar dengan anak2 dara ini berposing.









 







Bukan main berposing udak tocik nie.














Paling susah nak candid gambar abang uwais. Nak kena umpan baru dapat tangkap gambar die.
















Meh tangkap gambar dengan anak2 dengan rusa. Port sini je ada tempat boleh kami landing sambil posing tangkap gambar.




















First time tengok singa mengaum. Dari jauh dah dengar.
 Seram sungguh. 
Ketak lutut nie...Auuuuummm~ ~ ~









 








Serigala nie nampak cam comel tapi sekali die bukak mulut dengan menampakkan gigi2 tajam die, langsung i tarik alik kata-kata i yang cakap serigala nie comei.
















Part nie paling i sonok nak tengok. Gajah yang sebesar2 tue buat i kagum. Tengok pagar kurungan binatang nie pun dah besar2 yang amat. Cam tengok dinasour dah. Wokeh memang i jakun sikit wlaupun dah second time tengok gajah. Anak2 la paling sonok tengok siap jerit2 bila lihat gajah mandi. Sampai i risau, takut gajah2 tue sembur kami dah jadi satu hal pulak...hihihiihi









 







Klaka tengok zirafah nie. Siap lei wat muka lg tue. Bila pengunjung nak tangkap gambar je mula la cam2 ragam binatang nie. Main sorok2 muka.














p/s: next vacation pergi tempat lain, tak bolei pegi zoo sebab anak2 dah bosan. agak2 kowang tempat mane yang menarik? cer cuba suggest kat i.

November 16, 2015

Holiday In Taiping, Perak - Part 1


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Mood bercuti masih ada lagi kalo dah lama sangat amik cuti. Apatah lagi anak2 kalo anta umah pengasuh mesti nak monyok protes taknak duduk umah pengasuh. Kes cuti lama sangat. Otak pun dah tepu. Nak cakap cuti lama sampai 2 minggu tue takde la. Sebab i dan kuarga amik cuti panjang nie kerana nak pergi bercuti. Yer la dah alang2 cuti Deepavali sekali amik cuti 2 ari. Start cuti ari jumaat (6.11.2015) dan ari senin (9.11.2015). Reason i amik ari jumaat sebabnya nak pergi pasar kemboja kat parit buntar yang hanya bukak pada ari sabtu. So takut taknak rushing sangat sampai kat cni dengan badan penat, kami decide tolak ke taiping ari jumaat.









Hotel kami menginap is Flemington Hotel. Semua tempat yang kami nak pergi memang dekat sesangat. Lake Garden dan Zoo Taiping memang tak sampai bepa minit je dari hotel yang kami menginap. Mula-mula booking memang asik penuh jer. Tue yang asyik tertunda jer nak pergi bercuti kat sana. Last-last minit aritue cuba la call kebetulan ada bilik kosong (maybe owang lain cancel booking). Kami bertolak ke sane memang awal2 pagi dalam kul 9 lebih sebab taknak menghadap jem dan i nie memang pattern suka tolak awal2 pagi. Senang.
 
 
 
 
 
 
: sonok betui masing2





Kami sampai ke hotel dalam pukul 3 lebih (actually dah sampai awal tapi disebabkan bolei check in hotel pukul 2 petang, jadi kami pergi jalan2 sekitar pekan taiping). Anak2 lar paling x-cited kalo pergi berjalan2. Umairah tak abis2 dok tanya bila nak pergi zoo. Dah tak sabar2. Jenuh nak menerangkan kat die. Owh ye, sebelum sampai ke hotel tue i sempat berselfie. Tup-tup umairah cakap, "kalo ibu asyik selfie jer nanti, datang antu selfie baru tau"...terdiam i. Terus takde mood nak selfie sebab dah kena warning dengan anak dara sulong. Lawak sangat, sampai husband pun dah tergelak2 terkekek kekek.




Lepas check in dan mandi, kami terus terjah kat warung mee udang mak jah. Husband kate kat cni glamour mee udang die. Tapi memang bagi tekak i, mee udang die cukup rasa sedapnye, tak pedas sangat dan kuah die pun manis-manis rendaman udang. I tambah lagi order sotong goreng tepung, ermmm no bad sedap dan sotong goreng tepung die bukn hny berlandaskan tepung saje. Memang i puas ati. Ketiau goreng die pun boleh tahan sedap jgk. Memang berbaloi la. Recommeded sangat!







: time nie adik dah mengantuk sangat smpai tak
 lei bukak mata..cian adik..penat



: mee udang mak jah




Fokus betui anak2 ibu makan. Dah lapau sangat ke sayang. 





: sotong goreng tepung..memang yummy!

: next time boleh datang lagi




Keesokkan harinya, kami pergi berjalan ke pasar kemboja parit buntar, perak. Memang jauh sikit la dari pekan taiping sebab dah dekat dengan pulau pinang. Motif nak sangat pergi pasar kemboja nie dah tentula nak borong baju kurung, blouse, tudung dan telekung yang hrganya memang murah2 sesangat. Harga yang diaorang jual memang lebih murah dari harga jualan puspanita yang selalu i beli. Contoh kalo skirt labuh style duyung kat sini jual RM25 tp kat sana hanya RM13 saje. tudung bawal yang crowded dgn manik kat atas tdung i beli 5 pasang baru RM15 (jtuh satu tudung RM3) berbanding yg jual kt pasar sini bagi satu tudung RM15 @ RM20. Nampak x? berbeza sangat hokey~ 






: gelagat anak2 daro..terlobih lobih posing





Orang perak memang famous dengan coffe vanila shake cup besar. Cuba la rasa. Nak tak nak time cuaca panas terik, sejuk jer tekak ie hirup air sejuk.





: muka uwais yang cam tak rela tangkap gambar
sbb bdn abg dah berpeluh satu badan dek berjln tongah panas torik


: banyak btui jual blouse..rambang mata


: for those yang nak berniaga..memang berbaloi


: time achih somiku sebab jg ank dan
memahami i yang cibuk bershopping



Alang -alang dah sampai ke parit buntar, kita jalan2 plak kat pulau pinang. Barang i borong macam biasa la asam jeruk, baju udak dan baju kerawang batik. Benda nie kalo pergi pinang tak sah kalo tak beli.

: cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t










Pemandangan dibawah jambatan pulau pinang. Dalam kereta pun jadi la dapat tangkap gambar. Hehehehe ~ ~ ~













p/s: ok la, kita sambung ke part 2 yer macam dah panjang sangat nak dicerita kat dalam nie. Kang kowang plak bosan nak baca nye. Hehehe..wassalam

November 13, 2015

Mekanik Terbaik Dalam Hidup Ibu

Assalamualaikum w.b.t



Muhammad Uwais Bin Mohd Muzli
Nama yang sering ibu ungkapkan sebelum ibu melahirkan kamu lagi
Setiap hari ibu bisikkan dalam hati
Mampukah ibu memiliki seorang anak yang dipanggil LELAKI
Terdiam seribu bahasa apabila dikabarkan ibu bakal menimang cahaya mata kedua
Ibu panjatkan kesyukuran dan alhamdulilah







Setiap saat dan detik ibu memperbanyakkan membaca ayat-ayat al-quran dah surah
Berharap supaya anak yang ibu kandungkan ini menjadi anak yang soleh dan menjadi imam serta memiliki akhlak yang baik
Alhamdulilah dan syukur sekali lagi bila ibu dipermudahkan melahirkan abang
Allah s.w.t mendengar dan memakbulkan doa ibu supaya anak yang dikandungkan ini mudah bersalin tanpa mengalami tumpah darah seperti anak ibu yang sulung.
Allah s.w.t Maha Mendengar dan lagi Mengasihani





Mudah-mudahan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t ini, ibu dapat mendidik dan menjaga dengan baik dan menjadi anak yang soleh serta sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu dan ayah di dunia dan akhirat...amiin