November 29, 2013

Part 1: Tip Mustajab Memudahkan Bersalin (Diamalkan Oleh Suami)



 
Assalamualaikum w.b.t
 
Hai, hati nie dah lama nak sharing tip-tip yang i amalkan semasa mengandung. Tapi kali nie i nak kongsi tip-tip atau amalan-amalan yang wajib diamalkan oleh lelaki yang bergelar suami dan memiliki isteri yang sedang dan sarat mengandung. Bukan isteri yang mengandung ajer yang kena amalkan surah-surah dan amalan-amalan tertentu untuk TERBAIK anak yang dikandung tapi ramai yang tak tahu atau mungkin terlepas pandang bahawa doa dan peranan suami adalah yang paling mustajab bagi isteri-isteri yang mengandung.
 
 
Kalo asyik isteri je yang tunggang tongik baca al-quran dan berdoa tapi sang suami asyik dok goyang kaki then tunggu je isteri beranak memang la sesuai guna ayat "TAK DAPEK DEN NAK MENOLONG"...hihihihi..ayat yang paling kejam kalo dapat suami yang cakap "ORANG YANG MENGANDUNG LA YANG KENA BACA SURAH-SURAH UNTUK ANAK YG DIKANDUNG"...kalo nak ayat yang paling sakit hati and nak rasa tikam bila suami cakap "KO YANG MENGANDUNG BUKAN AKO YANG MENGANDUNG"...wahwahwah..memang pasni tutup kilang la nyer..hehehe
 
Alhamdulilah suami i bukan suami yang macam tue..beliau adalah suami dan ayah yang terbaik untuk i dan anak-anak i. Honestly rasa payah kut nak dapat suami yang macam suami i...kihkihkih..jangan mare ye..dah nama suami sendiri kan..(senang-senang i puji, senang-senang i dapat pahala..btul tak!). Ok tip kali nie since pregnantkan anak nombor 2 iaitu waktu mengandungkan muhammad uwais suami i amalkan dan wajib ok si suami amalkan..tak ada istilah ayat "TAK ADA MASA", "PAYAH SANGAT", "PANJANG SANGAT SURAHNYA" atau "ALA, KALO BUAT LEI SENANG BERANAK KER"...
 
 
Semua nie adalah salah satu usaha dan ikhtiar yang kita sebagai hambanya dapat buat. Selebihnya kita beserah kepadaNYA. Allah s.w.t tue Maha Adil dan Saksama. Sesiapa yang usaha lebih dia la yang dapat lebihkan. Antara amalan yang suami i amalkan selain membaca surah Maryam, Yusuf, Luqman dan at-taubah, beliau juga selalu mengamalkan surah Al-Insyirah (ayat 1-8). Ayat nie perlulah dibaca sebanyak 7 kali dan ditiup ke perut isteri yang sedang mengandung. Sambil ditiup tue lei la usap dan berniat mudah-mudah si isteri dipermudahkan dan selamat bersalin serta dimohon jua kesihatan isteri dan bayi yang dikandung.
 
 
Bukan susah sangat pun. Surah nie pun acap kali baca time solatkan. Ingat yer, amaran keras i untuk suami-suami di luar sana jangan harap nak senang jer kalo tak ada usaha. Bukan mudah seorang isteri mempertaruhkan diri dan nyawa semata-mata bayi yang dikandungnya. Cuba telik dan lihat muka isteri yang mengandung tue. Tak ker kecian. Ish..ish..alamak terlebih emotional plak..hehehe..{nasib lar tak dapat husband yang pagai camtu..mintak simpang 44 la}
 
 
*click pic tuk tumbesaran uer*

Next entry ada lagi tip yang WAJIB diamalkan oleh si suami bagi isteri mereka-mereka yang mengandung...huhuhuhu..amalkan tau..tak rugi pun.. LOVE Yaaaa

November 19, 2013

3rd Pregnant: 34 Weeks



Assalamualaikum w.b.t


Now 34 minggu usia kandungan baby dalam pewut nie...ok, kat sini gak nak explain yang kandungan i kali nie bukanlah anak pertama or kedua tetapi ketiga..hehehe. taksub tak i nak mengkhabarkan nye. Hebat sesangat ke kan. Chewah-chewah.


Apa-apa pun semalam i pergi check up di KK Putrajaya Presint 9. Then cam biasa wajib ditemani oleh suami tercinta. Kalo encik suami kena outstation, haruslah date check up kena tukar ok!. Tak best kalo tak ada "bear" sebelah untuk tempat nak landing kepala nie sambil-sambil kunyah kerepek and minum air kotak dekat bahu encik suami..huikhuikhuik.


Dari pregnantkan anak pertama sampai la anak yang ketiga nak gak encik suami temankan..cam lah tak lei pergi sendirikan..memang gedik tau...hihihi..nasib baik la encik suami layankan jer. So waktu checkp up alhamdulilah HB ok, urine test ok, baby dah kedudukan Cephalic {that means, kepala baby dah ke bawah}. Next appointment (36 weeks) baru jumpa doc and jumpa baby dalam pewut {scan}.


Kepada sesiapa yang tanya i, pewut yang membuyut nie tak der rasa sakit apa-apa ker sekarang?..jawapannya: actually kaki yang dulu having cramp or urat simpul biawak nie alhamdulilah dah berkurang {since consume ESP shaklee sebulan} memang nampak kesan nyer. Minum susu kambing still i minum {ambil paket susu kambing Hi Goat} nampak perubahan pada badan ibu..kesan pada baby kena tunggu baby dalam pewut keluar dulu la..hihihi..time nie pun dah mula rajin makan kurma and air kelapa.



Tapi kekadang tue kaki ini rasa lenguh-lenguh sesangat..manernya tak "hebat" sakit kaki sebab mengejar anak bujang yang semakin lasak dan cerdik ok..tak kurang gak dengan anak dara yang sentiasa nak dilayan macam permaisuri..hihihi..tapi apa-apa pun puas hati anak-anak ada depan mata..sayang and cinta anak-anak ketat-ketat ok!!!


Tue la harta yang i boleh bawa sampai akhirat..mudah-mudahan anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...amin..ok lupa nak gitau..i nak sharing dengan uall's doa untuk memudahkan bersalin..boleh search kat PAKCIK GOOgle..taip bismillah enam..amalkan setiap kali solat..fadhilat bukan setakat mudah bersalin malah sebagai penawar penyakit. Manusia mampu berusaha dan bertawakal, selebihnya kita serah kepadaNya..


p/s: perasaan takut and gemuruh dah datang..hahahaha...gedik tau padahal dah anak ketiga..yer la lain anak lain caranyakan...kihkihkih..pe-pe doakan i dan baby sihat-sihat ok..

November 12, 2013

Khasiat Susu Kambing Bagi Wanita, Ibu Hamil dan Kanak-kanak



Assalamualaikum w.b.t
 
 
Dah lama nak sharing pasal minum susu kambing nie..hikhikhik...memang tak dinafikan khasiat minum susu kambing nie adalah salah satu sunnah pemakanan idola i iaitu Nabi Muhammad s.a.w..tapi biasa la manusia benda yang elok bukan nak ikut pun kan..kan..kan..{adui la..terkena diri sendiri}...mesti la uall's tertanya awat time preggie kali nie rajin bebenar baru nak minum susu kambing..hahaha..memang la dulu teramat la degil nak dengar nasihat mama and husband i..bila dah terkena batang hidung sendiri baru la terhengeh-hengeh bagi anak yang dah kena jaundis minum susu kambing..pastu tension dok bila orang-orang sekeliling kata "eh, tak elok bagi baby minum susu kambing manyak-manyak..nanti panas badan budak..sepatutnya maknye kena minum susu"...ermmm kalo dah "lagu" tue hang nak habak apa..baru la terkinja-kinja nak minum susu kambing bagainya..
 

: perisa baru - kurma + madu




: pastikan yang ori ye sayang

 
 
Kalo uall's tanya i boleh ke telah susu kambing nie..jawapannya depend pada individu tersebut..agak-agak kalo minum susu kambing segar rasa tekak loya, minum la susu kambing yang jenis packet {serbuk}..sekarang nie pun dah banyak keluaran susu kambing yang jenis packaging...yang paling famous Susu Kambing Hi Goat (No Sugar)...sekarang nie pun dah bermacam-macam campuran keluaran syarikat Hi Goat buat..baru-baru nie ternampak kotak keluaran Hi Goat tapi beserta campuran madu dan kurma..tak payah pening-pening kepala nak telan macam-macam..bagi people yang jenis suka minum susu kambing yang jenis fresh dari ladang pun ada..nak dapat murah kena terus direct ke ladang mereka..MEMANG Terbaik!!~~..harga pun lei dapat murah..kalo beli yang dah ada packaging jenis botol-botol dekat pasaraya mahal sikit la..paling mahal pun dalam RM5.90 sebotol..

 
 
 
 
 
Sapa-sapa yang tanya i, i pernah yang which one untuk 3rd pregnant nie..dua-dua i boleh minum dan amik..alhamdulilah...cuma sekarang nie i lagi banyak consume jenis paket serbuk iaitu Hi Goat sebab senang nak bawak mana-mana and mudah letak dalam handbag...mesti siap-siap bubuh wat stok dalam handbag...since yang jenis fresh nie i akan cairkan dan minum dekat rumah jer..stok susu kambing dalam freeze ada la dalam 5 botol...kadang-kadang tak berapa rajin nak membeli..so susu kambing Hi Goat kena beli yang siap banyak-banyak dalam storage dapur i..tapi kena make sure yang origional tau..korang boleh search kat internet untuk membezakan yang origional dan tiruan..
 
 
Kebaikan Susu Kambing
 
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Khasiat Susu Kambing

  • Kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta anti barah.
  • Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning, lelah, penyakit kulit, gastrik, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, memulih tenaga batin dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Rawatan:



  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir


Semua tahukan susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu..so tak rugi pun uall's minum kalo untuk kesihatan badan..tak kisah la untuk ibu hamil, yang tak hamil, golongan berusia, kanak-kanak or bayi (up to 6 month)..moga-moga pe yang diusahakan membuahkan hasil..tapi kalo yang dah minum and ckp ank still kena jaundis..terima dan berubat la..kita dah berusaha setakat mana kita mampu..semuanya terserah kepada yang maha esa..kalo yang jenis berdarah 0 risiko untuk anak mendapat jaundis memang lah tinggi..tapi seperti yang i kata tak salah untuk mengcuba..ok..semoga apa yang i kongsikan nie dapat dimanfaatkan sebaik mungkin {nasihat untuk diri sendiri jua} kihkihkih..

November 4, 2013

3rd Pregnant: 32 Weeks



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah arinie genap 32 weeks my 'US' dalam pewut nie...hopely sihat dan sempurna sifat dalam pewut ibu..today it's my check up..tapi check up i waktu petang so malas nak pergi cepat-cepat since KK Putrajaya pun dah consisten cara jadual dan cara mereka attend their patient/client...for ur information check up 3rd pregnancies i nie di check oleh nurse yang sama and yang mula-mula i open book..yang specialnye, i punya neighbour yang check up kan i so memang senang sesangat dengan die..tak perlu susah-susah..terbaik jer layanan..kihkihkih..actually waktu i pregnantkan uwais lagi die dah entertain i...cuma waktu tu bertukar ganti sekejap dengan nurse lain..


Bagi i better nurse yang sama yang check up kita sebabnya die dah tahu apa masalah kita dari minggu pertama buka buku hingga la bersalin..so 32 weeks nie, sakit-sakit pingang memang dah datang..memang tak selesa ok..jangan ditanya ada ubat tak untuk ibu preggie nie...ada!!!! but tunggu sampai bb comei dalam pewut nie keluar dulu..memang sakit pinggang automatik dah tak sakit..kalo pergi klinik pun doc akan just suggest bagi panadol and mc sahaja untuk meredakan kesakitan pinggang yang dialami..






 
By the way hari jumaat (1.11.2013) i mc, tak datang keje...reason nya..sakit kepala, sakit pinggang, sakit tekak dan selsema..and then anak-anak pula tak sihat so memang i tak larat nak datang keje..tapikan...kat sini i just nak sharing la kan..semenjak i consume ESP Shaklee {minum juga ketika badan tak sihat} alhamdulilah sakit i tue sekejap je..virus tue terus hilang..but nie semua kuasa Allah s.w.t..sesuatu penyakit datang dan pergi adalah mengikut kehendakNya..kita hanya mampu berusaha mencari pengubatnya dan berdoa semoga penyakit nie cepat-cepat sembuh..betul tak..yakin padaNya..
 
 



Sometimes kalo pekena air sejuk batu pun lei kena balik sakit tekak nie {heheheh..mane lei tahan tengok owang minum air sejuk ketulkan} kihkihkih..harap-harap semuanya selamat dan sihat-sihat hendakNya..

wasalam...luv yo!~

October 16, 2013

Manis Oh Manis!



Assalamualaikum w.b.t

 
 
 
Ye since pregnant lagi i dah mula terjerumus kepada makanan yang manis-manis...bukan setakat makanan, minuman pun jadi buruan i..kalo dulu mintak simpang la makan benda manis-manis jadi kegemaran i..kalo order teh tarikh pun suwuh kuang manis..sekarang nie jangan dikatakan kurang aje, terlebih manis pun ako lei tahan habiskan makanan dan minuman tue..sampai en suami pun naik risau tengok i makan dan minum benda-benda manis..siap warning takut i mudah kena penyakit diabetes sebabnya i memang ada keturunan yang kena penyakit diabetes nie..

 

Dalam peti ais wajib ada coklat atau kek ok...kalo tak benda alah nie memang i akan beli banyak-banyak dan buat stok dalam peti ais..nak tak nak ais krim..memang terbaikkkk la..hehehe...tapi bila dah pekena benda manis-manis nie memang i kulum minum air masak banyak-banyak..paling kurang pun 2 liter air i akan teguk..
 

 

 
Cerita pasal manis-manis nie, i aritu pergi appointment KK Presint 9, Putrajaya..seperti biasa check up 28weeks mesti kena minum air gula..pregnantkan nur umairah dan muhammad uwais mesti kena minum air gula bila 19 or 20weeks..sebabnya berat badan i naik mendadak sampai 4kg sebulan..nie semua gara-gara penangan morning sickness yang teruk..bila dah tak ada morning sickness, mula la balun makan tak hingat dunia...tapi bila 3rd pregnant nie i kurang naik berat badan tapi masih dalam kenaikan berat badan yang dibenarkan...hhuhuhuhu...dan nie pertama kali i minum air gula 28weeks...
 

Alhamdulilah keputusan MGTT i sangat-sangat la memuaskan seperti berikut:
  • 1st FGP : 4.19
  • 2nd FGP : 5.99
 
 
Naik pening gak la minum air gula nie..hehehe..pasal result MGTT nie nurse yang call i and the best part yang i suka dengar bila nurse cakap tak payah repeat minum air gula...since semuanya ok...syukur alhamdulilah..
 
 
Mula-mula takut gak nak dengar result MGTT nie..macam tunggu result SPM lak..mana tak nyer pregnant kali nie asyik nak meketedarah benda manis jer....kalo pergi Alamanda mesti cari Dunkin Donut..memang favourite i..dah masuk 3rd trimester nie ingatkan kurang la nak makan manis-manis..ermmm..lagi nak ada la..hyee...memang betui-betui ujian...kihkihkih..
 
 
So kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya jantina untuk 3rd pregnant nie...maybe anda lei dapat teka kan..hehehe..apa-apa pun doakan kesihatan yang baik untuk i dan baby dalam "tummy" i nie..ok...wasalam




September 26, 2013

Ada Apa Dengan Ibu Mengandung?


Assalamualaikum w.b.t


Ok..ok..ok bawa bersabar ye kawan-kawan semua..hehehe..mesti ramai yang tanya bila la i nak bercerita kisah-kisah pregnant untuk 3rd child kami nie...bukan tak nak cerita awal-awal tapi nak bagi feeling tue datang dulu baru seronok nak taip and cerita panjang-panjangkan..tak der la panjang sangat pun takut orang yang baca pun dok bosan jer baca..yang biasa-biasa jer..tue yang nak kena edit-edit sikit..ceh ingat editing skrip ker...huhuhuhu...pusing-pusing hait situ gak cerita ye..lalalala~~~


Few of people yang terserempak dengan i tanya pasal perut yang comei niekan..antara soalan-soalan cepumas untuk i:

1. Dah berapa bulan?

2. Anak ke berapa?

3. Tahun lepas bukan mengandung gak ker?

4. Kecik perut?

5. Pregnant kali nie ok tak?

6. Anak yang sulung and second dah berapa umur?

7. Seronok baca blog awak..bila nak update 3rd pregnant nie?


Hahahaha..panjang sungguh ibu buyong nie nak explain and jawab satu-satukan...yang tak larat nyer soalan cepumas dengan soalan nombor 3...kahkahkah...kalo ada jer someone yang kenal i and duduk same building opis dengan i memang akan perasan..that means memang mereka-mereka nie prihatin dan selalu melihat i dan ambil tahu pasal i..hehehehe..majoriti said congratulation to us..thanks you!!~~~ next year ada lagi kut...hahahaha...tak larat makcik tau.. (^_^)... {keje ako buat kilang anak je la kan}...hehehe...semua ye rezeki Allah s.w.t..mohon-mohon diberikan kesihatan dan umur yang panjang...10 orang anak pun i sanggup..hihihi...chewah~~~ sanggup ke? (T_T);
 
 
Alhamdulilah next week kandungan i dah masuk 28 week (7m)...sekejap jer rasa...baru lepas bersalin dah tahun nie bersalin lagi..kihkihkih..hebat..hebat..hebat..hebat ker?..i percaya dan yakin pada Allah s.w.t dan berdoa semoga kelahiran ketiga nie lagi senang dan mudah dari kelahiran muhammad uwais..
 
 
Next check up nie seharuslah wajib untuk i minum air gula..ermmm..sekarang nie redha jer kalo kena minum air gula nie...tapi alhamdulilah pregnant kali nie 28 week baru kena minum air gula...hopely bacaan MGTT ok..amin...sebelum nie pregnantkan umairah dan uwais 2x kena minum sebabnya berat badan naik mendadak..sampai 4kg dalam sebulan jer...ok nanti kita update yang lain lak yer..ada kerja ckit nak buat..
 



 
time ini i baru hamil 3 bulan..kalo tanya gambar terkini..masih lagi segan nak tunjuk sebabnyer ibu buyong nie masih belum bersedia nak posing..ekekeke..perasan je kan..


 
Tatataata..titutitu!!! wasalam


September 18, 2013

Festival Kucing Putrajaya



Assalamualaikum w.b.t


Hari sabtu (14.9.2013) yang lalu kami sekeluarga memang dah plan nak pergi festival kucing yang diadakan di Putrajaya yang bertempat di Audoturium Cempaka Sari di Perbadanan Putrajaya..So breakfast kena la masak awal-awalkan, sebab dah plan nak keluar tengok festival kucing nie pagi-pagi..i memang tak berapa suka keluar time dah petang-petang sebab petang-petang memang time anak-anak mengamuk nak tidur..hehehe..lagi pun cuaca panaskan so mood kalo keluar petang tue tak syok ajer..hihihi







Kat festival ini ada macam-macam jualan langsung..tapi bukan jualan kasut, handbag dan baju tau..tapi jualan baju kucing, makanan kucing, alatan dan mandian kucing...ada juga yang jual akseasori barangan kucing dan juga jualan kucing yang comei-comei dan gebu-gebu..harga biasa la kan standard jenis dan baka kucing..kalo tanya i nie memang jenis pengemar kucing atau tidak..i nie tahap middle..biasa-biasa jer..hihihi..










Niat nak pergi festival kucing nie pun sebabnya anak bujang i memang penggemar kucing..pantang nampak kucing mesti akan tegur kucing...lain plak dengan kakaknya..takut dengan kucing..kalo ada kucing yang lalu memang akak suwuh ibu dan ayahnya tolong halau dan pantau kucing tersebut dari dekat dengan dia..kalo 12 jam duduk kat kedai makan, 12 jam tuelah kena pantau kucing tue..siap suwuh tauke kedai makan tue kurungkan kucing-kucing die..dashyat tak!...kihkihkih..







Ibu yang preggie nie pun nak siap berposing dengan cat-cat nie kan..anak dara dah takut dengan kucing maka ibunya lebih-lebih..ok sila terima sahaja..comei-comei ok!!###...lalalalala~~~




 
 
Kucing-kucing yang beraksi dan berpakaian ala-ala bollywood gitu..harga sila lah terima dalam RM750...rasa-rasanya reasonable kut untuk yang jual kucing secara besar-besaran..adik i beli kat saudara-mara kami yang baka macam nie baru RM200..saudara mara boleh countingkan...hehehe
 
 



 
Cerita mengenai kucing ala-ala parsi dan gebu ini, baru-baru ini kes kehilangan kucing dekat kawasan perumahan i terjadi (hari raya yang lalu)..kucing yang gebu dan bertompok yang i gelar comot pun dah hilang..kucing nie since i pindah rumah teres kat presint 9 selalu sangat datang rumah i..kalo tak bagi makan, rasa bersalah pulakkan..tapi bila kucing nie dah tak ada memang rasa sangat-sangat kehilangannya..bukan seekor kucing yang hilang tapi 4 ekor tuan rumah cari kucing ala-ala parsi mereka...kepada yang "tukang culik" kucing nie bawa-bawa lah insaf nyer...kesian tuan punya kucing yang dah beli mahal-mahal, makanan pun mahal dan of course tempat tinggal pun mahal..ke tak rugi tue..pe-pe pun kepada sesiapa yang nak membela kucing nie kena la jaga kucing mereka dengan lebih berhati-hati..kalo dah hilang memang payah nak cari..sebab kucing boleh lari...huhuhuhu...just joke..jangan mare nyer {^_^}

September 11, 2013

Sweet "Candy" For Preggie Mommy

 

 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Alhamdulilah..something yang i boleh sharing kat sini..cuba tanya mommy/mom to be yang cute dan sweet yang pregnant sekarang nie... "gula-gula" apakah yang wajib ditelan oleh mom to be?...mestilah supplement untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung..kalo tengok dekat laman sesawang sekarang nie macam-macam produk kesihatan untuk ibu dan bayi...sampai satu tahap dah tak tahu nak telan ubat apa dah...
 
 
----------------------------------
 
 
Since pengalaman i telan ubat-ubat untuk orang preggie ini contoh seperti obimin and ion is no. 1 that pretty mommy have to take everyday (daily) ok..apa-apa pun..tapi kalo ada some one yang tanya i.."makan ke semua benda tue setiap hari?"...hahahahaha..haruslah takkan..kalo makan ion yang tambah darah waktu pregnant anak pertama dok asyik sembelit jer, memang la ibu nie give up dan topup dengan hanya makan mengikut piramid makanan sahaja...balun la banyak-banyak makan protein and yang boleh tambah darahkan..time pregnantkan muhammad uwais memang kuat makan seafood tapi mood makan seafood nie bila dah masuk trimester kedua...so topup darahnya lambat sikit la prosesnya...
 
 
-----------------------------------
 
 
But waktu pregnantkan nur umairah tak pernah mengalami HB kurang tapi bila pregnantkan muhammad uwais ada 2 kali checkup HB kurang (dalam 10.8/10.9) ..but pregnant baby dalam perut nie i kurang pengambilan ion (tambah darah) tapi mengamalkan pengambilan air anugerah/air yasin, kurma (jenis kering), delima (kordial yang pekat..baru puas) dan susu kambing (Hi Goat dan Nubian Goat Milk)..alhamdulilah HB (hemoglobin) untuk ketiga-tiga test bacaan adalah 14.3 (paling tinggi) / 14.0 (paling rendah)...insyaallah harap-harap bacaan HB tak lah sampai merudum sampai kebawah bacaan 11.0 sampai bersalin nanti.. Bagi pengambilan VCO (virgin coconut oil) i amalkan pengambilan seawal kandungan 7 bulan nanti..kalo sapa-sapa yang tak lalu nak telan pil VCO nie, minum air kelapa pun boleh..sama jer functionnya..ok
 
 
----------------------------------
 
 
Bila dah pregnant secara dekat-dekat (anak setiap tahun..tak sampai pun...kihkihkih) nie sapa yang tak risaukan..so buat masa ini saja alternatif yang i cuba untuk menjaga kandungan i dan diri i supaya tiada timbul masalah kesihatan nanti..tapi sapa yang tahu kita hanya mampu berusaha, merancang, bertawakal dan berdoa...selebihnya i serahkan yang Maha Esa..yakin padaNya..semoga kesenangan dan kesihatan diberikan hendakNya..
 
 
 
p/s: sapa-sapa yang ada tip lain untuk lahirkan baby yang gebu, putih dan sihat..boleh la share dengan i nyer...tq
 
 
 
 
 
 
I beli mini medicine storage nie kat guardian..tapi lupa berapa harganya..tapi tak de la mahal sangat..sebabkan rupa yang kiut nie jadi i amik..mula-mula preggie tak terpikir pun nak beli mni medicine nie..mostly bawak botol2 ubat-ubat nie ke hulu hilir je..then mula hati nak beli benda nie bila dah kena tegur dengan husband yang kata tak elok kerap sangat membuka botol ubat kerna takut masuk angin and mudah rosak "khasiat" dalam ubatnya..jadi i beli la mini medicine nie..so kalo seminggu makan tue lei la letak dalamnya..tapi bergantung kepada besarnya storage medicine yang u'oalls beli..ok..then senang untuk u'olls juga nak pergi travelling and tak payah bawak berat-berat lepas tue godok jer dalam handbagkan {macam ada pengamalan je kan}..hihihiihi
 
 
 
 
 
 
Ini air anugerah..versi warna botol jer lain-lain..kalo dulu packaging warna biru tapi kini warna pink..kiut-kiut gitukan~~hehehe..kalo buat air bacaan yasin dan amalan surah-surah yang lain pun boleh..macam kat umah i kena ada stok air yasin 10 botol besar..macam-macam kegunaan boleh dibuat..bagi ibu-ibu preggie yang kat luar bolehlah buat air bacaan yasin sebagai selusuh, mandian dan juga sapuan pada pewut yang comei dan cute tue kan..doa-doa semoga dipermudahkan kelak bersalin...insyaallah...



 
 
 
Dulu kalau makan kurma hanya pada bulan puasa jer, itu pun jenuh nak menghabiskan sekotak kan..sampai kena forward tahun depan baru habis...kihkihkih..tapi preggie kali ini ada hobi baru iaitu suka makan kurma...dulu suka memilih yang jenis kurma nabi yang lembut dan manis..tapi since preggie kali ini kurang nak mencari kurma jenis tue..lebih gemar makan kurma yang jenis kering dan kurang rasa manis...semua nie gara-gara perubahan hormon rasanyakan..hiihihihi




 

September 3, 2013

Pentingkah Botol Susu Ditukar?



Assalamualaikum w.b.t

 
Rasa-rasanya berapa ramai ibu bapa yang diluar sana tahu betapa pentingnya pertukaran botol susu anak-anak mereka..bukan apa..pernah i datang rumah open house salah seorang kawan i di sekitar serdang..kebetulan sibuk menyuapkan anak bujang makan nasi impit, ternampak ada seorang akak nie sedang menuang susu tepung dalam botol susu anaknya..tengok botol anak nya kaler dekat botol tue dah warna kuning, kusam dan gambar dekat botol pun dah tak jelas dah..bukan apa kadang-kadang mata nie tak lei nak tutup sebelah mata dan buat tak tahu jer..al maklum makcik nie kan mulut tak reti diam..so bermula la sesi perkenalan dan sesi soal jawab..hihihihi


Makcik Kepoh (i) : assalamualaikum...pe kabar..selamat hari raya

Akak : wksm...selamat hari raya..{sambil senyum}

Makcik Kepoh: anak dah bepa tahun? {haruslah bermukadimah dlu kan...kihkih}

Akak : baru setahun 3 bulan.

Makcik Kepoh : botol susu anak memang kaler tu ker kak? {laser tak mulut i}

Akak : Aah..dah 9 bulan pakai botol nie..sebab anak suka hisap pakai botol nie.

Makcik Kepoh : Sowi la akak..botol susu anak akak nie dah kena tukar..sebab 6 bulan jer dah wajib kena tukar baru..sebab bahaya tuk anak kita..ada bahan chemical yang campur dalam susu anak..{sambil senyum-senyum cakap.. takut tak silap-silap kena penampar lak dengan akak tue...huhuhuhuu}

Akak : Tue la..camne nyer..

Makcik Kepoh : Dah cuba tukar botol susu baru dan bagi dier?

Akak : Tak plak.

Makcik Kepoh : Cuba la dulu kak...kalo botol warna warni baru mau je kut..udak-udak lagi suka botol susu yang meriah2 nie.. tapi kena cari botol dan saiz puting sama cam botol susu yang pakai sekarang la {amboi hebat sangat ker ko nak menegur dan nasihatkan orang [dlm ati jer]...}

Akak : petang nie nanti akak cuba beli botol baru tapi yang sama design and saiz dengan yg ini..


Lega makcik..lega bukan sebab apa..nasib tak kena cebik dengan akak tue..tapi sebelum balik banyak kali i minta maaf dengan akak tue sebab takut kalo-kalo akak tue terasa dengan teguran i nie..nasib baik akak tue cakap "tak apa..risau jugak akak..nasib bik adik bagitahu kat akak"...

Berikut merupakan info dalam Mr. Google mengenai pentingnya pertukaran botol susu:

--------------------------------------------------------------


"Sedikit Perkongsian : Puting botol susu anak anda hendaklah di tukar sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh 6 bulan"

"Botol Susu pula, sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan, 2 kali.. sebab apa? dibimbangi bahan chemical di dlm botol akan "melt" sekali dengan susu baby sekiranya tidak ditukar"
 
 

 ---------------------------------------------------------------

 
: pastikan sebelum guna botol susu baru wajiblah dibasuh
dan disteril terlebih dahulu yer




: botol kaler hijau dengan biru tuk anak bujang..kaler pink dengan oren tuk anak dara...pastikan botol susu BPA free ok..tak kisah la jenis, bentuk atau brand mahal ke murah..
 
 
p/s: setiap 6 bulan memang bagi job kat ibunya untuk membeli botol dan puting susu baru untuk anak-anak...janji ayahnya kena bagi duit dulu...hikhikhik

August 26, 2013

Small Celebration Birthday Party For Muhammad Uwais ( 1 Years Old)



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi anak bujang i dah pun umurnya setahun..Selamat Hari Lahir Sayang!! ke 1 tahun..sekejap jer masa berlalu..rasa happy sangat-sangat sebabnya muhammad uwais dalam masa umurnya setahun nie dah khatam sesi pembelajarannya..mula starting bertatih umur uwais dah 10 bulan, tumbuh 3 batang gigi just ambil masa seminggu sahaja {ketika umur 11 bulan}..memang cepat dan pantas..camnie la hero ibukan..hehehe..terima kasih Allah s.w.t..mempermudahkan segala urusan kami..berkat doa ibu dan ayah setiap hari..



: kek birthday anak bujang yang simple..yg pasti kena letak gambar upin



: suka bebenar uwais dapat kek upin ye sayang


Pertama sekali ibu dan ayah mohon maaf kepada anakanda tercinta muhammad uwais kerna tak dapat membuat majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran seperti akaknya..salah satu sebabnya tarikh hari lahir anak bujang jatuh pada hari bekerja so ibu dan ayah hanya sempat hidangkan kek dan hadiah sahaja..sorry yer sayang!!


 
: akaknya yang terlebih x-cited tak sabar makan kek upin..hihihi

: anak manja ayah..

 
Cerita mengenai hadiah anak bujang nie, i dah research dekat sebulan..memang ibunya yang mengidam lebih nak beli barang baby dari brand ARMANI JUNIOR/BABY..so nak dapat barang yang diidamkan itu haruslah beli secara online..delivery barang dapat pun memang lah sebulan lebih...demi anak ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahajakan (tapi haruslah berpada-pada, kalo duit ibu and ayah pun gaji siciput sila lah jangan berlagak macam orang kaya..ok..jimat but smart..tui tak!!...kihkihkih}




: botol exclusive dan kasut from ARMANI BABY



Kebetulan hari sabtu kitaorang jalan-jalan and shopping dekat KLCC..ibu mabuk kepayang sikit tengok pakaian baby yang comei-comei dan sweet-sweet tuekan..tapi paling suka nak carikan baju akak dan abangnye..so borong punya borong..last-last husband cakap taknak belikan hadiah mainan untuk muhammad uwais ker?..kena tanya dulu ayahnyer nak bayarkan ke..so dapat green light dari husband..maka memborong pula kami di Toys R Us..dari nak beli mainan untuk anak bujang dah berjangkit nak beli mainan anak dara sekali..berhabis jugak la duit ayahnyer kan..apa-apa pun terima kasih yer sayang..I lebiu U la..huhuhuhuhu

 
: usia 11 bulan tak sampai seminggu dah tumbuh 3 batang gigi



 
: hadiah mainan baru dari kami untuk uwais..
akk siap bagi demo cara nak main kat adik..paham ker uwais... >_<