October 25, 2020

Our Short Vacation In Pahang


Assalamualaikum w.b.t


Lama benar tak update blog ni hah..tak tau apa jadi dengan blog aku..setiap kali nak update jer rasa mood nak menaip tue takde..lagi2 bila musim PKPB nie banyak btul homework anak-anak yang nak kena buat. Belum lagi termasuk homework aku..hehehe..dengan berpusu-pusu whatsapp yang nak kena layan. 


Okey..tolak dulu ke tepi keje yang tak akan habis2 nie..kita masuk chapter last short vacation aku dengan family kecil di Kuantan Pahang. Since haritue baru lps alik dari outstation kerja di sana, jadi aku decide pergi bercuti pendek di Pahang. Kenapa Pahang?...sebabnya dah byk kali asyik bercuti di N9, Melaka dan Johor, jadi aku yang cadangkan untuk bercuti di Pahang.


Percutian ini lebih kepada jalan-jalan cari makan. Memandangkan keadaan sekarang yang tidak mengizinkan (wabak virus Covid-19) maka kawasan yang nak dikunjungi pun terhad. Takpe janji dapat release tension pun dah okey walaupun makan je kerja ko.


Hotel yang ako menginap adalah di AC Hotel under Marriot Hotel. Pemilihan hotel adalah berdasarkan lokasi yang ako nak bawa makan adalah berdekatan antara satu sama lain dan mudah serta cepat. Yang penting anak-anak boleh mandi kolam (rancangan asal nak bawa anak2 mandi kolam tp kami tak bagi sebab risau dengan peningkatan jangkitan Covid-19).


Semasa dalam perjalanan, kami singgah ke Lemang To'ki di Bentong. Konon nak makan kat sana. Tapi bila sampai je, subahanallah ramai yer umat (baru pkul 10.45 pagi) dan ko kena beratur panjang untuk check suhu dan chop tempat duduk. Bila suami ko tengok crowded yang amat orang nak beratur, jadi kitaorang bungkus ajolah dan makan di hotel lagi nyaman dan selesa. Risau gak ramai2 orang ini sbb ko tak perasan ada orang yg kena Covid-19 or tak.







HARI PERTAMA

Hari pertama tue kami lebih kepada rehat dan makan. Sebelum kami check in hotel, kitaorang makan petang di Sara Thai Kitchen, Kuantan. Dekat sini kalo makanan goreng2 tue ada so senang ako yang mmg dah buat plan untuk makan tomyum. Kami order ikan siakap stim limau, tomyum seafood, telur dadar, sotong goreng tempura dan sayur kailan.




Fokus betul uqayla makan sotong goreng tempura

favourite anak-anak..sedap and crispy
Tomyum seafood dia tak pedas sangat dan sedap
anak-anak boleh makan

 

Lepas check in hotel minum petang kami tadi adalah lemang dan ketupat palas kami beli bungkus di kedai Lemang To'ki pagi tadi. Cicah pula dengan rendang daging dan ayam..memang terbaikkk


Memang terbaik cicah daging rendang dia dengan ketupat palas



Makan malam kami pula ako mmg dah buat itinenary makan di tempat lain. Tapi tak jadi sebab anak ako Uwais nak makan satay (sepatutnya hari ke-2). Ubah perancangan, malam tue ako bawak diaorang makan satay iaitu di kedai Satey Zul. Tak jauh mana pun dr hotel kami menginap dalam lebih kurang 9/10 minit camtu. Ako nak suggest kat korang sebelum nak pegi tempat nie terutamanya malam, better korang booking terlebih dahulu. So anak2 korang takde la nak menunggu lama.



satey ayam, daging dan kambing
my favourite is satey kambing
salah satu dessert yang boleh di satey zul
Pulut Mangga



HARI KEDUA

Mission sarapan pagi kami sekuarga bukan dihotel ye sbb since ko dah berjalan better cuba merasa sarapan pagi diluar dari hotel di kuantan. Nama kedai ini ako tak igt...hehehe nampak tak sel otak ko dah tak berhubung cerita sarapan pagi aritue. Yang pasti kami anak beranak order makan roti canai, mee goreng, nasi dagang dan kuih muih. Kat kedai nie pun ada sediakan juga nasi minyak, nasi kerabu dan nasi lemak. Cuma tak terorder sebab masing2 dah kenyang dan taknak order banyak sangat. Takut membazir.




Dalam tengahari tue kami pergi ke pantai Teluk Chempedak. Saja tengok pemandangan dekat pantai. Asalnya suami ako ajak pergi tengok pantai Cherating, tapi ako memikirkan masa perjalanan yang diambil sejam lebih, jadi kami jadi pergi pantai Teluk Chempedak aja. Since tak ramai yang kunjung sbb kes Covid-19.







Lepas nak puas anak2 ko bergolek mandi kat pantai tu, tengok2 baju salin uwais lupa suami ko nak bawak. Nasib baik seluar bawak, terpaksa balutkan uwais dengan tuala mandi. Owh ye..makan ngahari kami hanya la Mcdonald je sebabnya dekat dengan pantai Teluk Chempedak. Sian uwais sampai sejuk2 badan dia hanya berbalutkan badan dengan tuala...sampai dia asyik kata malu jer sbb nampak badan dia.

   Selepas alik hotel rehat2kan diri, petang tu husband cadang nak bawa makan seafood goreng tepung. Tapi ako ni memilih sikit bab2 makan ikan or sotong goreng tepung. Sebab apa? sebabnya kebanyakan kedai yang jual benda nie semuanya dah siap goreng. Jadi dah tak sedap dan mengikut piawai ako. Dalam itinerary makanan yang ako buat mmg dah siap2 cantas dah makanan goreng tepung nie.

Jadi tempat ako nak bawa minum petang adalah ditempat yang klasik n hidangan makanan modern serta dessert yang sodap2. Kedai ini memang ako mula2 cari susah nak jumpa, walhal dekat je dengan hotel sbb kedai 90 Degrees Cafe & Art berdekatan dengan bengkel dan kedai makan cina. Tempat kedai ini dekat hujung (gambar depan kedai ini cam lama nampak klasik) tp dalam cantik. Yang ini ikutkan semua benda ako nak order dan telan..hehehe..ako order beef pepperoni pizza, turkey spagethi carbonara, pandan dan chocolate double waffle. Memang recommended!












Actually turkey spagethi carbonara nie ako punya
tapi uqayla dah jatuh cinta terus taknak pulang semula kat ako..hehehe



Tempat hidangan makan malam kami pula, ako dah siap2 buat reservation sbb tempat nie kerap penuh kalo weekend nie. Sebelum ni masa ako workstation n first time makan kt tempat tue, kena tggu lama sebab rmai org. Jadi ako taknak kuarga ako tggu lama nak makan (bila perut lapar + lambat = anak2 akan jadi singa termasuk ako..hehehe) ako dah siap2 call buat reservation kt Lila Wadi Restaurant.
Menu yang ako order dah semestinya steambot tomyum, meatball ikea, lamb fried rice dan beef fried rice. For dessert tak lain tak bukan mango cheese cake dan oreo cheese cake (dari Kula Cakes). FYI, kedua2 kedai ini suami isteri yang usahakan. If korang tak dapat nak makan mango cheese cake (favourite kami sekuarga)  or watever kek yang ada di Lila Wadi Restaurant, korang lei je datang beli di Kedai Kula Cakes. 


















HARI KETIGA

Dah masuk last day kami di Kuantan, Pahang. Rasa cam tak ckup jer nak pergi bercuti ini. Banyak tempat nak pergi tapi terpaksa dibatalkan kerana kes2 Covid-19. Nie pun percutian yang dah ako book sebelum PKPB diistiharkan semula di kawasan yang terbabit. Jadi langkah berhati2 perlu diambil demi keselamatan dan kesihatan kita semua. So sebelum kami pulang kena breakfast dlu. Kami breakfast kt kedai apatah nama dia tapi berdekatan dengan pejabat wisma persekutuan Negeri Pahang dan berhadapan dengan sekolah. Menu yang kami order adalah laksam, nasi kerabu, pulut kuning + curry ayam, nasi minyak, bubur dan kuih-muih.





Memandangkan percutian ini adalah singkat maka kami sekuarga setuju akan kunjung lagi pahang untuk cover tempat2 yang kami tak dapat kunjung atau lawati. Maybe selepas penurunan virus Covid-19 ini, sebab nak hilang virus nie waallahualam..semua nie kuasa Allah s.w.t. Yang pasti kita sebagai hambaNya sentiasa berdoa mudah-mudahan dihindari dari jangkitan Covid-19. Ingat wear your mask, keep distance each other and don't forget to use hand sanitizer after/before touch your family. Ako rasa dah kerap berbuih KKM dan Menteri dok berpesan. Takpa selagi boleh pesan kita pesan dan ingatkan.

Sekian.